Adsense - Boleh Letak Gambar?

Salam, kawan-kawan sekalian. Semoga anda semua sihat hendaknya.

Kawan-kawan sekalian, mungkin sudah ramai di antara anda semua yang mengetahui perihal Adsense. Kepada yang tidak tahu apa itu Adsense, apa kata kalau belajar lebih lanjut tentangnya? Sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Adsense adalah satu program yang membolehkan anda meletakkan banner (milik para pengiklan yang diuruskan oleh pihak Google) pada blog atau laman web anda. Setiap kali para pengunjung blog atau laman web anda membuat klik pada banner/ ads tersebut, anda akan mendapat duit. Ini bermakna = setiap klik adalah duit. Menarik, bukan?

Tapi, anda harus memahami polisi perjanjian pihak Google Adsense dengan sebaiknya, agar akaun Adsense anda tidak di’blacklist’. Jika sudah disenaraihitam, maka sangat-sangat payah untuk anda mendapatkan kembali hak akaun anda, malah mungkin disenarai hitam sampai bila-bila. Jadi, jangan pandang rendah pada sistem pemantauan Google ye. :)

Tetapi, tahukah anda, bahawa meletakkan imej bersebelahan ”Ads for Content”, akan meningkatkan kadar para pengunjung untuk klik pada ads/ banner tersebut? Ini kerana banner/ ads itu, akan kelihatan amat menarik. Malah, saya tak tahu sejak bila, aktiviti ini semakin pesat berkembang di kalangan para pengguna internet masa kini. Meletakkan imej/ gambar bersebelahan atau di atas ads untuk tujuan menarik para pengunjung blog atau laman anda untuk membuat klik pada ads tersebut. Pihak yang pakar dalam pembuatan plugin Wordpress pun turut membuat satu plugin yag diberi nama “Adsense Beautifier”, bagi memudahkan ads/ banner tersebut diedit dan diletakkan gambar bersebelahannya secara automatik.

Tetapi, agak mendukacitakan, kerana perkara ini adalah larangan pihak Google Adsense. Pihak Google Adsense tidak membenarkannya. Ini kerana imej atau gambar tersebut mengelirukan para pembacakerana pembaca akan menyangka gambar tersebut adalah sebahagian daripada ads, padahal hakikat adalah sebaliknya! Walaupun ianya hanya bentuk 3 segi atau segi empat, tetapi jika disusun bersebelahan dengan ads, ianya tetap Larangan. Ini adalah kenyataan rasmi pihak mereka. Di bawah adalah contoh gambar ads yang dilarang kerana sejajar dengan iklan :

fruitimages.png

gameimages.png

Jadi, saya harap anda semua berhati-hati dengan perkara ini. Saya dulu pun, pernah buat sekali. Tapi, tak sampai 3 jam saya guna Plugin Adsense Beautifier tersebut, saya terbaca kenyataan rasmi pihak Google Adsense berkenaan perkara tersebut. Maka, terpaksalah saya cepat-cepat memperbetulkannya semula. Jika ada sebarang respon dari pihak anda, sila tinggakan mesej. Semoga kita dapat bincang dan berkongsi banyak perkara seperti ini.

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana membuka akaun Adsense dan ingin belajar memaksimakan pendapatan melalui Adsense, sila KLIK di sini.

Mawardee : Biar Tak Lawa, Asal Selamat. :) 

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

4 Comment(s)

  1. Salam,
    Berkenaan gambar disebelah adsense ni,
    saya ade terbaca di satu forum yang google tidak membenarkan iklan nya sejajar dengan sebarang imej/gambar.
    Tetapi jika ade pembahagi/saperator seperti gambar 1 (fruitimages)ianya dibenarkan.
    Betul tak?

    krul | May 16, 2007 | Reply

  2. Terima kasih kerana bertanya, krul.. Untuk makluman, kedua-dua gambar yang saya letakkan dalam artikel ni, adalah dari artikel di www.adsense.blogspot.com, iaitu blog rasmi google adsense.Artikel tentang “image & ad placement : a policy clarification” . Tapi, mungkin yang masih jadi persoalan, adalah separator yang bagaimana dibenarkan.. :)
    Apa pendapat anda?

    admin | May 16, 2007 | Reply

  3. klik URL ini untuk maklumat lanjut : http://adsense.blogspot.com/2006/12/ad-and-image-placement-policy.html

    terima kasih, krul. saya alu-alukan sebarang perbincangan tentang adsense :) atau apa-apa sajer di blog ni. tq

    admin | May 16, 2007 | Reply

  4. Saya setuju dengan admin. Saya juga pernah terbaca info tentang ini. Agak lama juga lah saya dah dengar. Memang tak boleh pun sebenarnya. Saya pernah terjumpa 1 laman web yang taruk imej kat ads die. Lebih kurang lepas seminggu, ads kat web diorang xde..kene ban la 2 kot..haha..tapi x igt la web ape..2 pun melawat x sengaje..

    Azrul The Great | Dec 16, 2007 | Reply

1 Trackback(s)

  1. Sep 2, 2007: from 12 Tips Elak Kena “Banned” - Diari Adsense.com

Post a Comment