Jangan Bazirkan Masa & Wang Anda

Assalamualaikum atau salam sejahtera. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan nasihat yang berguna kepada saya sejak beberapa hari yang lepas, berkenaan saya membeli produk yang berpukal-pukal, tetapi pada masa yang sama, menghadapi 2 kerugian, iaitu masa dan fokus kerja.

Hari ni, saya ingat saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya yang anda semua boleh ambil pengajaran. Mungkin sesetengah pihak akan mengatakan “saya membuka pekung di dada.” Tetapi saya rasakan ianya perlu agar anda semua terutamanya yang masih newbie dapat mengambil pengajaran daripada beberapa kes dalam hidup saya dan tidak melakukan kesalahan yang sama. Yer, sudah tentunya ia berkaitan dengan perniagaan internet !

Memang rasa segan juga nak cerita. :)

1. Pada awal-awal pembabitan saya dalam perniagaan internet, kerja saya banyak disibukkan dengan kerja ‘mendownload’ ebook percuma dari internet. Memang tak dinafikan, sekarang ni amat mudah untuk mencari produk-produk percuma di internet. Malah sampai beratus-ratus. Saya tak mengatakan ebook-ebook tersebut tak berkualiti atau tak ada manfaat langsung. Tetapi apa yang saya ingin katakan, saya telah membazirkan agak banyak masa dengan kerja mendownload tersebut.

Saya tidak dapat menghabiskan kerja saya yang lain yang lebih penting, kerana terlalu sibuk mendownload.

Bukan itu sahaja, saya telah daftar banyak program affiliate di peringkat antarabangsa, sehingga saya menghabiskan masa beberapa hari semata-mata untuk daftar program affiliate!

Ya, daftar terlalu banyak affiliate. Tetapi tak ada sebarang perancangan dengan program affiliate yang saya sertai ketika itu. Sehinggakan kerana tiada perancangan ketika mula-mula daftar dahulu, saya akhirnya ‘mengaku kalah’ juga pada akhirnya.

‘Mengaku kalah’ yang saya maksudkan adalah saya terpaksa ketepikan 80% program affiliate yang saya sertai itu, kerana semuanya tidak termasuk dalam niche perniagaan saya saya dan saya jadi pening tak tahu bagaimana untuk menjalankan 80% program affiliate yang saya sertai itu!

Lagipun, saya sudah ada projek perniagaan internet yang lain. Lebih baik saya fokus pada projek yang ada potensi ini, daripada membuang masa dengan memikirkan cara untuk menjana pendapatan melalui program affiliate yyang berjumlah berpuluh-puluh banyaknya yang saya sertai ini!

Padahal, duit tak masuk poket ’satu haram pun’ ( = duit tak masuk poket walau sedikit pun).

2. Satu lagi kesalahan saya ialah saya tidak meneliti betul-betul barang2 yang saya beli, bonus-bonus yang saya dapat dan produk-produk yang saya download percuma dari internet. Semua ebook dan perisian yang saya perolehi amat bermanfaat, tetapi saya seolah-olah kekurangan masa untuk meneliti semua produk tersebut. Saya hanya meneliti sebahagian sahaja.

Satu hari, saya terjumpa satu laman web yang menawarkan maklumat yang sangat berharga pada saya. Apa lagi, saya pun membeli, kerana bagi saya, ianya sangat penting. Setelah mendapat produk yang dijanjikan, saya terkejut! Alamak! Ebook ni dah ada dalam simpanan saya! Saya periksa semula semua produk-produk saya , dan saya dapati memang betul! Produk tu dah ada dalam simpanan saya sekian lama!

Saya dah bazirkan hampir RM 50 untuk mendapat produk yang saya dah ada! Siapa tak sedih.. Apapun, inilah pengalaman yang memberikan pengajaran yang amat-amat berguna bagi saya.

3. Fokus. Saya seakan-akan tiada fokus kerana memikirkan terlalu banyak idea. Betullah kata SaifulSham, kalau kita bersungguh-sungguh pada satu-satu perkara sahaja, kita tetap akan berjaya juga. Selepas satu kerja tu dah berjaya, barulah bermula dengan kerja atau projek lain pula.

Oleh itu, saya berazam untuk memberikan sepenuh perhatian pada satu projek perniagaan sahaja pada satu-satu masa. Walau banyak mana pun idea yang datang ketika saya sedang buat kerja, saya  takkan berpaling.

Saya harap dapat uruskan kerja tersebut sehingga sempurna dan berjaya dulu. Bila dah berjaya, barulah saya beralih ke bidang perniagaan yang lain.

Walaupun apa yang saya sebutkan ini hanyalah 3 perkara, tapi saya harap anda semua dapat mengambil pengajaran. Manusia memang tak boleh lari daripada kesilapan. apa yang kita perlu buat ialah belajar dari kesilapan dan mengubahnya.

Bagaimana dengan anda pula? Kongsilah pengalaman anda di sini agar kita boleh sama-sama kongsi dan ambil pengajaran.. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

4 Comment(s)

  1. memang betul kata u…nasib kita sama ler…namun pengalam mengajar kita

    bizmalaya | Jun 22, 2007 | Reply

  2. betul tu, bizmalaya. Macam Bitol pun, beliau pun mendedahkan kesilapan yang pernah dia buat dalam ebook “Kesilapan Internet Muda”. Bukan untuk saja2, tapi kebaikan bersama agar tak buat kesilapan sama lagi pada masa depan. :)

    Mawardee | Jun 22, 2007 | Reply

  3. masih tak faham

    jania | Jul 8, 2007 | Reply

  4. Betul tu,perancangan la asas penting nak berjaya

    starline | Jan 7, 2008 | Reply

Post a Comment