WC Gathering Memang Best … !

Salam. Kedatangan ke WC Gathering buat kali pertama, memang sangat menyeronokkan! Walaupun dah 3 minggu berlalu, tapi macam baru je semalam gathering ni berlangsung. hehe. sekadar berkongsi gambar-gambar kenangan bersama-sama otai-otai IM dan lain-lain sahabat-sahabat seperjuangan dalam perniagaan internet. ;)

bitol.jpg

Gambar yang diambil bersama Bitol di samping kereta baru dibelinya 6 bulan lepas. Bitol lah yang ambil saya di putra untuk sama-sama ke gathering yang diadakan di Bukit Jali Golf Resort ni. & memang Bitol ni seorang yang peramah. Rupa-rupanya, adik dia yang sebenarnya pakar design di CheapestCovers.Com sekarang ni. Papepun, memang best sembang-sembang dengan beliau dalam kereta sepanjang perjalanan hari tu.

 ramai.jpg

Gambar yang diambil ketika Shuth (admin Wang Cyber) sedang berucap. Kemudian disusuli dengan ucapan & tips ringkas yang diberikan oleh Dr. Irfan Khairi. Wah, memang tekun semua orang mendengarnya. Tips yang Irfan Khairi bagi memang best!

 alangsyed.jpg

 Ini pula gambar yang diambil dengan Syed Ikhwan & Alang. Wah, memang pandai juga Alang ni bergurau. Memang betul apa yang orang kata, ~ berbeza dengan perwatakannya di dunia internet. Sedang ambil gambar, sempat lagi dia tegur, “Mawardee, duit dah banyak, takkan kamera pun tak boleh beli yang baru!”. Segan saya mendengarnya. Apalah sangat jika dibandingkan dengan pendapatan Alang, kan? ;-)

Dari kiri gambar di atas ~ Syed Ikhwan, Alang, Mawardee (saya la) dan seorang lagi saya tak kenal. Maaf ye

 uthman-shuth.jpg

 Di sebelah kiri adalah Uthman Awang, manakala sebelah kanan adalah nama yang tak asing lagi, iaitu Shuth. Bila kali pertama jumpa shuth, dia memang tak mesra dengan saya. Sebabnya dia tak cam saya. Kali kedua pun dia tak cam saya. Tapi bila dia terlihat nama pada baju saya (semua peserta gathering kena pakai sticker nama masing-masing), barulah dia tegur, “Oh, ni ke Mawardeenya. Kecil saja orangnya!”

Kikiki. Sampai macam tu sekali sibuknya si Shuth melayan orang. Pelik juga saya bila diorang kata, saya ni nampak kecil daripada gambar yang saya selalu tayang di internet ni. Huhu

gobala.jpg

Ini pula gambar saya bersama Gobala Krishnan, tokoh IM dari Malaysia, yang paling terkenal dalam dunia IM. Beliau ni memang seorang yangcukup peramah. & beliau ada kongsikan satu tips dengan saya ~ satu tips yang cukup memberikan beliau maintain sehingga 4 - 5 angka pendapatan sebulan!

Nak tahu apa rahsianya? Beli produk Monakas Pakej Lengkap Perniagaan Internet melalui link saya di bawah :


http://www.monakas.com?a_aid=a070132b

http://www.monakas?a_aid=a070132b

Kemudian, sila hantar bukti pembelian & pembayaran kepada saudara Najib di laman web tersebut, ke email saya :

testimoni@panduanclickbank.com

 sabriirfanmaizul.jpg

Dari sebelah kiri adalah Sabri, Saya, Irfan Khairi, & Maizul.

Masa borak-borak dengan bro Sabri memang best. Cara kami sembang, memang macam dah lama kenal! Dengan Irfan Khairi pula, boleh juga dikatakan mesra. Tak sangka beliau ingat nama saya, sebab beliau tegur saya, “Oh, awak yang buat Pay Per Lead tu, kan?”

Hm, manakala Maizul pula, adalah antara rakan yang saya kenal sejak saya terlibat dengan dunia blogging dulu (lepas beli Kit Blogger yang Smart Zul punya).

Papepun gathering ahli-ahli WC ramai-ramai kat Bukit Jalil tempoh hari memang best! Bersemangat berkobar-kobar jadinya ni. Then, tak lupa kepada Zamri, Labanon yang duduk sebelah saya sepanjang majlis ni berlangsung, Abooain, Afzaai, dan ramai lagi nama-nama yang cukup memeriahkan suasana di sana.

Jumpa di puncak kejayaan! Chayok! :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

4 Comment(s)

  1. Lama gak mawardee x update blog,bz wat projek baru ke.Jeles tul tengok gambar kat atas,saya xleh nak pegi

    apiz79 | Aug 25, 2008 | Reply

  2. oit… Bukan uthman awang… osman affan la… hehe…

    pstt… jumpa kat convest lenkali belanja.. :D

    Azree Hanifiah | Aug 26, 2008 | Reply

  3. Gambar mamat bertopi yang ada sekali tu adalah Carllys (Khalis). :)

    Syed Ikhwan | Sep 5, 2008 | Reply

  4. He..He..
    camne plak osman affan leh jadi uthman awang..
    utman awang tu sasterawan negara.. :D

    TheReds | Sep 14, 2008 | Reply

Post a Comment