Bonus Hari Raya Untuk Anda

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

Akhirnya, bulan Syawal telah tiba. Semoga perjuangan kita berpuasa di bukan Ramadhan selama sebulan, akan mengubah akhlak dan pemikiran kita ke arah yang lebih baik. Insya Allah.

Hari ni dah masuk hari raya. Maaflah sebab saya tak sediakan duit raya untuk sesiapa yang datang ke blog ini. ( Dan kalau diikutkan, kalau anda datang ke rumah saya pun, saya tak sediakan duit raya. Yelah, orang bujang lah katakan :) )

Jadi, sepanjang kita semua berkenalan atau sepanjang anda berkenalan dengan saya, saya minta maaf banyak-banyak menyusun 10 jari memohon ampun kalau-kalau saya ada tersilap kata, tersalah bicara dan tidak mengotakan janji.

Berkenaan SATU janji saya kepada anda (sebahagian kecil saja yang terlibat), saya belum tunaikan. Maaflah sangat-sangat, sebab saya agak sibuk, walaupun saya akui, SIBUK bukanlah alasan yang baik. Ditambah-tambah pula dengan minggu depan adalah musim final exam (peperiksaan akhir). Insya Allah, saya akan selesaikan janji saya yang satu lagi ini, secepat mungkin. Paling tidak pun, akhir bulan ini atau awal bulan depan. Insya Allah, dan doakan saya agar diberi kekuatan.

Hm, bercakap semula pasal duit raya, walaupun saya tak sediakan duit raya, tapi saya ada sediakan bonus untuk anda semua, sempena hari raya ini. Bonus Raya .. :)

Klik di bawah ini untuk terus membaca.

plr_report_sml.jpg

Untuk mendapatkan ebook di sebelah, klik SINI.

Setelah membaca ebook di sebelah, saya dapati ianya membincangkan secara asas apa itu ‘Private Label Rights (PLR)’. Malah, bukan itu sahaja. Di samping membincangkan kebaikan dan faedah PLR,ia turut membincangkan keburukannya atau kekurangannya. Kritis bukan? Yang menariknya, saya dapati ianya sesuai untuk sesiapa sahaja, malah juga sesuai bagi sesiapa yang ingin betul-betul fokus pada penjualan PLR dan teknik pemasarannya secara berkesan. Bagi sesiapa yang betul-betul serius untuk memahami dan mencuba teknik-tekniknya, boleh mendapatkannya di SINI

Ya, percuma sahaja. Klik SINI untuk mendownloadnya.

Terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog ini.

P/S : Saya berhajat, bermula pada akhir bulan ini, anda semua boleh menghantar artikel kepada saya. Sebahagian daripada artikel-artikel anda yang terpilih, saya akan muatkan di laman blog ini. Dan, yang menariknya, saya juga akan sediakan bonus untukpenulis artikel-artikel terpilih itu! Bonus? Ya, bonus rahsia. Saya akan maklumkan secara detail berkenaan cabaran ini, tak lama lagi.

PP/S : Sama-sama kita meriahkan dunia blogging di Malaysia. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment