Bantu Saudara Zamani

Assalamualaikum /Salamsejahtera,Saya tahu cerita ni di forum Wang Cyber dan blog Labanon, Abooain.
Terus-terang saya katakan bahawa saya tidak mengetahui kesusahan yang menimpa sahabat kita ini, walaupun saya mengetahui beliau seorang OKU tak lama dulu. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau ialah saudara kita Badruzamani bin Azmi. Di sini saya membawakan kisah beliau untuk tatapan bersama. Bantulah sekadar terdaya. Jika tak mampu pun, sama-sama kita doakan beliau.. :   

Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.

Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.

Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.

Tetapi, akibat terbaring terlalu lama di atas katil hospital dan tidak dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloe vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.

Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman blog saya Badruzamani.Org dan laman RahsiaNiaga.Com . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.

Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33, sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Bolehkah saya bersabar lagi?

Luahan hati dari seorang blogger

Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…

Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.

Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua yang sudi membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…

Yang benar,

Badruzamani Bin Azmi

Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Renungilah maksud firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya lagi meliputi ilmu-Nya.” - Al-Baqarah 261

Renungilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Dua akhlak yang sangat dicintai oleh Allah s.w.t, iaitu akhklak yang baik dan dermawan, dan dua akhlak yang amat dibenci oleh Allah s.w.t ialah buruk akhlak dan kedekut. Jika sekiranya Allah inginkan kebaikan pada seseorang itu, Dia akan mempergunakan dia untuk memenuhi hajat keperluan manusia.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :

“Seseungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Dan sesungguhnya kedekut itu (menjadikan seseorang itu) jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Seseorang bodoh yang dermawan itu lebih dicintai oleh Allah daripada seorang alim yang kedekut, dan seberat-berat penyakit ialah kedekut.”

Oleh itu sama-samalah membantu rakan kita ini sekadar yang termampu, bagi yang tidak berkemampuan bolehlah mendoakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat. AMIN!

Bagi yang ingin mengiklankan sebarang bentuk iklan produk-produk anda, boleh ke blog saudara Badruzamani untuk menempah iklan. Ini juga merupakan salah satu bantuan yang boleh anda sumbangkan.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

5 Comment(s)

  1. Teman dah kontek dier melalui email… tapi tak dapat balasan la…

    Teman cadang nak sedekah pakai e-gold… tue yang tanya dier ader tak akaun e-gold… anyway.. nanti teman email dier lagie skali.

    Paypal2u Bloggers | Jun 20, 2007 | Reply

  2. sama2 la kita bantu membantu yer mawardee,

    paypal2u bloggers,
    saya ada terbaca komen mohd sufian bahawa 2-3 hari lepas komputer zamani ada problem, tak dpt online, tapi tak tau la skrg ni…

    alicyber | Jun 20, 2007 | Reply

  3. Insya Allah, saya bantu. Saya cadang, projek terbaru saya, saya bagi la dalam 20 - 30% keuntungan khusus untuk Zamani.. Dalam masa terdekat, insya Allah lancar..

    admin | Jun 20, 2007 | Reply

  4. Oh, orang tempat saya jugak ni..mesti bantu, mawardi..sy nk mintak izin admin blog ni nk amik artikel ni post kat blog sy,boleh kan??

    suhail | Jun 21, 2007 | Reply

  5. boleh. Apa salahnya.. Saya pun ambil dari orang lain.. Dan edit sikit2.. Sama2 promosi bantu saudara Zamani

    admin | Jun 21, 2007 | Reply

2 Trackback(s)

  1. Jun 21, 2007: from bantuan anda diperlukan » AbdFatah.com
  2. Aug 19, 2007: from bantuan anda diperlukan, charity

Post a Comment