Siapa Kata Affiliate Tempatan Tak Lumayan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Saban hari main banyak produk digital di peringkat tempatan yang telah dihasilkan. Dan dalam masa yang sama, program affiliate yang disediakan juga bertambah-tambah. Ini merupakan perkembangan yang sangat sihat dalam ‘industri’ perniagaan internet di Malaysia. :)

Program affiliate memberikan peluang kepada kita untuk menjana pendapatan dengan membantu pemilik laman web mempromosi produk mereka. Walaupun ganjaran yang dijanjikan hanyalah RM10 hingga RM 30 bagi setiap jualan, tapi sebenarnya ia cukup mewah.

Malah, saya tak nafikan ramai yang gagal untuk menghasilkan jualan yang memuaskan setiap bulan. Dan cuba beralih ke produk antarabangsa untuk mendapat komisen yang jauh berkali ganda lebih banyak daripada daripada setiap 1 jualan yang terhasil dari usaha promosi kita. Kadang-kadang mencecah $50bagi setiap jualan yang terhasil…

Tapi, tahukah kita bahawa setiap kerja yang dilakukan bersungguh-sungguh tetap akan membawa pulangan yang lumayan? Hatta produk tempatan pun, tetap akan memberikan pulangan yang lumayan, jika ada 3 syarat penting :

[1]    Buat kerja ikhlas. Jangan nak menipu.

[2]    Tahu cara yang betul untuk mempromosi.

[3]    Rajin dan bersungguh-sungguh.

Sertai program affiliate di Malaysia seperti www.RajaAdsense.com, www.WebJualan.com, www.BlogSendiri.com dan banyak lagi contoh  produk affiliate tempata, boleh membuahkan hasil pendapatan yang lumayan.

So, hari ini saya nak berkongsi dengan anda bahawa kata-kata saya ini adalah benar. Lihat bukti pendapatan saya di bawah :

komisenz.jpg

Atas adalah bukti pendapatan yang diperolehi dalam jangka masa tempoh 2 minggu sahaja. Dan hanya mempromosi satu produk sahaja.

Lihat, betapa hebatnya ‘kuasa’ fokus pada satu-satu kerja promosi. ;)

Saya harap, anda boleh ambil iktibar dan tak putus asa untuk terus mencuba dan belajar untuk hasil pendapatan yang terbaik. Insya Allah. Bukanlah niat saya untuk riyak, melainkan untuk membakar lagi semangat anda semua, wahai usahawan internet Malaysia. :)

Salam juang dari saya. Coretan pembakar semangat dari saya.

Sekian.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Mempunyai Minda ‘Jutawan’

Assalamualaikum.

Bukanlah tajuk ni bermaksud bahawa saya telah berjaya menjadi jutawan (oh, mungkin 5 tahun dari sekarang).

Ia hanyalah perkongsian bagaimana menjadi usahawan internet yang berjaya dengan memiliki minset yang sebetulnya. Jika ada yang pening dengan artikel demi artikel yang saya tulis seolah-olah hilang arah, sebenarnya begini :

Blogsendiri.com adalah blog mengenai blogger. Tetapi kadangkala disebabkan saya ni juga seorang usahawan internet, saya juga akan memasukkan artikel berkenaan perniagaan internet. Dan saya tak nafikan, bahawa perniagaan internet dan blogging adalah dunia penjanaan wang. :)

Tetapi, ianya mempunyai konsep yang agak berbeza.

Baiklah, apa yang saya nak berkongsi dengan anda adalah dua pilihan yang saya rasa anda semua boleh renung :

[1]  Anda diberi RM 100,000 secara pukal sekaligus ke akaun bank anda, tanpa mengajar anda menjadi usahawan internet yang berjaya.

[2] Anda diberi satu panduan X yang mengajar anda menjana pendapatan dalam dunia perniagaan internet, yang membolehkan anda menjana pertambahan RM3 setiap hari. Sebagai contoh, RM3 pada hari pertama, pertambahan RM3 pada hari kedua iaitu RM6, hari ketiga jana RM 9 dan seterusnya berlarutan.

Yang mana jadi pilihan anda ? ;)

Baiklah.Memilih pilihan pertama adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bayangkan anda memegang RM100,000 secara pukal? Wah, macam orang kaya baru noh!

Tapi, sayangnya, anda hanya diber wang RM 100,000, tapi langsung tak diberi ilmu macam mana nak buat duit berganda-ganda dari jumlah wang sebegini. Tentu anda belanja sakan kot. Masakan tidak. Anda tak diajar bagaimana menambah wang, mengurus wang dan lagi seronok - dapat tanpa perlu susah payah.

Jika tiada ilmu atau panduan dari seseorang / sumber yang boleh dipercayai, wang anda akan habis. 

Situasi 2 pula, anda perolehi ilmu bagaimana menjana pertambahan RM3 setiap hari.

Cuba kira. Berapa banyak yang anda akan dapat dalam setahun? Jawapannya anda akan perolehi RM 300,00.00

Wah, banyak bukan? Walaupun hakikatnya RM3 nampak sedikit, tetapi disebabkan ilmu yang dicedok dari sumber yang betul, anda lebih berjaya daripada memilih pilihan yang pertama.

Dengan ilmu yang betul, anda mampu mengurus wang, mengatur untuk strategi perniagaan yang baru pula, malah anda akan menghargai wang diperolehi melalui titik peluh anda ini! Betapa sukarnya menjana pendapatan di internet, tak gitu? Lumrah manusia lah ni. Kalau dapat melalui titik peluh, barulah anda hargai segala hasil yang anda perolehi.

Begitulah ragamnya dalam dunia perniagaan internet. Anda perlu mempunyai ilmu yang betul dari sumber yang memang telah terbukti.

Oleh itu, saya cadangkan kepada anda Pakej X yang baru sahaja dilancarkan hari ini. Kalau nak dapatkannya, TUNGGU DULU.

Saya ada tawaran menarik + DISKAUN KHAS Terhad di laman berikut :

http://www.PanduanClickBank.com/dwipakej.htm

 

 

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Temubual Bersama Labanon

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Menjana pendapatan dengan angka RM10,000 sebulan pada usia 17 tahun, adalah sesuatu yang sangat boleh dibanggakan. Dan tentu dah ramai yang tahu siapa dia. Tak lain dan tak bukan adalah saudara Labanon. Sekarang ini, saudara Labanon telah pun mengeluarkan satu interview yang boleh dimuat turun & didownload secara PERCUMA.

Ya, tanpa sebarang kos yang dicaj.

Antara yang dimuatkan dalam temubual ekslusif ini adalah :
- Rahsia dan strategi yang digunakan untuk mendapat 5 angka sebulan!

- Membongkarkan kenapa produk tip adsense menjadi tumpuan orang
ramai.

- Penerangan mengenai perniagaan Internet yang sebenar.

- Bagaimana ingin menjadi usahawan yang bertenaga oh!

- Bagaimana ingin belajar tentang perniagaan Internet.

- Tip management dalam menyiapkan sesuatu kerja.

- Menerangkan potensi perniagaan Internet.

dan banyak lagi.

Baiklah… anda sebagai pelawat setia blog saya, boleh mendownload produk ini, tanpa sebarang opt-in. Hanya download sahaja dengan klik link di bawah :

Klik Sini Untuk Download Temuramah Ekslusif Ini

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

10 Fakta Wajib Tahu

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari ini saya hanya mahu membuat senarai pendek 10 fakta yang anda wajib tahu.

[1]  Hanya 10% yang akan mempraktikkan apa yang dipelajari samada dalam bidang perniagaan internet mahupun blogging, terutamanya dalam membuat duit di internet. Maknanya, jika 100 orang yang pergi ke seminar perniagaan internet, hanya 10 orang yang mempraktikkan apa yang dipelajari. Ini hanya fakta kajian kasar.

[2]  95% pemilik blog (blogger) di dunia, didapati mempunyai masalah ketiadaan jumlah trafik pelawat yang baik.

[3]  Tahun pertama penglibatan anda dalam perniagaan internet dan program buat duit di internet, merupakan tahun yang agak getir. Kerugian atau tiada hasil pada tahun pertama, adalah perkara biasa. Jika anda berjaya melepasi tahun pertama getir ini, anda mempunyai potensi menjadi usahawan internet berjaya pada masa depan.

[4]  Grafik design laman web www.PPCPercuma.com dihasilkan oleh saudara Mawardee (saya la). ;-P

[5]  ClickBank mempunyai potensi pendapatan 5-10 kali ganda lebih banyak dari Adsense.

[6]  Anda boleh menyertai ClickBank & PayDotCom walaupun bahasa Inggeris anda cukup teruk. - Tapi kena tahu caranya. :P

[7]   BlogSendiri.Com ini telah berusia 1 tahun!

[8]  Rakyat Malaysia mempunyai kecenderungan yang sangat tinggi untuk ditipu bila berkaitan dengan wang. Buktinya, lihat laman-laman web di internet & berita- berita ditipu di akhbar.

[9]  Ramai yang berminat nak tahu cara buat duit di internet, tetapi hanya mahu dengan CARA PERCUMA. Kalau nak percuma, habiskan masa anda sehingga 24  jam sehari selama 24 bulan. Anda pasti berjaya!

[10]  Tiada cara mudah & jalan singkat untuk menjadi kaya di internet. Kesemuanya memerlukan usaha & proses pembelajaran yang berterusan.

Selamat maju jaya, usahawan internet! ;)

PS : Russell Brunson, antara internet marketer paling terkemuka di dunia, telah melancarkan produk terbarunya, Affiliate Evolution. Layari : http://AffiliateEvolution.com

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Pendapatan Dari Teknik ‘Pemasaran Email’

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Baru-baru ini, saudara Syed Ikhwan telah pun membuka JV kepada sesiapa yang mempunyai sekurang-kurangnya 300 orang dalam mailing list (senarai email). Alhamdulillah, saya layak, dengan hanya lebih ’sedikit’ sahaja dari jumlah tu.

Jadi, kira-kira hampir 20 orang yang terlibat dalam ‘pertandingan’ mempromosi JomSeminar, termasuk nama-nama besar dalam IM Malaysia. Wah, memang hebat-hebat diorang ni.

Dan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya menyertai pertandingan ni lewat sedikit. Iaitu ketika hari berbaki 7 hari sahaja lagi. Sedangkan cabaran ini telah bermula sejak sebelum 14 April lagi!

[Sedangkan saya baru sertai cabaran ni, 19 hari lepas tu, iaitu 5 Mei 2008]

Dan akhirnya, saya menduduki tangga ke-4! ;)

senaraiorangkomisen.jpg

Lihat nama saya di atas, saya berkongsi kedudukan dengan Abooain, antara kawan saya di perniagaan internet yang mula-mula saya kenal.

Tapi, mungkin banyak faktor yang membantu. Antaranya, Smart Zul pun tak fokus sangat untuk mempromosi JomSeminar, kerana sibuk dengan hal lain.

Dan di bawah, adalah komisen yang saya dapat dari Syed Ikhwan, penganjur JomSeminar tu :

buktibayarsmall.jpg

Terima kasih kepada Syed.

& Tahukah anda, saya perolehi pendapatan di atas, hanya dengan menghantar 2 kali email sahaja kepada ‘mailing list’ saya? Yes, tak lebih daripada itu. [Inilah ‘kuasa’ teknik pemasaran email]. ;)

[Nota : Ingat, gunakan sistem autoresponder. Jangan guna teknik ’spam’!]

Baiklah, tujuan saya memaparkan pendapatan saya ni, bukanlah bertujuan nak menunjuk-nunjuk. Tapi atas cadangan Syed Ikhwan sendiri. Malah, saya juga nak mengucapkan TAHNIAH kepada mereka 4 orang dari subscribers saya, yang menyertai JomSeminar tersebut.

Kepada 4 orang ini, saya ingin ucapkan :

Tak lama lagi, kejayaan akan menemui

anda semua! Tahniah kerana bijak mengambil peluang ;)

Sedih juga kerana saya tak dapat mengikuti JomSeminar tu. Antara sebabnya, saya sibuk dengan projek Laporan Khas “JV Give Away” ni. & Insya - Allah, KALAU lah abang Syed buat lagi seminar tu, saya takkan terlepas lagi. Huhu ;)

Oklah, itu sahaja untuk artikel kali ni. Sekadar berkongsi. Inilah pentingnya jika anda mengumpul mailing list dari sekarang.

————————————-

PS : Laporan JV Give Away meletup pada 48 jam pertama! Dapatkan laporan ini di :

http://blogsendiri.com/laporankhas

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Laporan ‘Khas’ & Program ‘Pay-Per-Lead’ Dilancarkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Hari ini saya mahu memaklumkan kepada semua para pelawat blog ini, bahawa saya baru sahaja melancarkan “Laporan JV Give Away” yang bakal mendedahkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui acara JV Give Away yang diadakan saban hari di internet.

ezine.jpg

Isi Kandungan Laporan Khas Ini

Saya akan tunjukkan anda :

[1] Pemahaman asas tentang JV Give Away

[2] Bagaimana anda boleh menyertai JV Give Away, dengan penerangan langkah demi langkah & bergambar.

[3] 4 Teknik Untuk Menjana Kewangan Lumayan Melalui JV Give Away ini.

[4] 2 Punca utama anda boleh memaksimumkan jumlah subscribers anda, yang perlu anda maksimumkan!

[5] Bagaimana anda boleh mendapatkan keuntungan jangka pendek, jangka panjang & trafik dengan cara yang semudah A-B-C!

[6] 4 Senjata Utama Mudah sebagai persediaan sebelum anda menyertai acara JV Give Away ini.

Malah, yang seronoknya, saya juga memasang ‘program Pay-Per-Lead’ untuk memastikan laporan ini disebarkan dengan pantas. Apa maksudnya “Pay-Per-Lead” ye? ;)

Maksudnya mudah sahaja :

Saya akan bayar RM 0.25 bagi setiap orang yang download laporan ini secara percuma. Ya, hanya promosi sesiapa sahaja untuk download produk ini melalui link affiliate anda, anda akan memperolehi komisen. Wah, mudah, kan? ;)

Untuk maklumat lanjut, layari :

www.blogsendiri.com/laporankhas
PS : Selamat menjana pendapatan! :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Iklankan Blog Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Jika anda sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog ini, anda akan menemui pelbagai tips & teknik yang berkesan untuk menjana trafik ke blog anda. Antaranya :[1] Meninggalkan komen di blog orang lain.[2] Berkongsi atau bertukar-tukar link dengan blogger yang lain.[3] Menggunakan Technorati.com[4] Meletakkan link blog anda dalam signature forum-forum yang anda sertai.[5] Membina senarai email prospek (mailing list) dengan cara yang betul & ‘bersih’ & mempromosi link blog anda kepada mereka.[6] Dan banyak lagi.Kesemua ini adalah teknik meningkatkan trafik secara percuma. Hampir tiada kos yang diperlukan kecuali teknik ‘mailing list’ sebagaimana yang saya nyatakan di atas.Tetapi, jika anda ingin cepat menjana trafik ke blog anda, anda boleh memilih cara ‘berbayar’. Cara berbayar, biasanya lebih berkesan & cepat. Apatah lagi jika cara pengiklanan yang berbayar, bersifat kekal.Untuk memilih ruang pengiklanan yang terbaik untuk anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Antaranya :[1] Berapa kos yang mampu anda bayar?

[2] Trafik pengunjung yang anda ingin tarik, adalah sama atau hampir sama dengan tempat ruang pengiklanan yang anda ingin bayar. Ini bagi memastikan trafik yang datang ke blog anda, adalah trafik yang berkualiti. Trafik yang berkualiti, biasanya akan terus menerus datang ke blog anda sebagai pelawat berulang kali.

Agak sukar untuk menarik pelawat dari laman web muzik untuk dibawa ke blog askar. Begitulah contoh mudahnya. :)

[3] Tempat pengiklanan mempunyai ‘nilai’ yang berkualiti. Sebagai contoh, ruang pengiklanan di blog SmartZul, yang mempunyai trafik yang tinggi & pelawat yang berjumlah 10,000 orang sebulan. Malah, satu kali pembayaran untuk 5,000 - 10,000 views. Nilai yang berkualiti, boleh dinilai melalui jumlah pelawat atau jumlah pembaca.Begitu juga ruang pengiklanan dalam laporan atau ezine. Jika jumlah pembaca mencecah ribuan orang ramainya, maka ini adalah ruang pengiklanan yang boleh anda sertai dengan yakin.[4] Kenalpasti samada ruang pengiklanan yang anda mahu, bersifat kekal atau sementara. Sudah tentu ruang pengiklanan yang kekal, adalah lebih menguntungkan.[5] Kenalpasti jenis pengiklanan, samada link text, atau banner, atau gambar atau lain-lain. Mana-mana pun boleh dikatakan memberi kesan yang baik kepda pengiklanan anda. Pengiklanan berbentuk banner bergambar, lebih baik daripada text link semata-mata.[6] Ketahui kredibiliti pengiklan. Ini bagi mengelakkan anda ditipu bulat-bulat.Jika anda berminat untuk mengiklan dan mendapatkan kesan trafik yang kekal, boleh dipercayai, murah, & mempunyai trafik berkualiti, anda boleh layari link berikut :Klik Sini Untuk MengiklanAnda perlu daftar dahulu di sana sebagai ahli forum Wang Cyber. Pakej pengiklanan ini sesuai untuk semua jenis pengiklanan, sama ada untuk blog, produk mahupun servis perkhidmatan. Tetapi, awal-awal saya tegaskan, saya tuju kepada para pembaca yang berminat untuk buat duit di internet.So, kalau nak iklankan pakaian, tak salah. Cuma mungkin tak sesuai. :)Selamat beriklan. ;)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Hadiah Untuk ‘Tukang’ Komen

hadiah-misteri.jpg

Askum dan salam sejahtera.

Kepada nama-nama berikut, sila hubungi saya. Kerana saya ada sedikit hadiah untuk anda ;)

En Dlie
Din Beramboi
Jodi
Zainuddin Yunos
Azree Hanifiah
R’Kurniawan
Himira

Kenapa ye? Kerana mereka adalah ‘tukang’ komen di blog ni, pada bulan April lepas. Saya mahu menghargai anda semua!

Nota :  Saya takkan bagitahu bulan berapa & bila untuk saya adakan ‘hadiah’ untuk tukang komen di blog saya ni.  Oleh itu, selalu-selalulah komen di blog ini. :)

——————————————————————–

PS : Projek IMPAK Search Marketing Akan dilancarkan tak lama lagi oleh saudara RamFir. Tunggu & lihat. ;)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Berani Mencuba Walaupun ‘Nampak’ Sukar

brave.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara perkara yang menghalang anda berjaya dalam perniagaan internet mahupun dalam dunia blogging adalah - sikap TAKUT untuk mencuba.

Apabila ada sesuatu peluang untuk anda membuat duit, atau peluang kerjasama JV dari orang lain atau peluang membina ‘mailing list’ cara bersih dan sah, kita perlu berani mencuba. Soal berjaya atau tidak, itu adalah soal kedua. Jika gagal, bukan bermakna anda sudah gagal untuk selama-lamanya. Gagal sebenarnya membawa maksud :

“Anda belum berjaya lagi.” Ya, anda belum berjaya lagi. Hm, mungkin konsep yang saya nak terangkan di sini agak umum. Oklah. Saya jadikan diri saya sebagai contoh untuk menjelaskan teori yang mudah ini (semua orang pun tahu teori ni. tapi saya mahu membakar semangat anda semua & juga sebagai peringatan semula). :D

Baru-baru ini, ada Joint Venture Give Away yang dianjurkan untuk sasaran antarabangsa. Jika anda baca post artikel saya sebelum ini, anda akan dapati saya ada menyentuh perkara ini. Oleh kerana ianya untuk sasaran prospek dari luar negara, jadi saya rasa ia peluang yang amat besar untuk saya.

Lantas, selepas Ramfir mengajak saya, saya terus mengatur langkah. Biasanya, orang akan berfikir, “wah, JV antarabangsa. Ini kerja besar ni. Saya rasa tak mampu la.” ataupun mungkin juga ada yang akan berkata, “eh, buat apa kejadah cari prospek kat sana? Entah-entah nama saya pun tercorot dalam JV Give Away tu nanti.” Read the rest

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Cipta ‘Signature’ Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi usahawan internet, malah untuk blogger sekalipun, mereka perlu mempunyai identiti tersendiri. Identiti ini akan membezakan kita dengan orang lain, membina kredibiliti kita di hadapan orang lain dan sekaligus membolehkan ramai orang mengingati kita.

Terdapat beberapa cara, yang saya rasa ramai di kalangan kita sudah mengetahuinya, cuma belum disenaraikan dengan baik. Di sini saya suka untuk kongsi dengan anda semua beberapa tips untk membina ‘keunikan’ kita sendiri.

Pertama, menggunakan nama ‘nickname’ yang mudah diingati. Contoh yang paling mudah adalah Smart Zul dan Team Flarebiz. Anda pun boleh cuba mereka satu nama agar mudah diingati dan mempunyai ‘keunikan’ tersendiri.

Walau bagaimana pun, ada juga yang hanya menggunakana nama penuhnya, seperti Irfan Khairi dan Azizi Ali. Itupun jika nama anda tidak terlalu panjang dan tidak terlalu kompleks (maafkan saya jika ada yang terasa ye. Bukan nak buat sesiapa terasa pun, Just perkongsian). Malah, nama saya Mawardee pun, memang dah tak ada sambungan lain dah lepas nama ni. ;)

Kedua, mempunyai laman web atau blog utama sebagai trademark. Jika saya, mungkin blogsendiri.com ini sebagai blog utama saya. Bagaimana pula dengan anda?

Ketiga, membuat tandatangan online sendiri, atau signature sendiri. Ini bertujuan menunjukkan anda mempunyai identiti tersendiri. Anda boleh letakkan tandatangan anda yang dah di’customize’ dengan paten yang tetap, pada akhir laman web jualan anda, atau pada pengenalan dalam ebook pdf anda, atau pelbagai lagi cara anda yang tersendiri untuk meletakkan ’signature’ anda. Ini signature baru saya, yang saya akan gunakan sampai bila-bila untuk urusan online :

signature.jpg

Untuk membuat signature anda sendiri, anda boleh mencipta sendiri dengan PERCUMA di link berikut :

http://www.mylivesignature.come

Hanya ikut langkah yang mereka sediakan satu persatu, dan anda akan perolehi tandatangan anda itu dalam format fail .jpg dengan segera. Mungkin ini alternatif yang baik bagi mereka yang tidak mahu menggunakan Adobe Photoshop dan tidak tahu font tulisan yang sesuai untuk membuat tandatangan anda sendiri. :)

PS : Pakej Grafik beserta Video Tutorial dan Lesen MRR, hanya tinggal 12 stok sahaja lagi. Layari :

www.myproecover.com/pakejgrafik

PPS : Anda dijemput menyertai program affiliate Kit Blogger dengan komisen RM30 bagi setiap jualan yang berlaku hasil jualan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut : www.blogsendiri.com

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark