Terma, Syarat
& Penafian
1. Keahlian
Khas 50 BlogSendiri.Com adalah terbuka kepada sesiapa sahaja.
2. Selepas
membuat pembelian, pihak pembeli mesti membuat satu review atau
ulasan, di artikel blog masing-masing atau di laman web yang
mereka miliki. Ulasan tersebut tidak kiralah samada menceritakan
pengalaman berdaftar dengan pakej keahlian ini atau mempromosi
keahlian khas ini secara langsung, asalkan menjaga etika &
akhlak sebagai seorang blogger atau manusia umumnya.
3. Pihak saya
di BlogSendiri.Com tidak bertanggungjawab jika anda mendapat
kerugian, masalah atau bencana setelah memiliki keahlian khas 50
BlogSendiri.Com.
4. Sebarang
pembayaran yang telah dibuat, tidak akan dipulangkan semula.
Sila bayar dengan nilai sebenar. Pihak BlogSendiri.Com tidak
menjamin akan memulangkan baki wang pembayaran.
5. Sebarang
pembelian produk yang telah dibuat, tidak dibenarkan untuk
dijual semula. Keahlian yang telah diperoleh juga, tidak boleh
dipindah milik.
6. Sebarang
percubaan menipu yang berjaya dikesan, akan dikenakan tindakan
'blacklist' oleh pihak saya dan perkara ini akan disebarkan
kepada pihak-pihak lain yang berkaitan berkenaan 'blacklist'
untuk tujuan memulau pihak yang cuba menipu tersebut. Malah,
saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang
jika perlu.
7. Tawaran
yang dibuat oleh saya untuk keahlian Khas 50 BlogSendiri.Com ini,
boleh ditarik balik oleh saya pada bila-bila masa sahaja,
mengikut pertimbangan kepada masalah peribadi saya, perkembangan
arus semasa, budi bicara atau alasan-alasan lain yang difikirkan
munasabah oleh pihak saya.
|
Home
| Penafian
| Terma & Syarat |
Pembayaran |
Hubungi Kami |