‘Hadiah’ Untuk Anda di Hari ke-40

Salam & selamat sejahtera. Rasanya makin seronok pula memiliki blog sendiri dan membina rangkaian dengan pemilik blog (blogger) yang lain. Jika anda belum memiliki blog, adalah amat rugi yang teramat sangat! Tahukah anda, bahawa melalui blog, anda dapat membina kepuasan diri, membina rangkaian perkenalan dengan blogger yang lain dan sudah tentu yang paling akhirnya, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog ! jika anda ingin tahu cara membina blog dan ingin tahu cara membuat duit melalui blog, anda dialu-alukan untuk klik di sini…

Haha, sedar atau tidak, hari ni dah masuk ke hari 37 saya mempunyai blog sendiri. & yang menariknya, mempunyai lebih kurang 70-8o artikel! Wah, tak sangka juga yer. Nanti dah masuk hari ke-40 saya berblog , iaitu dalam tempoh 3 hari dari sekarang, saya menawarkan ‘hadiah istimewa’ kepada anda semua. Jika anda ingin tahu, jangan ketinggalan untuk terus menerus datang dan singgah ke blog ini. Ianya sangat berbaloi dan anda akan dapat kepuasan yang menakjubkan. Insya Allah.. images.jpg

Dan jangan lupa untuk sebarkan kepada rakan-rakan anda melalui e-mail, artikel blog anda atau melalui media ‘lisan’ anda yang hebat itu! Sebabnyer, anda akan dapat beberapa ganjaran istimewa jika anda singgah di blog saya pada 3 hari lagi dan mengikuti arahan selanjutnya pada hari tersebut! Ganjaran ini hanya terhad kepada 50 orang terawal sahaja! Nak tahu, tunggu 3 hari lagi…

P/s : bukan skim cepat kaya dan bukan juga pelaburan internet. Sah di sisi syarak! :) semoga bergembira.. :)

Pp/s : walaupun 2 hari lagi saya akan mengambil ujian untuk lesen kereta saya, saya tetap bertungkus-lumus untuk sediakan ‘hadiah’ istimewa untuk anda semua. Berdebar juga rasanya untuk ujian lesen kereta tu. Harap-harapnyer berjaya la dan tak perlu ulang ujian amali tu. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

2 Comment(s)

  1. Semoga lulus dalam ujian memandu

    Maizul | May 23, 2007 | Reply

  2. terima kasih :)

    admin | May 23, 2007 | Reply

Post a Comment