Perniagaan Internet : Steady & Buat Langkah Demi Langkah
By admin on May 9, 2007 in Motivasi, Tips
Salam, kawan-kawan sekalian. Bagaimana sekarang dengan perniagaan internet anda semua (samada melibatkan servis perkhidmatan atau produk) atau program buat duit di internet yang anda sertai seperti adsense dan sebagainya? Dah ada pendapatan? Masih di takuk lama? Atau anda tidak mendapat sebarang pulangan modal? Tak kisahlah macam mana pun. Semoga kita semua bakal berjaya. Kat sini, saya nak kongsi beberapa perkara penting kepada anda semua. Termasuk sebagai peringatan kepada saya. Hm, bila dengar, agak sedih juge bagi yang tak dapat langsung sebarang hasil. Tapi, apapun, memang begitulah adat dunia perniagaan internet atau program buat duit di internet. Jangan bimbang, kawan-kawan. Jangan bimbang. Yang penting, anda sudah memulakan langkah. Tak kiralah langkah pertama mahupun kedua.
Nak berniaga di internet mahupun membuat duit di internet, tak perlu tergesa-gesa dan tergopoh-gapah. Be steady, ok? Buat perlahan-lahan beserta dengan perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang.
Satu lagi, kadang-kadang merbahaya, terutamanya kepada yang masih baru dalam bidang ni (newbie) jika terlalu banyak membeli ebook yang tidak diyakini mutunya, apatah lagi ebook percuma yang berlambak-lambak sekarang ni di internet, kerana anda akan pening kalau terlalu banyak info yang merapu-rapu di sekeliling anda (walaupun tak menafikan ada juga ebook yang betul-betul berkualiti), kerana anda akan rasa serba salah dalam menetapkan langkah pertama anda. Terlalu banyak benda yang difikirkan. Jadi, dalam keadaan seperti ini, be steady. Buat dulu & fokus pada apa yang anda sedang lakukan sekarang. Anda akan berjaya jika fokus pada satu atau dua kerja pada satu-satu tempoh masa. Jika dah berjaya, maka teruskan dengan idea lain. Maksud saya di sini , buat satu persatu.
Tahukah anda, bahawa Russel Brunson membuat sasaran bahawa dia akan memastikan laman webnya, DotComSecrets.Com berada di ranking top 10 dalam senarai enjin carian dengan perkataan/ kata kunci : “internet marketing”, dalam tempoh 5 bulan. Kenapa dia tidak menetapkan dalam tempoh yang lebih singkat untuk mencapai sasarannya itu?
“Jawapannya mudah sahaja. “Be steady tangga kejayaan.”
Bertenang, tapi pastikan anda ada perancangan yang realistik dan betul-betul mengikut kemampuan anda. Lihatlah sekarang, Russel telah berjaya mencapai impiannya. Semoga anda dan saya dapat memperbetulkan pemikiran/ mindset kita.”
Terlalu tergopoh-gapah dan terlalu mengharapkan kejayaan dalam tempoh terlalu singkat & tidak realistik, hanya akan melemahkan semangat kita jika menghadapi sedikit rintangan sahaja. Enjoy dengan perniagaan internet yang anda buat, maka anda pasti akan kekal lama dalam perniagaan anda atau program buat duit seperti adsense & affiliate.
Selamat berjaya kepada semua!















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment