Beri Ruang Masa Untuk Berjaya
By admin on Jun 1, 2007 in Motivasi, Tips
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Pagi esok, di rumah saya akan diadakan kenduri kecil-kecilan bersama saudara mara. Ini dibuat bersempena dengan kejayaan abang saya menghabiskan pengajian perubatan dan melepasi ujian akhir tahun yang sangat getir. Alhamdulillah, abang saya dah berjaya. (Bagaimana dengan saya pula? - Lambat lagi nak habis belajar ). Hehehe
Baiklah. Kita terus ke topik perbincangan kita pada kali ni..
“Beri Ruang Masa Untuk Berjaya”.
Mungkin ramai yang terlibat dengan perniagaan internet atau program buat duit di internet, ingin menjana pendapatan yang lumayan, dan sudah tentu ramai yang menjadikan Irfan Khairi sebagai inspirasi untuk menjadi jutawan, atau sekurang-kurangnya mempunyai wang yang ‘bertimbun-timbun’.
Memang tak salah ingin kaya, tetapi niat biarlah betul. Di sini terdapat beberapa peringatan yang sudah diketahui umum, untuk tatapan kita semua :-
Pertamanya, janganlah sebab nak kaya cepat, semua benda haram jadi perkara biasa. Kedua, janganlah niat untuk kaya semata-mata. Niatkanlah agar bila dah kaya nanti, nak tolong orang yang susah atau menolong mana-mana pihak yang memerlukan bantuan yang sangat-sangat terdesak.
Ketiga, kita janganlah ingin cepat kaya. Mungkin akan ada yang menjadi kaya hanya dalam tempoh yang singkat. Tetapi, janganlah kita terlalu mengharapkan pipih datang melayang. Kita perlu berikan ruang masa yang agak panjang dan logik untuk kita berjaya. Tidak salah jika kita mensasarkan 3 tahun lagi untuk menjana pendapatan 5 angka sebulan. Yang penting, kita mempunyai perancangan.
Teruskan usaha yang bersungguh-sungguh, tetapi jangan sampai tidur terlalu sedikit atau tidak cukup tidur kerana menjalankan perniagaan internet. Relax, steady.
Jangan terlalu sedih atau cemburu melihat kejayan orang lain. Mereka yang lain berjaya pun, bukannya dalam tempoh sesingkat 1 bulan. Mereka juga melalui perit-jerih untuk mencapai kejayaan mereka sekarang.
Ilmu perlu ditambah dari semasa ke semasa. Memang pada awal-awal penglibatan kita, banyak yang perlu kita korbankan. Wang, masa dan tenaga. Pengorbanan yang bijaksana dan bukannya membuta tuli.
Bak kata Irfan Khairi, ramai yang gagal pada tahun pertama. Sudah ramai yang menanggung kerugian dalam tempoh tahun pertama, tetapi bersabarlah. Jika anda terus-menerus usaha tanpa mengenal putus-asa, anda tetap akan berjaya. Takkan lari gunung yang dikejar, kata Smart Zul. Sampai masa, anda akan berjaya.
Yang penting, teruskan usaha berdasarkan perancangan yang teliti dan bijaksana. Tetapi jangan pula langsung tidak berbuat apa-apa. Apa gunanya ilmu kalau tak digunakan, kan?
Semoga berjaya kepada semua..
– Jika anda inginkan panduan untuk menjana wang di internet, saya ada menyediakan 300 produk secara percuma, dengan beberapa syarat, iaitu menjadi Ahli Khas BlogSendiri.Com. Klik sini untuk melihat tawaran hebat yang terhad tersebut.
Kata orang : Kita memerlukan lebih daripada nilai wang semata-mata.

















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment