Pengunduran Fai - Apa Komen Anda?
By admin on Jul 29, 2007 in Isu Semasa, Cabaran
Assalamualaikum atau salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harap-harapnya hari Ahad sebegini, anda semua manfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah ataupun meluangkan masa untuk bersama keluarga tersayang bagi mengeratkan hubungan kasih sayang. Jika anda mahu umur anda dipanjangkan, sambungkanlah silaturrahim dengan sesiapa sahaja dengan ikhlas.
Ada pepatah mengatakan :
Harapkan panas hingga ke petang, tetapi
hujan pula di tengah hari.”
Maksudnya (lebih kurang), kita menjangka sesuatu kebaikan apa yang kita dapat, untuk berterusan hingga sampai bila-bila, tetapi nampaknya hajat kita tersebut tidak kesampaian kerana ada halangan yang tiba-tiba datang tanpa diundang.
Benarlah kata orang juga, perniagaan internet bukan mudah untuk dilakukan. Ini semua memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita Fai, salah seorang internet marketer Malaysia yang sudah menempa nama yang baik di arena perniagaan internet Malaysia, akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dari terus berkecimpung dalam bidang perniagaan internet.
Untuk baca artikel penuh beliau, sila ikuti link berikut :
http://fai.immalaysia.com/berita/per…yang-terakhir/
Amatlah sayang jika orang yang hebat seperi beliau mengundurkan diri dari arena ‘lubuk emas’ ini. Apapun, kita perlu menghormati keputusan beliau. Walau apa pun kata orang, itulah keputusan muktamd Fai.
Kalau anda semua nak tahu, beliau adalah partner kepada Labanon, yang cukup popular dengan produk “Rahsia Sales Letter Membunuh.” Team tersebt dikenali sebagai “FlareBiz”.
Tetapi, bagi saya, saya ada pendapat saya sendiri berkenaan keputusan Fai ni. Hm…
Mungkin sekarang ni, Fai agak tertekan dengan situasi dan cabaran yang mengekang beliau. Apapun, apa yang saya boleh katakan ialah, mungkin buat masa ni, Fai akan berhenti dari dunia perniagaan internet. Tetapi, bagi saya, ia hanyalah sebagai ‘rehat sebentar’. Percayalah, orang yang mempunyai jiwa untuk membuat bisnes, apa lagi bisnes internet, bila sampai satu masa, beliau akan kembali juga ke arena bisnes internet ini, walaupun secara sambilan.
Apapun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada Fai. Oh, ya! Beliau juga akan membuat jualan terakhir sempena ‘persaraan’ beliau dari arena ini. Sekali lagi, saya berikan URL link blog beliau :
http://fai.immalaysia.com/berita/per…yang-terakhir/
Dan jika anda mahu mengikuti perkembangan dan komen-komen para sahabat yang lain terhadap keputusan Fai, boleh baca di dalam forum Wang Cyber, iaitu dengan mengikuti link di bawah :
http://www.wangcyber.com/forum/showthread.php?t=3885
Apa pendapat anda semua pula?















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







salam..baru nak menjengah masuk..boleh kan?
pada saya, fai memang saya tak kenal..tapi kalo sebut team flaire beiz dan sales letter membunuh tu, baru saya mula kenali siapa fai..
saya bersependapat dan bagi saya fai pasti akan kembali..kenapa? hehehe..naluri seorang yang dah minat takkan hilang begitu saja kan?
naem | Aug 1, 2007 | Reply
terima kasih kerana menjengah masuk. Silalah..
Hm, betul tu, Naem.
Minat yang ada, takkan lenyap selama-lamanya..
mawardee | Aug 2, 2007 | Reply
rehat kejap jer tuh,nanti sambung balik…ataupun nak gerak senyap2x…
yasir | Aug 3, 2007 | Reply
Thanks, yasir. Sebab sudi jenguk blog ni
admin | Aug 11, 2007 | Reply
hehe…wa hari-hari masuk sini ooo…..
yasir | Aug 12, 2007 | Reply
Yasir, saya dah hilang nombor hp awak. Kalau boleh, tolong bagi, boleh tak? hantar email mawardee@blogsendiri.com
Terima kasih bagi sokongan, yasir.
Kalau nak koleksi template laman web yang banyak2 tu, bagitahu lah. saya dah jumpa koleksi CD awak tu.
admin | Aug 13, 2007 | Reply
hmm.. mungkin rehat jer tu.. nanti aktif balik lah
sm | Nov 16, 2007 | Reply
wah terkejut gak dengar berita ni..
tak per la mungkin dia busy?
mawardee plak cam mana? tak busy ker ngan ebiz sambil belajar?
Hamid | Nov 18, 2007 | Reply