Jangan Takut Berniaga di Internet
By admin on Apr 16, 2007 in Peluang Bisnes Internet
Salam. Hm, isu pelaburan internet, nampaknya sedikit sebanyak menutupkan lagi mata rakyat Malaysia terhadap besarnya peluang bisnes internet. Nampaknya. disebabkan mufti-mufti menfatwakan haram pelaburan internet dan pihak kerajaan sedang giat mencari syarikat-syarikat yang terlibat dengan pelaburan internet haram untuk diambil tindakan susulan. Walaupun tak ada statistik, tapi keadaan masyarakat sekarang, dapat dirasai dengan jelas.
Yang buat mereka makin takut terhadap term “Bisnes Internet”, kerana mereka tak faham perbezaan pelaburan internet & perniagaan internet. Kalau tahu perbezaan ini dan faham betapa besarnya peluang bisnes internet, tentu ramai di kalangan rakyat Malaysia makin berani menceburkan diri dalam perniagaan/bisnes internet. Nak tahu perbezaan & peluang2 yang boleh diraih melalui bisnes internet, jangan lupa untuk terus mengikuti blog ini dari semasa ke semasa. Insya Allah saya akan terangkan secara perlahan2 agar tak ‘tersedak kerana terlalu penuh isi perut dengan makanan’.
Wardee : Lebih suka & mudah guna istilah “Bisnes Internet”, sebab lebih ringkas daripada “Perniagaan Internet”.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment