Curi Punya Pasal

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera.

Saya sangat-sangat mintak maaf kepada semua kerana dah lama tak update blog saya ni.
Agak sibuk dan agak banyak masalah. Hm…
Minggu ini, saya sedikit teruji.

3, 4 hari lepas, saya adalah antara mangsa kecurian yang berlaku pada lewat malam.
Hm, kalau diikutkan, mungkin pencuri masuk ke dalam bilik saya (yang mempunyai 4 penghuni), antara waktu 4-6 pagi.

steal-curi-diari-usahawan-internet.jpg

Nampaknya, ‘niche’ utama pencuri tu pada malam tu adalah dompet dan handset.
Dua benda yang menjadi kemestian seorang pelajar IPT macam saya..

Pintu bilik dah terkunci. Tapi mungkin sebab tombol pintu sedikit rosak, maka dapatlah sang pencuri tu masuk ke bilik saya dengan trick yang mudah.
Loker pakaian kawan saya yang berkunci pun, dia bukak. Entah macam mana pencuri tu tahu kat mana kawan saya letak kunci loker tu.

Dalam bilik saya sahaja, 3 orang yang menjadi mangsa. Pada malam yang sama, ada 7, 8 kes yang dilaporkan berlaku serentak. Disyaki dilakukan oleh orang yang sama.

Apabila melibatkan kecurian kad pengenalan, maka tentulah perlu dilaporkan ke pihak polis.
Saya dah lapor di balai polis berdekatan. Tapi sampai sekarang, pegawai penyiasat yang sepatutnya datang pada petang itu juga, tak datang-datang sampai sekarang.

Rasa geram jugak. Nilah polis. Nak selesaikan kes pun, ikut status kes.
‘Pandang sebelah mata’ je dengan kes-kes profail rendah macam kes saya dan kawan-kawan ni.
Hanya nak selesaikan kes yang berprofail tinggi atau melibatkan datuk-datuk agar cepat naik pangkat.

Kalau mereka ni lambat ambil tindakan, dah tentu pencuri tu sempat jual semua handset tu kat mana-mana kedai.
Dan dah tentu mereka ada banyak masa untuk hapuskan semua bahan bukti seperti dompet dan kad pengenalan yang tak membawa sebarang makna bagi mereka dah.

Pencuri ni pun satu. Kalau betul lah nak curi, cukuplah curi duit sahaja.
Yang pergi ambil dompet sekali tu, buat apa. Menyusahkan orang je nak kena buat semula kad pengenalan, kad ATM, dan macam-macam lagi.

Yang lagi sakit hati tu, bila nak buat kad pengenalan, kena bayar jugak denda. Padahal, hilang tu bukan sebab kecuaian, tapi sebab DICURI.

Besok nak kena pergi lagi buat kad pengenalan sebab hari ni tak sempat nak ambil nombor giliran.
Pukul 3 petang, dah tak boleh ambil giliran.
Fuh, agak letih sedikit.
Assignment pun saya tak start lagi. Tengoklah, bila ada masa, saya dan kawan-kawan sekumpulan akan buat perbincangan untuk assignment tu.

Nak buat macam mana. Nilah kehidupan. Kan? :)
Walaupun cara saya bercerita nampak macam tengah marah, tapi saya OK je.

Mungkin sebagai penghapus dosa-dosa saya yang lalu, (iaitu sebagai kaffarah).

Saya bawakan kisah yang berlaku pada saya ni, bukanlah bertujuan untuk merungut sangat.
Cuma, diharapkan ia menjadi satu renungan kepada kita tentang keadaan masyarakat kita sekarang ni.

Dan saya harap anda semua boleh fikir, tak semua perkara akan berlaku sebagaimana yang kita harapkan.
Cuma, kita kena bijak atasi masalah semua-semua tu, dengan emosi yang terkawal dan akal yang cepat untuk memikirkan jalan keluar bagi sesuatu masalah.

Masalah-masalah lain, rasanya terlalu peribadi untuk dibincangkan di sini. :)
Cukuplah sekadar dengan ini sahaja pada hari ini. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

10 Comment(s)

  1. La kesiannya. Masa tu tengah tidor ke mawardi?

    Maizula | Jul 14, 2007 | Reply

  2. Biasalah tu…
    Dalam hidup nie macam2 bende akan terjadi..
    Banyakkan bersabar dan Redha atas ketentuannya…

    zool | Jul 15, 2007 | Reply

  3. Ye, saya tengah tido. :)

    mawardee | Jul 15, 2007 | Reply

  4. Kesian dan simpati. Nanti pasang camcorder/cctv 24/7 lah.

    Zul | Jul 15, 2007 | Reply

  5. alolaa? alahai… sabar laa. telefon tu tak daftar atas nama mawardi ke? atau pendaftaran telefon belum kuatkuasa lagi?

    abdfatah | Jul 15, 2007 | Reply

  6. Saya dah daftar handphone tu.
    Dan saya dah block kad sim tu.
    Insya Allah saya akan dapatkan nombor tu nanti, darimana mana2 cawangan maxis..

    Zul, kalau nak pasang CCTV, payah. bukannya kita ada duit. Lagipun, pihak universiti sendiri yang tak nak pasang. :)

    admin | Jul 17, 2007 | Reply

  7. Betul, sabar tu separuh dari Iman. Dapat duit bisnes boleh beli baru.
    www.galeriebuku.com

    SHAH | Jul 23, 2007 | Reply

  8. Hai..leceh kalau kes kena curi nie, terutama dengan dompet2 sekali.. jenuh lah nak buat balik ic, lesen dan sbgainye, pengalaman kena curi nie sayapun pernah kena, pencuri masuk rumah habis hset, duit smua, duit basah atas peti ais pun lebuh, hmmm..sabar jer lah mawardi, nak buat camana, dah takdir..

    Amir | Jul 26, 2007 | Reply

  9. Tiada yg mampu Q ucapkan kecuali…..KESIANNNNN! :twisted:
    p/s Redha jer laa yer bro! Mgkn ada hikmah disebalik semua tu… ;)

    princeq | Aug 9, 2007 | Reply

  10. Thanks atas nasihat princeq.. :)

    admin | Aug 11, 2007 | Reply

1 Trackback(s)

  1. Jul 15, 2007: from apakah makna telefon bimbit kepada diri anda? » AbdFatah.com

Post a Comment