Berapa
By admin on Jun 10, 2007 in Peluang Bisnes Internet
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana dengan anda semua? Semoga semua sihat hendaknya. Yerlah, siapa tak takut bila baru-baru ni berita menyatakan di Malaysia dah ada selesema burung. Alhamdulillah, mujurlah keputusan ujian ayam, itik dan orang yang demam tersebut adalah negatif..
Ramai orang kata :
Banyak betul perniagaan internet yer. Hinggakan tak tahu nak mula di mana, bagaimana dan yang mana satu.
Jadi, untuk ‘membersihkan’ kekusutan tentang idea perniagaan internet, anda perlu memahami dulu jenis perniagaan internet.
Hm, untuk pengetahuan semua, perniagaan internet adalah sama dengan perniagaan offline yang lain iaitu seperti perniagaan di kedai-kedai runcit, restoran, pasaraya, kedai gunting dan sebagainya. Kedua-dua jenis perniagaan ni, ada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk pula terbahagi kepada dua, iaitu produk digital dan produk fizikal.
Cuma yang bezanya adalah tempat mereka berniaga.
Perniagaan internet, sudah tentunya dilakukan di internet. Terdapat beberapa kelebihan perniagaan di internet. Antaranya ialah :
1. Ruang perniagaan yang sangat luas. Sehingga sekarang, terdapat kira-kira 1 billion pengguna internet seluruh dunia. Jadi, kita mempunyai 1 billion sasaran kita, dan anda akan berjaya jika betul caranya.
2. Modal yang rendah. Untuk memulakan perniagaan di internet, modal hanyalah line internet seperti streamyx, komputer dan bil elektrik menggunakan komputer.. Walau bagaimana pun, anda perlu menambah modal anda jika anda betul-betul serius untuk berniaga di internet, seperti membeli web hosting dan domain name (nama laman web). Tetapi, jika anda menjalankan perniagaanoffline yang lain, anda perlu membayar sewa premis, minyak kereta, bayar gaji pekerja, beli peralatan, dan sebagainya.
3. Sistem yang boleh diaplikasikan di internet adalah lebih cepat dan selamat. Urusan pembayaran, perbincangan dua hala antara pembeli dan penjual dan sebagainya, boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat. Tetapi, anda perlu tahu caranya agar anda boleh mengurus perniagaan anda walaupun anda sedang tidur!
4. Anda sendiri boleh tentukan waktu kerja anda. Ikut suka andalah nak bekerja bila. Jika waktu pejabat adalah dari pukul 8 hingga 4 petang, tetapi anda boleh bekerja pada waktu malam dan berehat di siang hari. Atau anda boleh bekerja beberapa jam di siang hari dan beberapa jam di malam hari.
5. Anda boleh bekerja dari keselesaan di rumah. Tak perlu ke pejabat. Anda boleh menjalankan urusniaga online di mana-mana sahaja, asalkan ada komputer dan streamyx (jika di Malaysia).
6. Risiko rendah. Ini kerana anda boleh memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Malah, anda boleh menjual produk orang lain.
Contoh perniagaan internet adalah seperti apa yang dibuat oleh Irfan Khairi. Beliau ada banyak. Antaranya adalah beliau membeli peta Malaysia di Johor dan menjualnya kepada para pelancong sebelum mereka menjejakkan kaki di Malaysia! Menarik, bukan?
Jadi, anda boleh berniaga apa sahaja di internet, asalkan ia memudahkan anda dan logik..
Ingat, terdapat satu lagi cara untuk menjana pendapatan di internet. Di Malaysia, ia popular dengan :
Program buat duit
di internet.
Nak tahu apa dia program buat duit di internet? Insya Allah saya beri pada artikel selepas ini.
Perbezaan Antara Perniagaan Internet dan
Program Buat Duit Di Internet.
Jangan ketinggalan yer.. Bukan apa. Saya bimbang jika maklumat yang saya berikan terlalu “overload” sehingga memeningkan anda semua. Belajar slow-slow yer..


















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







OK GOODS
WAN ADELI | Oct 8, 2009 | Reply