Berani Mencuba Walaupun ‘Nampak’ Sukar

brave.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara perkara yang menghalang anda berjaya dalam perniagaan internet mahupun dalam dunia blogging adalah - sikap TAKUT untuk mencuba.

Apabila ada sesuatu peluang untuk anda membuat duit, atau peluang kerjasama JV dari orang lain atau peluang membina ‘mailing list’ cara bersih dan sah, kita perlu berani mencuba. Soal berjaya atau tidak, itu adalah soal kedua. Jika gagal, bukan bermakna anda sudah gagal untuk selama-lamanya. Gagal sebenarnya membawa maksud :

“Anda belum berjaya lagi.” Ya, anda belum berjaya lagi. Hm, mungkin konsep yang saya nak terangkan di sini agak umum. Oklah. Saya jadikan diri saya sebagai contoh untuk menjelaskan teori yang mudah ini (semua orang pun tahu teori ni. tapi saya mahu membakar semangat anda semua & juga sebagai peringatan semula). :D

Baru-baru ini, ada Joint Venture Give Away yang dianjurkan untuk sasaran antarabangsa. Jika anda baca post artikel saya sebelum ini, anda akan dapati saya ada menyentuh perkara ini. Oleh kerana ianya untuk sasaran prospek dari luar negara, jadi saya rasa ia peluang yang amat besar untuk saya.

Lantas, selepas Ramfir mengajak saya, saya terus mengatur langkah. Biasanya, orang akan berfikir, “wah, JV antarabangsa. Ini kerja besar ni. Saya rasa tak mampu la.” ataupun mungkin juga ada yang akan berkata, “eh, buat apa kejadah cari prospek kat sana? Entah-entah nama saya pun tercorot dalam JV Give Away tu nanti.”

Tapi tanggapan negatif tu, tak mengganggu saya. :D

Untuk pengetahuan anda, JV Give Away adalah konsep satu kerjasama besar-besaran, yang akan menyumbang produk masing-masing secara PERCUMA. Mereka akan sumbang, dan dalam masa yang sama, akan menyediakan borang web ‘opt-in’ yang bertujuan mendapatkan email dan nama prospek. Dan dalam masa yang sama, semua orang yang terlibat sebagai penyumbang ni, mesti mempromosikan JV Give Away ni, dengan syarat kuota yang ditetapkan.

Sebagai contoh, sesiapa yang tak berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 2 orang prospek untuk menyertai JV Give Away ni sebagai ahli yang mendownload produk-produk di event ini, akan dibuang dari senarai nama penyumbang. Jadi, anda boleh bayangkan betapa besarnya event ini. Bayangkan saja jika setiap orang berjaya mendapatkan 2 orang prospek. Jadi, 1,000 orang penyumbang x 2 prospek bersamaan 2,000 orang! Itu belum kira yang tak berjaya dan yang berjaya kumpul ratusan prospek.

Oleh itu, kebetulan saya ada sedikit masa, saya usaha sedikit untuk promosi event JV Give Away yang berlangsung 10 hari ni. Dan nak dijadikan cerita, ada 2,236 penyumbang yang menyertai Give Away ini. Sesiapa yang paling banyak kumpul prospek hasil promosi mereka sendiri, akan berada di tangga teratas. Ini hasil usaha saya pada hari terakhir 1 April 2008 :

1april.jpg

Alhamdulillah, saya berjaya menduduki tangga ke-17 daripada 2,236 penyumbang. Mata terkumpul 166 mata, tanpa membeli sebarang mata tambahan. Hanya bergantung 100% kepada hasil promosi saya. Bukanlah nak menunjuk-nunjuk. Tapi just nak bagitahu, jika saya boleh, mengapa tidak anda? Kalau diikutkan, anda boleh cari sendiri JV Give Away yang dilakukan bersilih ganti oleh orang yang berbeza-beza hampir setiap bulan.

Ini pula hasil ganjaran yang saya perolehi dari pihak admin JV Give Away Easter 2008 tersebut :

bonus-dari-nussbaum-copy.jpg

Walaupun tak banyak, tapi cukup memberikan saya semangat. Ini transaksi awal April lepas, sebagai ganjaran kepada saya kerana tersenarai ranking 20 teratas.

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa perlu sertai JV Give Away? Tujuan utamanya adalah untuk mengumpul mailing list (senarai email prospek). Apa pentingnya ‘mailing list’? Jika nak tahu lebih lanjut, dapatkan majalah IM yang akan terbit tak lama lagi! ;)

Berapa prospek yang saya kumpul? Tak banyak sangat. Tapi satu permulaan yang baiklah buat saya. ;) Alhamdulillah.

Dan ini pula hasil saya promosi laporan Affiliate X Factor dalam tempoh seminggu sahaja, sebelum komisen ditutup untuk per download :

komisenxaffiliate.jpg

Asalnya, saya rasa payah nak dapat komisen sebab ramai sangat yang promosi laporan ni. Tapi, akhirnya saya buat keputusan untu teruskan juga. Tapi sayangnya, 10 hari sebelum ia berakhir. Apapun, alhamdulillah. Satu permulaan yang boleh membuatkan saya tersenyum.

PS : Berani mencuba mungkin ada untungnya. Tapi, anda perlu tahu juga apa ‘prioriti’ yang paling utama sebelum merebut sesuatu peluang yang ada.

PPS : Pakej grafik dengan tutorial dalam bentuk video, akan habis stok tak lama lagi. Layari

:www.myproecover.com/pakejgrafik

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

5 Comment(s)

  1. assalamualaikum, mungkin nie kali pertama saya tinggalkan komen utk mawardee, tp. secara ikhlas saya katakan dunia blog tiada sempadan, oleh itu terlampau banyak yang masuk dalam kepala nie sampai blank pulak!! “so is there any solutions or idea to make my blog look and operate in professional way” salam, jemputlah ke blog saya yg tak seberapa…

    muzo80 | May 21, 2008 | Reply

  2. baca panduan blog yang Adsense Blogger Guide, atau Blog Trafiic, oleh Gobalakrishnan tu.
    That is the best way to renew your information.
    Just put all your effort on that.

    mawardee | May 21, 2008 | Reply

  3. Tuan.
    saya berminat dengan blog dan saya memang tak pandai dan gunakan keseluruhan bolg..blog tuan nampak menarik . boleh bantu saya

    tq

    sharif | Jul 1, 2008 | Reply

  4. sambungan…kalau ada masa sila lawat blot saya www.donemedia.blogsopt.com blog ini berkaitan maklumat dalam dunia multimedia broadcasting yang saya salurkan kepada masyarakat.. sila lawati blog saya… terima kasih.

    sharif | Jul 1, 2008 | Reply

  5. assalamualaikum.saudara mawardee.saya berminat sgt
    dgn cara saudara memberi petunjuk kepada newbie baru.tapi masalahnya saya kurang faham nengenai cara mendapatkan pelawat kelaman blog serta saya berharap saudara dapat memberi sedikit komen mengenai setting blog saya.

    afzam | Jul 21, 2008 | Reply

Post a Comment