Selamat Hari Raya Aidiladha!
By admin on Dec 20, 2007 in Motivasi, Diari, Tazkirah
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Hari ni, saya baru jer sampai di rumah. Bertolak dari KL jam 12.30 tengah hari tadi. Alhamdulillah, selamat sampai. Di Terengganu, banjir tidaklah seteruk negeri-negeri lain. Alhamdulillah.
Pada kesempatan yang ada ini, ingin saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha” kepada semua yang beragama Islam.
“Pengorbanan adalah perkara WAJIB dalam kehidupan kita, apatah lagi jika kita adalah seorang yang Muslim”.
Jika pada zahirnya, kita meraikan hari raya ini dengan mengorbankan 1 bahgian daripada 7 bahagian lembu (sebagai contoh), dengan mengeluarkan wang sendiri, jika mampu. Tambahan pula ia adalah ibadah yang sangat-sangat dituntut bagi seorang muslim.
Jika tak mampu pun, kita turut sama membantu dalam upacara majlis menyembelih lembu, dan sebagainya kerja-kerja lain yang kita boleh bantu.
Tetapi, dari segi rahsia tersembunyinya, belanja seorang Muslim untuk mengeluarkan wang bagi melakukan ibadah korban, adalah satu jenis pengorbanan yang disukai Allah. Dan wang yang dibelanjakan itu, sedikit sebanyak akan membuang rasa cinta kita pada wang dan dunia semata-mata.
Wang memang diperlukan oleh kita semua, tapi jangan sampai kita menjadi hamba kepada wang. Wang adalah alat yang kita boleh jadikan sebagai wasilah untuk mendapat pahala dan ganjaran syurga nanti. Insya Allah. Dengan wang, kita boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan wang, kita boleh menunaikan haji. Dengan wang, kita dapat membantu memajukan pembangunan ilmu seperti mendirikan sekolah-sekolah, pusat institusi, maahad tahfiz dan sebagainya.
Dan dalam kehidupan kita, pelbagai perkara memerlukan pengorbanan.
Seorang suami berkorban dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk menampung nafkah akeluarga.
Seorang isteri mengorbankan sebahagian masa rehatnya (sebagai contoh) untuk mengurus rumah dan mendidik anak-anak menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak.
Seorang guru, mengorbankan sedikit masa dan memerahkan kepala untuk menyampaikan ilmu dengan sistematik setiap kali dalam kelas.
Seorang pelajar, mengorbankan sebahagian masa ‘libur’nya untuk belajar dan menuntut ilmu agar mendapat keputusan yang cemerlang.
Seorang kawan, kadang-kadang mengorbankan ‘rasa hati yang terkilan’ di hati terhadap perbuatan kawannya, dengan memaafkan sikapnya dan banyak bersabar.
Dan seorang usahawan , mengorbankan sebahagian masanya untuk memberikan support yang terbaik kepada para pelanggannnya dan menjaga hati mereka. Dan menjaga kualiti produk yang dihasilkannya.
Begitulah erti pengorbanan seorang Muslim di sisi Tuhan-Nya. Kadang-kadang, pengorbanan amat menyeksa jiwa. Tapi semuanya membawa kebaikan kepada orang lain, dan tentunya diterima Allah sebagai amalan yang ada pahala.
P/S : Bagaimana pula dengan pengorbanan ibu bapa kepada kita? Tentu tidak terhitung banyaknya. Bersyukurlah, kerana dengan kasih sayanag dan pengorbanan mereka, kita menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Paling tidak pun, kita hidup tanpa menyusahkan hidup orang lain.
PP/S : CD “Koleksi Perisian Usahawan Internet”, hanya tinggal 5 keping CD sahaja lagi. Dapatkannya sebelum stok habis. Klik Sini Untuk Membeli.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment