Pelaburan Internet Haram ??

Salam. Sekarang ni, kita disibukkan dengan pelbagai isu pelaburan internet. Hinggakan muzakarah mufti kebangsaan (perbincangan di kalangan mufti-mufti) telah sepakat mengatakan pelaburan internet adalah HARAM. Betul ke? Habis tu, keuntungan yang dah berlipat ganda yang dah dapat dari pelaburan tu, nak buat macam mana ye?

Ehem. Isu ini agak panas dan memerlukan pemahaman yang mendalam, agar kita tak dikata orang sebagai penentang mufti mahupun sebagai pelabur skim cepat kaya. Baiklah. Saya cuba huraikan masalah di atas dengan cara mudah dan simple. Begini ceritanya :

Mufti adalah penentu hukum atau perkara seharian dalam kehidupan kita sebagai Muslim, kerana mereka mempunyai ilmu agama yang sangat baik (- dah tentunya jauh lebih baik daripada kita, kan ? ;)). Jadi, perbincangan mufti peringkat nasional diadakan setelah banyak pihak meminta hukum dikeluarkan tentang hukum pelaburan internet, kerana telah rami yang menjadi mangsa (- & ramai juga yang dah jadi O. K. B. sebenarnya.). Akhirnya, mereka memutuskan pelaburan internet adalah haram. Kenapa?? Kerana ada beberapa sebab : -

  1. Meragukan - kebanyakan syarikat pelaburan di internet menyembunyikan banyak maklumat berkenaan ke mana wang itu dilabur, malah maklumat terperinci syarikat tersebt juga disembunyikan. Jadi, kalau dah sampai tahap macam ni, macam mana kita nak percaya? Entah2 kita ditipu hidup-hidup. Nauzubillah.
  2. Riba. Riba antaranya adalah faedah atau peratusan wang yang diperolehi atau dikenakan daripada sesuatu perniagaan, dan kadar tersebut adalah tetap, walaupun ada pihak yang terpaksa menanggung rugi - samada syarikat sahaja atau pelabur sahaja. Kalau ada yang rugi dan ada yang untung, ini tak adil..
  3. Tiada produk atau perkhidmatan yang terlibat dalam perniagaan. Sebabnya, perniagaan tanpa produk atau tanpa perkhidmatan, adalah perniagaan atau pelaburan yang tidak sah di sisi Islam.

Jadi, harap berhati-hati. Ikutilah nasihat orang yang lebih berilmu. Insya-Allah berjaya. ;)

Wardee : Kat Malaysia, banyak lagi tempat melabur yang meyakinkan & sahih.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment