Zakry

Salam & Selamat Sejahtera. Zakry dan Fairuzizuan adalah pasangan badminton yang mula meningkat naik dengan prestasi persembahan yang menakjubkan! Walaupun baru sebulan digandingkan, tetapi mereka telah mencipta kejayan, terutamanya layak ke perlawanan akhir Badminton Super Series Terbuka Indonesia. Wah, masa saya tengok secara live persembahan diorang, betul-betul teruja. Walaupun sekali-sekala mudah gagal bermain di jaring, tetapi mereka telah memberikan saingan yang cukup sengit kepada pasangan top dari China, dengan keputusan 17-21, 20-22.

Kenapa saya katakan Zakry dan Fairuzizuan, beregu negara sebagai inspirasi perniagaan internet? Ada beberapa kaitan. Antaranya :

1. Walaupun mereka baru dipasangkan sebagai beregu selama sebulan, tetapi prestasi sangat hebat! Begitu juga dengan orang baru (newbie) dalam perniagaan internet. Mereka tak boleh menjadikan alasan masih baru untuk tidak bersungguh-sungguh dan memberi cabaran hebat dalam persaingan bisnes internet. Yang pasti, berjuang mati-matian, seperti yang ditunjukkan pasangan baru negara tersebut.

2. Newbie perlu mempunyai strategi yang tepat dalam menjalankan perniagaan intenet atau membuat duit di internet. Kenapa saya kata begitu? Kerana sebelum ini, Zakry dipasangkan dengan orang lain sebagai beregu. Begitu juga dengan Fairuzizuan. Tetapi mungkin setelah diselidik, akhirnya jurulatih badminton, Rexy membuat keputusan untuk menggandingkan mereka berdua. Nah, tengoklah hasilnya bila strategi yang dibuat secara betul & tepat! Kan? :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment