Percutian Yang ‘Berkualiti’
By admin on Dec 14, 2008 in Diari
Assalamualaikum. Beberapa hari sebelum hari raya Aidiladha, saya dan kawan-kawan mengambil kesempatan untuk bercuti di Genting Highland. Mana tak seronoknya, inilah kali pertama saya bercuti di

Dengan 6 orang yang membawa sedikit barangan masing-masing, kami menaiki bas dari stesen Putra Gombak. Lama juga menunggu, sampai tertidur. Padahal tempoh perjalanan tak sampai sejam pun.
Setibanya di sana, kami kena naik kabel [Sky ape ntah]. Memang agak gayat. Tak terasa sangat sebab ianya waktu malam, jadi pemandangan tak jelas. Ditambah lagi dengan kabus ‘kesayangan’ kawan saya sorang ni. Entah kenapa dia ni suka sangat dengan kabus. Pantang ada kabus, gembira & ‘excited’ sangat.
Tiba je di sana, kami ambil keputusan tidur di apartment yang ada 2 bilik & ruang tamu. Dengan harga RM180, setiap seorang hanya kena bayar RM30. Okla, kan? Lepas rehat-rehat sekejap, kami berjalan di sekitar kawasan Genting Highland. Hanya ambil angin di kawasan sekitar dan makan di kawasan indoor.
Pergh! Harga makanan memang mahal. Mahal 50% daripada harga asal. Tak kisahlah KFC ke, McDonal ke dan macam-macam lagi. Yang tak tahan tu, harga nasi lemak sahaja dah RM4. Memang mahal tahap cipan ni.
Lepas tu, sebelum tidur, saya tontonlah satu dua siri kartun. Haha, saja je nak berhibur sikit-sikit. Lagipun kawasan kat apartment kami sewa ni, line internet sangat teruk. So daripada tak boleh buat apa-apa kerja, lebih baik ambil peluang menonton sekejap. Kawan saya yang lain tahu tengok cerita hantu je masa tu.
Keesokannya selepas subuh, beberapa orang daripada kami berjalan-jalan mengambil angin dan menangkap gambar. Seronok dan sangat sejuk. Tak sangka kawasan Genting Highland lebih sejuk daripada duduk dalam bilik yang ada penghawa dingin! Tu pasal kena pakai sweater ke sana ke mari.


Lepas je pukul 10 pagi, kami terus check-out untuk terus ke taman permainan Genting Highland. Wah, memang tak sabar nak masuk. Lepas letak barang je, kami terus main. Mula-mula kat tempat hantu tu. Bila masuk dengan kereta ‘khas’ dia, saya ingatkan hebat sangat. Tapi rupanya sekejap sahaja. Yang tak tahan tu, 2 orang kawan saya bertempik kuat ~ kononnya takut le tu. Padahal dalam tu sangat kosong dan hampir takda apa-apa, kecuali satu je. Tupun biasa je.
Lepas tu, kami naik SpaceShot [ye kot]. Wah nampak macam seronok. Lama gak menunggu giliran. Lebih kurang 45 minit. Bila sampai giliran je, kami terus cepat-cepat ambil tempat duduk. Bila benda tu dah mula naik tinggi, kawan saya tegur kawan saya yang seorang lagi “Wei, nak buat macam mana ni?” Pastu sorang lagi tu jawab la, “nak buat macam mana lagi, kita dah kat atas ni!” Bila naik tu, rasa lama sangat. Hati saya kata, “Eh, apasal lama sangat nak naik ni?”

Bila dah sampai kat atas sekali, memang terasa nilah tempat paling tinggi kat Genting Highland. Dengan kelajuan maksimum, kami turun dengan penuh tergamam! “Eh, rasa macam terbang! Punggung terangkat dari tempat duduk!”Tak lama lepas tu, ia naik sekali lagi dengan laju. barulah menjerit! Wah, memang tak tahan. Kena menjerit la!
Wah, tak sangka ada benda macam ni kat dunia ni.
Lepas tu, naik roller coaster. Memang menjerit jugak! Memang mustahil siapa yang naik, tapi tak menjerit. Barulah tahu yang orang naik roller coaster ni, bukan saja nak jerit-jerit. Rupanya memang rasa sangat terkejut dan takut!
Memang puas hati main kat Genting Highlan. Terasa jugak release tekanan kerja. Waha.



Dalam pukul 5 petang, kami bertolak balik naik kabel tu. Dan barulah terasa betapa tingginya keret kabel tu! Dan memang terasa gayat la! hahaha. memang seronok. Nilah cuti yang paling menyeronokkan dalam hidup aku. jadi siapa-siapa yang lambat dapat respon untuk sebarang pembelian atau masalah dalam tempoh saya cuti ni, saya mintak maaf banyak-banyak. Hidup pun kena ada rehat dan bergembira.
Dan dengan keseronokan dan release tension melalui percutian hebat ni, saya memang dah bersedia untuk hadapi cabaran lebih besar untuk beberapa projek ‘biasa’ dan projek ‘besar’ tak lama lagi. Insya Allah.
PS :Kepada mereka yang tengah berserabut dengan hidup, tekanan kerja, tak ada idea untuk perniagaan internet dan macam-macam lagi, saya sarankan anda ambillah cuti yang ‘berkualiti’. Bercuti kerana Allah, apa salahnya. Saya yakin lepas percutian ni, anda akan terasa hidup ni berharga, gembira dan banyak idea pasti akan muncul dalam kepala! Percayalah.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







of course pgalamn yang menggembirakan… bukan senang pun nk ajak mawardee ni kuar bjalan.. almaklumlah usahawan internt bjaya mana ade masa nk enjoy cmni… hahaha
aljuhr | Dec 14, 2008 | Reply
Ye ke? Tak derlah.
admin | Dec 15, 2008 | Reply
wah..saya tak pernah ke genting highlands lagi..mesti best kan..seronok nampaknya mawardee di sana..
latifah | Dec 16, 2008 | Reply
Genting memang antara tempat utk berseronok…cuma sediakan duit je. Saya dah 2X bawa anak-anak saya pegi sana. Budak2 memang seronok la. Penat nak melayan. Saya rasa saya naik roller coster yg indoor tu adala 5-6 kali…ye la nak melayan si kakak. Emaknye gayat.
BlogOtai | Dec 16, 2008 | Reply
bosan dah pegi genting nih..
elok gak la tu pegi bercuti ni..
www | Dec 16, 2008 | Reply
www,
orang yang dah biasa pergi Genting,
boleh la cari tempat lain pulak.
Itupun kena tengok kesesuaian masa
jugak la, kan?
BlogOtai,
iye, kalau dah jadi bapa, memang kena ‘telan’
duit sikit la. Kerenah anak2 memang dah macam
tu. Cuma baguslah dah ambil kesempatan tu
untuk eratkan hubungan keluarga.
admin | Dec 16, 2008 | Reply
huuuu…seronoknya bercuti…setakat ni, tak pernah sampai agi kat sana..Tapi, tgk gambar macam best je, InsyaAllah, suatu ari nanti, sampai la tu..
Wanita eMall | Dec 16, 2008 | Reply
hehehe..first time tgok muka mawardee tersenyum besar..hoho
Richie | Dec 16, 2008 | Reply
nak cuti jugak laa… senyum simpul sampai ke telinga… cuti cuti kualiti alam sekitar…
abdfatah | Dec 16, 2008 | Reply
perrgh! seronok baca kisah vacation nie…kalo besday kite masuk free ke untuk main?
hafiz | Dec 16, 2008 | Reply
Maaflah, hafiz.
pasal free kalau masa besdey, saya pun kurang pasti.
admin | Dec 16, 2008 | Reply
Salam Mawardee,
Satu percutian yg amat mengembirakan.
Bila sebut cuti, bagi saya ada dua jenis cuti:
1. Cuti yg dapat ketenangan sekejap sahaja dan bila balik kena hadapi masalah dan kerja yg sama. So cuti ni hanya skdr cuti sahaja.
2. Cuti mencari ilham dan bawa balik penyelesaian agar bisnes semakin bertambah baik + dapat fix mana2 masalah.
Mana satu cuti yg terbaik? Bergantung kepada tujuan dan juga keadaan bisnes kita skrg. Kalau bisnes dah maju, sudah pasti boleh cuti yg enjoy2.
Semoga terus berjaya.
-smartzul
ps. Saya tak pernah ke genting highland lagi. Saya kalau bercuti suka tempat yg tenang dan sunyi (tempat2 romantik?).
smartzul | Dec 16, 2008 | Reply
haha.. best best!!!
mawardee ada cuba tak yg apa ntah nama dia..
Flying Coaster kot..
bagi saya tu yang paling best dengan SpaceShot sekali..
roller coster sy tak berani sb saya ni lemah semangat .. haha
kalau dah cuba semua game kat genting tu mmg semua stress gerenti hilang.. ho ho ho..
tapi yg tak best kat genting tu harga makanan.. btul ckp mawardee.. mmg mahal ya ampun…
bagi mereka yg rasa tertekan atau stress, lawatilah genting higland dan gerenti stress anda akan hilang selepas jerit kuat-kuat.. haha
zyan | Dec 16, 2008 | Reply
bestnya cuti..
nama sky tu ialah skyway. hehehe..
dan roller coaster tu org kata tak elok sbb boleh menyebabkan darah beku kat otak.. tp tak pasti la plak. huhu..
p/s: bila banner affiliate blogsendiri akan ok?
- - -
@Azizwan™
http://www.azizwan.com
Azizwan™ | Dec 17, 2008 | Reply
Assalamualaikum Sdr. Mawardee!
Terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi menghubungi saya melalui kiriman email saudara. Memang benar sebagaimana yang disebutkan oleh saudara dalam email 16Dis08 tu. Betul tu kalau kita tengah serabut, kita kena gi bercuti. Saya pun dah pergi ke tempat percutian ni memang best.
Ok, Semoga jumpa lagi.
Abu Hanipah.
Abu Hanipah | Dec 17, 2008 | Reply
klu sy ada peluang pi genting satu ja dalam kepala otak …. slot mesin 777 nasib ja kat ic ada tanda I huruf besar hehehe.
lexsly | Dec 20, 2008 | Reply
seronok bila bercuti lupakan segala masalah.
Tapi bila balik …hah..kerja bertimbun
Sy pernah pergi genting, tapi waktu tu tak sejuk sangat cuma waktu malam mak oi sejuknya….pakai selimut 2 lapis pun tak berkesan sebab terlampau sejuk.
ayuAhmad | Dec 21, 2008 | Reply
ish3..
name kete kabel tuh genting skyway mawardi ye..
Shamel | Jan 14, 2009 | Reply