Rahsia Senjata MRR - Siri 1
By admin on Jan 29, 2008 in Peluang Bisnes Internet, Tips Perniagaan Internet, Tips Newbie
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ini, hati saya tergerak untuk menulis berkenaan hak Resell Rights. Tak apa,
Jika anda sudah ‘otai’ & sudah lama bergiat dengan perniagaan internet, istilah Resell Rights, Master Resell Rights & Private Label Rights memang sangat sinonim (sebati) dengan jiwa anda. Tapi, bagi mereka yang masih baru, saya rasa saya perlu perjelaskan di sini.
Resell Rights (RR) : Anda boleh menjual semula produk yang mempunyai lesen Resell Rights. Iaitu lesen yang membenarkan anda menjual semula produk yang anda beli, sebanyak mana yang anda mahu.
Master Resell Rights (MRR) : Anda boleh menjual semula hak lesen Resell Rights produk tersebut kepada orang lain, sebanyak mana yang anda mahu. Ini bermakna, pembeli kepada pelanggan anda, sudah tidak mempunyai apa-apa lesen yang membolehkannya menjual semula.
Private Label Rights (PLR) : Dengan lesen ini, anda berhak berbuat apa sahaja terhadap produk yang mempunyai lesen sebegini. Sama ada anda mahu menukar nama pencipta produk kepada nama anda sendiri, atau jika ia adalah artikel, anda boleh pecah-pecahkan kepada artikel-artikel kecil untuk dimuatkan dalam newsletter anda (dan sebagainya, atau anda juga boleh mempakejkan semula produk tersebut.
Berkenaan istilah ‘mempakejkan semula’, kita akan sama-sama bincang pada artikel akan datang ye.
Ketiga-tiga istilah mudah di atas, saya terangkan secara asas. Walau bagaimana pun, semuanya bergantung kepada syarat-syarat yang dikemukakan oleh pihak pencipta produk tersebut.
Sebagai contoh, ada lesen yang mempunyai lesen Master Resell Rights, tetapi tidak boleh diberikan secara percuma kerana itulah syarat yang dikenakan oleh pihak pencipta produk.
Oleh itu, nasihat saya, anda baca terlebih dahulu syarat-syarat yang dikemukakan oleh pihak pencipta produk. Akan tetapi, jika syarat-syarat utama produk itu tidak dinyatakan pada laman web tersebut, anda perlu bertindak menghubungi pihak pencipta produk tersebut untuk kepastian, agar anda tidak kerugian kerana tersalah memilih produk.
Bagaimana menentukan sesuatu produk itu bagus & sesuai dengan kita?
1. Produk tersebut masih baru di pasaran. Produk sebegini biasanya masih kurang penjual & kurang persaingan. Cepat bertindak jika anda terjumpa produk yang masih ‘fresh’ di pasaran. Jika produk tersebut sudah lama di pasaran, biasanya ia sudah tepu dalam pasaran.
2. Pastikan anda rancang siapa sasaran anda & bagaimana anda mahu menjual produk tersebut. Ini bagi mengelakkan anda membeli secara boros. Jika tidak, makin banyak produk beserta lesen MRR/ PLR yang berlambak dalam komputer kita tanpa diusik. Padahal, ianya adalah aset berharga untuk kita. Aset untuk ilmu, menambah pendapatan, mendapatkan mailing list dan sebagainya. (Bagaimana tu? Hm, fikirkan sendiri buat masa ni
)
3. Pastikan produk tersebut tidak mempunyai syarat-syarat yang terlalu longggar. Sebagai contoh, ada pencipta produk yang membenarkan lesen Master Resell Rights dijual , dan dalam masa yang sama membenarkan ianya dijual secara percuma. Masalah yang berlaku ialah, prospek TIDAK anda perlu membeli dari anda, jika mereka boleh mendapatkannya secara percuma di tempat lain! Ini adalah satu kerugian. Oleh itu, lihat betapa ketatnya peraturan& syarat-syarat lesen sesuatu produk.
4. Produk tersebut mempunyai ecover yang professional, bagi menunjukkan betapa seriusnya pencipta produk tersebut menghasilkan sesuatu produk. Atau sekurang-kurangnya mempunyai isi-isi yang mempunyai fungsi & faedah yang besar - yang menyelesaikan masalah ramai orang. Sebagai mudah katanya, produk yang mempunyai permintaan tinggi.
Untuk artikel seterusnya, kita akan sama-sama bincang tentang strategi & cara promosi untuk memantapkan hasil jualan produk MRR/PLR kita. Kerana saya dapati ramai yang tidak berjaya menghasilkan jualan yang memberangsangkan melalui produk-produk MRR/ PLR. Apa salahnya saya kongsi di sini tips-tipsnya di sini.
P/S : Produk grafik terbaru 2008 dengan video tutorial belajar Adobe Photoshop, kini hanya tinggal 43 lesen Master Resell Rights sahaja lagi. Klik sini untuk maklumat lanjut.
PP/S : 42 Produk beserta Master Resell Rights (MRR) bernilai $1,500.00, kini hampir menjadi milik anda dengan harga R-U-N-T-U-H! Klik sini untuk maklumat lanjut.
PPP/S : Saya ada menerima mesej bertanya tentang asas konsep sebenar program Google Adsense yang sebenar. Bagi saya, ianya memerlukan kupasan yang agak panjang. Oleh itu, untuk memudahkan anda, menjimatkan masa dan mengurangkan kos, lebih baik anda mendapatkan Panduan Raja Adsense di sini. Klik Sini Untuk Memahami Konsep Google Adsense & cara meningkatkan pendapatan dengannya sekarang!















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment