Adakah Bagus Terlalu Membeli Produk Murah?
By admin on Jun 19, 2007 in Diari, Pengurusan Wang
Assalamualaikum atau salam sejahtera. Beberapa hari yang lepas, saya telah membeli satu produk. Sebabnya harga tersebut terlalu murah. Malah dipakejkan dengan hampir 100 produk Master Resell Rights, Private Label Rights dan macam-macam lagi.
Nak cerita betapa bersungguhnya saya mendapatkan produk tersebut, saya sanggup bergegas ke mesin ATM pada waktu malam, untuk segera menempah produk tersebut. Bimbang jugak kalau-kalau had tawaran yang dinyatakan penjual tersebut, akan tamat sebelum saya sempat menempahnya.
Bila dah dapat laman download, betapa gembiranya apabila melihat banyaknya produk yang diberi! Apalagi, saya pun download lah, macam orang laparlah agaknya kot. Macam-macam terbayang kat kepala ni, nak buat apa dengan produk ni.
Ye, saya beli produk-produk tersebut dengan harga yang sangat murah (malah, saya mencadangkan pihak penjual tu menaikkan harga kerana harga terlalu murah. Saya nyatakan dalam testimoni saya)
Barang memang sangat murah. Tapi, tahu tak bahawa saya telah mendapat kerugian di sebalik semua ni? Mungkin sesetengah newbie tak nampak. bagi yang dah hardcore atau expert, semua ni dapat ditangani dengan baik.
Nak tahu apa rugi yang saya dapat? 2 perkara saya rugi. Masa dan fokus kerja.
Saiz fail besar. Dah tentu memerlukan masa yang lama untuk download. Apatah lagi komputer saya ni agak lembap (320 MB) dan tak dapat kelajuan Streamyx yang maksimum (sebab jauh dari bandar, kira-kira 20 km). Jadi, tak dapatlah nak membukak fail2 besar seperti Frontpage atau Adobe Photoshop kerana bimbang kot-kot akan ‘hang’ terus komputer.
Pastu pulak, lepas pukul 12 malam, line internet pasti ada masalah. Masa-masa macam nilah ramai pengguna internet Malaysia melayari internet! (kantoi!)
Sampai sekarang, saya belum habis mendownload nyer!! Saya mendowloadnyer sejak pagi semalam..
Kemudian, pasal masalah fokus kerja. Kalau diikutkan, saya ada projek ‘kecil’ lain yang nak diuruskan, malah ada bajet kewangan untuk projek tersebut. Tapi, bila dah meleleh air liur melihat tawaran produk tersebut, saya tak tahan dan telah menggunakan wang tersebut untuk membeli prduk ‘digital’ tersebut. Sekarang, projek ‘kecil’ saya ni, saya rasa dah makin tipis untuk teruskan dan lancarkan dalam masa terdekat ni. Mungkin kena tunggu beberapa bulan lagi untuk kumpul duit..
Itulah dia keburukan bila terlalu membeli. Walaupun murah, belum tentu saya dapat menjana pendapatan dan meraih faedah dari barang-barang murah tersebut..
Apapun, sebenarnya, Alhamdulillah. Saya dah terfikir untuk plan B, dan saya rasa mutu kualiti kerja untuk projek ‘plan B’ ni, lebih baik. Kerana ianya tidak memerlukan banyak kerja.. Dan saya boleh manfaatkan daripada produk murah yang saya beli tu..Walaupun ada sedikit masalah, tetapi Allah dah bagi jalan lain. Inilah jalannya.
Tapi, jangan salah faham. Penjual tersebut tak bersalah. Malah saya memujinya kerana bijak mem’pakej’kan tawaran, memberikan produk yang berkualiti (bukan ’sampah’) dan bahagian support yang cemerlang! Tahniah saya ucapkan kepada anda!
Apa pendapat anda tentang situasi saya ini?

















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







yer… kena fikirkan masa depan kewangan anda sebelum membeli secara tergopoh gapah. sediakan budget yang secukup rasa.
jika menda berguna yang dah dibeli simpan sahaja dulu buat masa ini secara online. bleh download bila perlu. menda tu masih berguna untuk masa depan, kecualilah ia perlu upgrade pada masa depan…
atau kena beli sekali lagi…
sekian terima kasih…
abdfatah | Jun 19, 2007 | Reply
Terima kasih atas nasihat abd fatah..
admin | Jun 19, 2007 | Reply
Oh mmg perkara mcm ni selalu berlaku kepada newbie. contohnya sayalah. saya juga cpt tepengaruh dgn ajakan iklan2 yg menawarkan produk yg murah sebelum produk tersebut dinaikkan pada qadar harga yg lebih tinggi. ini mmbuatkan sy jd serba salah yg teramat sangat untuk hendak membelinya atau tdk sdgkan produk tersebut penting bg saya. sehinggakan sy tak lena tido memikirkan tarikh akhir tawaran harga tersebut. dlm ms yg sama, wang yg ada cuma mncukupi untuk tambang balik ke university nanti..aduh, pening kepala mcm ni..
suhail | Jun 20, 2007 | Reply
Apabila perkara seperti ini terjadi kepada saya, saya selalu teringatkan pesan beberapa org mentor saya apabila saya bertanya kepada mereka.
“Jika anda betul2 ingin menghasilkan duit di internet, berhenti membeli produk.”
Mohd Sufian | Jun 20, 2007 | Reply
Suhail, betul tu. Newbie memang kadang2 atau selalunya ada masalah macam ni.. Apapu, sebenarnya kalau perancangan betul dan disiplin, semua tu dapat diatasi. La, sama la macam shopping. Saper tak tahan kalau barang murah depan mata? huhu
Terima kasih atas nasihat Sufian. Satu kata-kata yang sangat baik!:)
Mawardee | Jun 20, 2007 | Reply
Relax dulu… baca betul betul pastue baru beli..
Jangan main beli jer.. Anyway.. yang penting skali dalam gunakan idea orang lain, apa kata develop idea sendiri.. Tak susah mana.. tapi kena rajin berusaha.. Tahniah untuk anda sekali lagie.
Paypal2u Bloggers | Jun 20, 2007 | Reply
Yer, terima kasih Paypal2u Bloggers..
Satu nasihat yang baik untuk saya
Mawardee | Jun 21, 2007 | Reply
Kenapa tak minta penjual tu send ikut CD? Kalau dia nak caj, minta dia guna Pos Ekspress yg berharga RM4.00. Jimat masa dengan kos tambahan RM4.00.

Kalau dia tak nak, tak boleh nak buat apa lah. Tapi kita sebagai pembeli kena pandai meminta dan tawar menawarlah.
- zuL
smartzul | Jun 29, 2007 | Reply
ya, dia dah hantar ,melalui CD.
Mawardee | Jun 29, 2007 | Reply