Archive for May, 2007

Datang »

Salam & selamat sejahtera. Sedang saya melayari internet, tiba-tiba datang 2 orang kawan saya. Salah seorangnya dari Negeri Sembilan. Fuh,datang dari jauh! Terkejut juga. Namun, setelah menyambut mereka, saya mencadangkan agar bermain ping pong. “Boleh juga,” kata mereka.
Sedang kami asyik berbual sambil bermain, akhirnya saya dapat juga menangkap sebab sebenar dia datang ke Terengganu ni. […]

Zakry »

Salam & Selamat Sejahtera. Zakry dan Fairuzizuan adalah pasangan badminton yang mula meningkat naik dengan prestasi persembahan yang menakjubkan! Walaupun baru sebulan digandingkan, tetapi mereka telah mencipta kejayan, terutamanya layak ke perlawanan akhir Badminton Super Series Terbuka Indonesia. Wah, masa saya tengok secara live persembahan diorang, betul-betul teruja. Walaupun sekali-sekala mudah gagal bermain di jaring, […]

Blog »

Salam. Blog kian diterima masyarakat Malaysia. Tapi, pernahkah seorang guru memikirkan untuk menjadikan blog sebagai medium tambahan pengajaran & pembelajaran (P&P) untuk murid-muridnya?
Kalau ada blog, macam-macam boleh dibuat. Letak nota pelajaran, pengumuman peperiksaan, teknik jawab soalan dan contoh-contoh soalan peperiksaan di blog. Murid-murid sekarang pun dah pandai guna internet. Daripada mereka melayari internet tak tentu […]

Dunia »

Salam. Dalam nak menjadi blogger yang baik, macam-macam cara yang kita buat. Nak tarik trafik kunjungan pelawat yang tinggi, nak cari duit melalui blog, dan macam-macam lagi. Apapun yang anda buat, pastikan ikhlas. Ikhlas macam mana? Yelah. Maksud saya, jangan menipu, dan kalau boleh, cari kawan jadi agenda utama. Atau apa pendapat anda semua? & […]

Laman »

Salam. Maafkan saya, blog ni bukan blog lucah. Tapi ada statistik yang dikeluarkan tentang laman lucah di internet pada 2006, oleh Good Magazine :

89% daripada laman lucah dibuat di Amerika.
pendapatan keseluruhan $2.84 billion diperolehi dari laman lucah Amerika.
$89 dibelanjakan setiap saat untuk laman lucah.
72% daripada pelayari laman lucah adalah lelaki! (bukan saya! :))
260 laman […]

CitrusSense »

Salam & Selamat Sejahtera kepada semua. Tahukah anda, bahawa Mawardee (saya la) ada buat satu lagi blog? namablog tu, www.internet-crazy.com. Untuk terbaru di blog tersebut, saya ada sediakan plugin-plugin untuk wordpress (dan plugin ini semua, saya akan tambah dari semasa ke semasa) dan satu theme yang diberi nama CitrusSense. Memang ada kelebihan pada theme ni. […]

Kesilapan »

Salam, kawan-kawan sekalian. Hm, sekarang ni dah hampir sebulan menulis di BlogSendiri.Com ni. Selepas beberapa kali membuat semakan, saya ada buat beberapa kesalahan atau kesilapan kecil. Saya rasa saya harus perbaiki kelemahan ini.
1. Saya tak posting dalam tempoh akhir bulan April hingga awal bulan Mei. Rupa-rupanya, saya banyak kemaskini design theme untuk 2 blog saya, […]

Ebook »

Salam, kawan-kawan sekalian. Apa khabar? Hm, esok kena buat latihan memandu lagi. Tinggal 4 atau 5 jam lagi untuk saya habiskan latihan. Kepada sape-sape yang dah lulus ujian memandu, boleh bagi saya sedikit petua & nasihat?

Hm, alhamdulillah. Akhirnya berjaya saya melepasi satu lagi tahap dalam bidang perniagaan internet ni. Berkat sokongan anda semua […]

Biografi »

Dah hampir sebulan blog ini dibina, tapi saya mungkin kurang perkenalkan diri saya. Hm, rasa perlu gak kot. Tapi, tak boleh detail sangat. Takut jadi ‘apa-apa’ je.
Nama penuh, Ahmad Mawardi, dilahirkan pada 23 Februari 1986 di Dungun, Terengganu dan kini menetap di Gong Badak, Kuala Terengganu. Hm, tu jelah kot. Selamat berkenalan […]

Perniagaan »

Salam, kawan-kawan sekalian. Bagaimana sekarang dengan perniagaan internet anda semua (samada melibatkan servis perkhidmatan atau produk) atau program buat duit di internet yang anda sertai seperti adsense dan sebagainya? Dah ada pendapatan? Masih di takuk lama? Atau anda tidak mendapat sebarang pulangan modal?  Tak kisahlah macam mana pun. Semoga kita semua bakal berjaya. Kat sini, saya […]