Pengalaman
By admin on Dec 4, 2007 in Diari
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar semua? Rindu pulak pada anda semua, lagi-lagi kerana saya tak dapat update blog dalam beberapa hari ni disebabkan saya terlibat dengan minggu orientasi di universiti.
Hari ni saya tak bercadang nak teruskan artikel PLR Tak Sesuai Untuk Blog. Saya bercadang untuk keluarkan satu ebook khas berkenaan isu PLR ini, supaya ia lebih mudah difahami. Dan saya akan tambah lagi sebanyak mungkin pro dan kontra kegunaan PLR untuk blogger dan usahawan internet.
Ebook ni percuma ke? Oh, saya belum pertimbangkan lagi. Jika bernasib baik, ianya percuma. Jika saya jual pun, mungkin ianya sangat murah. Bukan nak kaut keuntungan sangat pun. Bolehlah membantu sesama usahawan Internet Malaysia dan yang di luar Malaysia. Tentang ebook ini, saya akan maklumkan semula. Saya tak janji bila. Tapi insya Allah jika tiada halangan, saya akan bagitahu.
Oh, ya! Hari ni saya bercadang nak cerita tentang pengalaman berharga bertemu dengan salah seorang tokoh IM di Malaysia. Siapa dia yer?
Ceritanya bermula begini. Saya datang ke universiti untuk pendaftaran secara berseorangan. Mak dan ayah sibuk. Lagipun saya bukannya tak ada kawan yang akan sama-sama daftar masa tu. Datang ke universiti dengan menaiki bas dari Terengganu. Tarikhnya lebih kurang 26 hari bulan November lepas. Lebih kurang seminggu lepas lah.
Sebelum naik bas, saya melihat seseorang yang hanya tak jauh dari tempat saya berdiri. Saya rasa macam kenal jer dengan dia ni. Tapi sebab saya rasa takut salah orang, saya biarkan je. Malah, dia naik satu bas yang sama dengan saya.
Duduk dalam bas, tak sempat saya nak menegur beliau kerana kedudukan yang agak jauh. Sebaik sahaja sampai di Terminal Putra berdekatan PWTC, saya pun turun bas. Saya lihat beliau pun turun sama dengan saya.
Selepas saya menunaikan solat Subuh di surau, saya pun menunggu masa siang cerah sedikit kerana saya rasa agak letih dan memerlukan sedikit kekuatan. Kemudian, saya terlihat semula orang yang saya rasa macam kenal tu, di satu tempat yang tak jauh dari tempat saya. Bila saya lihat dia keluarkan laptop dari beg dia, saya kata dalam hati saya : “Sah! Memang dialah orangnya!”
Saya pun mendekatinya dan memberi salam. “Assalamualaikum. Saudara Sham ker?” saya tanya.
“Ya, saya.”
Saya pun memperkenalkan diri saya dan bagitahu macam mana saya kenal dengannya.
Raja Adsense, Encik Shamsuriyadi, siapa yang tak kenal???
Ya, orang yang saya maksudkan dalam cerita ni adalah Raja Adsense, Encik Shamsuriyadi.
Apabila saya berbual-bual dengan beliau, saya dapati beliau ni seorang yang agak peramah. Dalam perbualan tu, sempatlah saya mengorek sedikit sebanyak pengalaman peribadi beliau. Malah, beliau tidak lokek untuk memberikan nasihat kepada saya untuk berniaga dan buat duit di internet. Tentang blog beliau yang menjana pendapatan lumayan melalui Adsense pun, dia cerita walaupun hanya sedikit sahaja. Lama juga kami bersama dan berbual-bual, dalam satu atau dua jam.
Seronok juga berbual dengannya. Dan sebelum kami berpisah, dia memberikan kad bisnes beliau kepada saya.
Rasa sedikit rugi pulak kerana saya tak dapat mengambil gambar bersama dengannya, kerana saya tak ada kamera.
Saya merasakan pengalaman ni amat berharga. Rasa makin bersemangat pula nak teruskan blogging & berniaga di internet.
Anda semua nak tahu apa yang saya bincang dengan Encik Sham dan apa yang dia nasihatkan saya? Kalau anda nak tahu, apa salahnya jika anda ikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa. ;->
Insya Allah saya akan kongsi dengan anda semua bila masa dirasakan sesuai…















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Wahh bagus tu. Satu pengalaman yang berharga sebab dapat berkongsi cerita dengan orang yg memang experience dalam bidang perniagaan internet ni..
kuasadua | Dec 8, 2007 | Reply
ya, kuasadua. Walaupun tak banyak, tapi ianya berharga.
kalau orang lain, tentu dah tanya bertubi-tubi kat dia (Encik Sham).
tapi saya relax jer. 
mawardee | Dec 9, 2007 | Reply