Kenapa Mesti Perniagaan Internet?
By admin on Apr 27, 2007 in Peluang Bisnes Internet
Salam. Akhir-akhir ini, perniagaan internet tumbuh seperti cendawan di kalangan rakyat Malaysia. Pelaburan internet pun menjadi perbualan hangat sehingga sampai ke telinga kerajaan. Namun di sini, buknlah saya nak mengupas mengenai pelaburan internet. Tetapi saya nak utarakan tentang perniagaan atau bisnes internet. Kenapa perniagaan internet yang menjadi fokus sebahagian kita sejak kebelakangan ini? Mengapa perniagaan internet? Perniagaan biasa seperti di kedai-kedai atau mudah katanya perniagaan offline, tak elok ke?
Bukan tak elok. Tetapi perniagaan internet ada banyak kelebihannya. Antaranya, kos operasi & kos modal yang rendah untuk memulakan perniagaan internet. Hanya sebuah komputer, talian internet & beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan seperti pembinaan laman web dan sebagainya. Di samping tu, sasaran pelanggan kita adalah sangat ramai. Di Malaysia sahaja, ada 10 juta pengguna internet. Satu dunia pula, dah mencecah kira-kira 1 billion pengguna. Ramai bukan? Ye, cara & teknik pemasaran & perniagaan perlulah betul agar dapat menarik seramai mungkin pelanggan dan mengaut sebanyak mungkin keuntungan.
Tetapi, janganlah pula mengharapkan tuah datang bergolek. Semuanya bergantung kepada kesungguhan & kesabaran kita. Kebiasaannya, perniagaan mengalami kerugian pada tahun pertama sahaja. Jadi, usah rasa mudah putus-asa. Selamat berjaya dalam dunia bisnet internet!















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment