Ini Rahsia Saya - Siri Akhir
By admin on Feb 28, 2008 in Diari, Bonus, Bonus Istimewa
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Setelah hampir 3 minggu menyepi, akhirnya saya menulis kembali. Biasalah, bila disebut tentang pelajar universiti, sudah tentu banyak assignment dan peperiksaan pertengahan semester yang perlu diduduki. Itu belum kira lagi pelajar yang mengikuti kuliah seperti kejuruteraan, perubatan dan sebagainya, yang tidak dapat tidak mesti masuk makmal untuk membuat eksperimen.
Namun, saya gagahkan diri saya untuk menulis hari ni. Nak sambung artikel lama tentang Ini Rahsia Saya.
Pemenang Rahsia Saya
Yang layak memenangi bonus hadiah dari saya hanyalah seorang sahaja, iaitu saudara Maizul.
Saudara boleh tuntut hadiah saudara dengan diskaun yang saya dah tetapkan dalam artikel yang lepas.
Dan bonus misteri juga saya akan berikan.
Sila maklumkan saya mana satu bonus diskaun yang saudara berminat, Maizul.
Ini Rahsia Saya
Cuba lihat kembali artikel saya yang sebelum ini. Saya ada memberikan dua jenis sampel ecover (ebook cover) yang cukup berlainan dari banyak aspek, terutamanya aspek kualiti.
Dan untuk makluman, perkaitan antara kedua-dua jenis sampel ecover itu adalah -kesemuanya adalah hasil tangan saya sendiri.
Jadi, sudah tentu ada yang tertanya-tanya, mengapakah terdapat perbezaan yang besar antara kedua-dua jenis sampel itu?
Mudah sahaja jawapan saya :
Saya belanja besar untuk belajar menghasilkan kualiti ecover yang bertaraf professional (ntah la. ye la kot).
Sampel ecover yang pertama adalah hasil kerja saya sebelum saya belajar secara serius untuk belajar menghasilkan ecover. Kemudian setelah saya berbelanja besar semata-mata untuk belajar Adobe Photoshop, sampel kedua adalah hasilnya. Alhamdulilah. Tak sia-sia apa yang saya belajar.
Nak berjaya , kena pandai dan berani berbelanja. Tapi itu tak bermaksud saya menyuruh anda berboros. Tapi itulah hasilnya bila anda ‘melaburkan’ duit pada tempat yang betul. Kan?
Walau bagaimanapun, sebenarnya saya dah berbelanja beberapa ratus untuk belajar Adobe Photoshop.
Tapi kali ini saya sanggup berkongsi dengan anda semua rahsia dan teknik yang saya gunakan dalam Adobe Photoshop untuk menghasilkan ecover yang berkualiti sebegitu rupa. Insya Allah, dengan level yang asas dan sederhana, ia akan menjadi kunci besar kepada anda untuk menjadi pereka grafik yang profesional tak lama lagi.
Serius saya katakan, banyak yang saya kongsi dengan anda semua di sini. Harganya hanyalah RM25, tetapi apa yang anda dapat adalah terlalu banyak dan bernilai. Jika tidak percaya, layari http://www.myproecover.com/pakejgrafik















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







tahniah maizul….
kita | Mar 2, 2008 | Reply
Pakej Grafik 2008 hasil Mawardee memang berbaloi berbanding harganya yang begitu murah. Yang saya pelik siap ada MRR lagi tu. Persoalan saya mengapa Mawardee menjual pada harga murah sekali hasil dari titik peluh saudara sendiri? Sedangkan ada juga produk grafik & video tutorial yg lain mencecah RM65 tanpa MRR….fikir2kan lah wahai mawardee!
p/s: Saya dah buat pembayaran bagi produk tersebut. Tengah tunggu ni. Hehe…
Asharudin | Mar 5, 2008 | Reply
saya pun ada perancangan sendiri, asharuddin.
Terima kasih atas cadangan…
mawardee | Mar 6, 2008 | Reply