Yang Terbaik, Tetap Dipuji
By admin on May 20, 2007 in Diari
Salam & selamat sejahtera. Apa khabar semua? Harap-harapnyer sihat. Malam tadi, saya bersengkang mata di kedai makan, sampai pukul 12.30 malam. Yerlah, tengok perlawanan akhir bola sepak Piala FA, Manchester United lawan Chelsea. Agak terlewat sikit maser sampai kat kedai makan tu. Terlewat dalam 20 minit. Perlawanan dah berlangsung. Yerlah, saya terpaksa ke kedai makan yang ada astro tu. Kat rumah tak ada astro (kalau ada astro kat rumah, entah-entah saya melekat 24 jam jer depan TV. hehe).
Perlawanan tu, Manchester dah jaringkan gol. Kalau tak silap, Ryan Giggs yang jaringkan, tapi sebab pengadil tak nampak, gol tu tak dikira. Kamera dah tunjuk pada orang ramai dan memang bola tu masuk gawang gol. Yerlah, nak buat macam mana. Pengadil tak nampak. Last-last, Drogba pulak buat gol masa perlawanan berbaki 5 minit, sebelum sesi penentan penalti! Memang bagus persembahan Drogba. Yang bagus, kena la puji.
Kalau nak tahu, saya ni peminat setia Manchester United. Tapi, bila diaorang main dengan teruk dalam satu-satu perlawanan, rasa geram gak. Geram tu, taklah sampai menyumpah-nyumpah. Tapi sebab persembahan tak memuaskan. Kalau dah baik, kena puji la, walaupun yang dipuji tu, musuh ketat pasukan kegemaran kita. Walaupun saya ni minat Manchester United, tapi saya lebih tamakan permainan yang menarik. Hantaran bola yang kemas, pergerakan yang cantik dan skill yang menakjubkan.
Malam tadi, dua-dua pasukan bermain dengan baik. Memang seronok lah tengok mereka main. Walaupun tak ada kerusi untuk saya duduk sebab kedai makan penuh dengan orang, saya tetap tekun dan semangat tengok perlawanan malam tadi (huhu)
Duduk atas keretalah. Berdirilah. Macam2 lagi. Last-last,m asa separuh masa kedua tu, barulah ada kerusi kosong, sebab dah ada yang mula meninggalkan kedai makan.
Apapun, saya puji kedua-dua pasukan kerana persembahan yang menarik. Mereka layak dipuji. Walaupun kalah, tapi persembahan Manchester tetap menarik.
Begitulah juga kita kalau dalam dunia kehidupan sebenar. Bagi pujian kalau mereka buat kerja dengan baik. Bukan nak suruh dia riyak. Tapi , bagilah pujian sekadarnya, supaya bertambah semangat mereka untuk teruskan kerja dan membatnya lebih baik pada masa akan datang. Lagi-lagi kalau anda seorang bos di pejabat. Usah terlalu ego.
Bagi pujian jika kerja orang bawah kita, dibuat dengan baik. Tapi kalau kerja mereka tak elok, tegur bukan dengan cara menengking. Bagi nasihat dan teguran dengan cara berhikmah. Cakap pelan-pelan. Tak semua orang perfect. Mereka perlu belajar dari kesilapan. Begitu juga anda. Anda pun sudah tentu pernah melalui saat-saat kegagalan atau melakukan kesilapan. Tapi, janganlah biarkan saja kesilapan tu. Belajar dari kesilapan dan perbaiki. OK? ![]()















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Yes …bagi pujian atas usaha diorang.tapi jgn melebih2..nanti kembang pulak..ngeh2
kasyah | May 20, 2007 | Reply