Pencapaian 2007 - Adakah Memberangsangkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

money_businessm_4.jpg

Tahun 2008 telah mencecah hari ke-17. Bila dimuhasabah balik dengan pencapaian saya di internet, saya dapati saya banyak terlibat dengan perniagaan internet. Dan kurang aktif dalam program-program buat duit seperti Adsense dan sebagainya.

Dan sebelum membina azam baru 2008, saya telah kaji secara kasar sejauh mana kejayaan saya dalam perniagaan internet yang saya aktif ceburi sejak April 2007 :

Projek Sepanjang 2007

1. Pakej Kit Blogger - Alhamdulillah, saya berjaya menjadi antara 100 Reseller yang menjual Kit Blogger hasil tangan Smart Zul. Dan saya berjaya membuat jualan sehingga melebihi 15 jualan! Dan terus bertambah pada tahun ini sehingga lagi 5 jualan. Syukur juga ye. :) Walaupun tak banyak, tapi memuaskan hati juga yer.

2. Keahlian Khas Blog Sendiri - Yang ini saya lihat banyak kecacatan. Dan saya buat secara sambilan sahaja. Saya dapati projek ini saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu kerana kurang advantage yang boleh diperolehi oleh para pelanggan saya. Jadi, boleh saya katakan projek ini gagal.

3. Projek PerisianInternet.Com - Yang ini, boleh saya katakan agak berjaya, kerana hasil jualan sudah tentunya lebih baik daripada jualan Kit Blogger. Dan demi kebaikan semua pelanggan saya, saya sedang menjalankan proses kemaskini dan upgrade produk tersebut ke versi 1.5. Saya mahu memberikan yang terbaik. Doakan saya yer. :)

4. Projek Perkhidmatan Mereka Ecover Professional- laman web www.MyProEcover.Com - Dilancarkan secara kecil-kecilan jer - dalam proses promosi sehingga sekarang. Hasil proses pembelajaran beberapa bulan dan membelanjakan $97 + $47 + 35 + 20 SEMATA-MATA untuk belajar grafik Adobe Photoshop ini, akhirnya membolehkan saya menyediakan perkhidmatan membuat ecover, minisite, banner dan sebagainya.

Skill ini saya akan cuba tingkatkan lagi, menambah portfolio dan mengumpul testimoni. Pelanggan pertama saya hamid, cukup berpuas hati dengan hasil rekaan ecover yang saya siapkan untuknya. :)

Projek 2008

1. Pakej GrafikSuper Collection of Graphic Stuffs” yang berharga RM 45 RM 20 RM 25, saya buat jualan di wangcyber. Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar. Masih tinggal 51 lesen Master Resell Rights (MRR) untuk dijual di www.myproecover.com/pakejgrafik. Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya sekarang sebelum lesen MRR habis dijual. Klik Sini

2. Koleksi Perisian Usahawan Internet versi 1.5, masih dalam proses kemas kini. Saya rasa ia memakan masa yang agak lama. Ditambah pula dengan kesibukan saya sebagai pelajar. Jadi, saya rasa ia terpaksa mengambil masa yang agak lama sebelum dilancarkan. Walaubagaimana pun, kepada Reseller saya, teruskan usaha untuk membuat jualan sebanyak mungkin. Persaingan masih terbuka luas. :)

Lain-lain projek, saya rasa saya rahsiakan dahulu ye. Nanti tak surprise pulak. ;)

Kelemahan Utama Saya 2007

Dan antara kelemahan ketara yang saya dapati sepanjang 2007, adalah :

saya tidak aktif dengan perniagaan internet selama 4 bulan lamanya! Inilah antara kesilapan besar yang saya telah buat pada tahun lepas. Insya Allah, tahun ni masalah ni takkan berlaku lagi.

Yang teruknya, sehinggakan saya tak mampu memberikan ruang support yang TERBAIK kepada para pelanggan saya. Maafkan saya.

Saya berazam untuk memperbaiki kelemahan utama ini bermula tahun ini.

Hasil Keuntungan Saya, Saya Gunakan Untuk Pelaburan Masa Depan

Dengan sedikit sebanyak hasil keuntungan saya, akhirnya saya berjaya memiliki :

1. Ilmu Menguasai Grafik Adobe Photoshop yang bernilai $97 + $ 47 + RM 35 + RM 20. Ianya adalah pelaburan yang berbaloi, kerana hasil pelaburan saya ini, saya berjaya membuat banyak perkara berkaitan dengan grafik dengan lebih mudah. Malah Pakej Grafik 2008 berjaya dilancarkan di www.myproecover.com/pakejgrafik dengn jayanya.

Alhamdulillah, walaupun taklah secara besar-besaran. Malah, yang seronoknya, Smart Zul pun menjadi pelanggan Pakej Grafik saya. ;)

2. Berjaya memiliki sistem Autoresponder berbayar di GetResponse.Com. Sistem yang saya idam-idamkan selama ni, akhirnya tercapai juga. Nampaknya proses follow up & proses memberikan support kepada pelanggan-pelanggan saya akan menjadi lebih mudah.

3. Memiliki pakej internet Celcom Broadband milik sendiri! Jika sebelum ini saya hanya berkongsi wang dengan keluarga untuk menggunakan Streamyx di rumah, kini saya memiliki pakej talian internet milik sendiri - Celcom Broadband + Datacard nya sekali.

Walaupun semua pencapaian ini tak seberapa jika dibandingkan dengan anda semua, sekurang-kurangnya saya sudah membina ‘tapak’ yang baik untuk masa depan. :)

Bagaimana dengan anda pula? Taknak kongsi ke hasil pencapaian korang sepanjang 2007 yang lepas? Jomla kongsi sama-sama di sini. :)

P/S : Tips ke-3 mencari idea menulis artikel di blog anda, adalah menulis tentang diri anda sendiri. Sebagaimana artikel yang saya tulis ini. ;)

 

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

6 Comment(s)

  1. Tahniah pd saudara mawardee..
    Banyak kemajuan yg saudara telah lakukan..

    Saya amat tertarik dgn pakej grafik saudara. Harga nya sangat berpatutan..

    Saya dah buat pembayaran.Tak sabar nak dptkan pakej grafik tu :-)

    kuasadua | Jan 18, 2008 | Reply

  2. Terima kasih. Apapun, sebenarnya masih banyak yang kena belajar.

    Apapun, thanks pada kuasadua kerana mendapatkan pakej grafik tu. Cek email awak ye :)

    mawardee | Jan 18, 2008 | Reply

  3. Tahniah mawardee :)
    Untuk ecover yang awak design tu memang menarik
    tengok sahaja PakejGrafik dah teruja :mrgreen:
    kalau ada duit lebih beli la Photoshop Original :wink:

    Hamid | Jan 22, 2008 | Reply

  4. insya Allah, hamid.
    Niat nak memiliki yang ori tak pernah terpadam, hamid. :D

    admin | Jan 22, 2008 | Reply

  5. InsyaAllah akan tercapai :wink: mawardee ada YM tak?
    add saya alamsyber k :wink:

    Hamid | Jan 22, 2008 | Reply

  6. Great site. Get your self some banners from cj to make extra $:)

    Kita | Mar 19, 2008 | Reply

Post a Comment