Rahsia Senjata MRR - Siri 2
By admin on Jan 30, 2008 in Peluang Bisnes Internet, Tips Perniagaan Internet, Tips Newbie
Hari ini kita teruskan perbincangan asas berkenaan MRR (Master Resell Rights).
Artikel sebelum ini saya berikan takrif berkenaan MRR, PLR & RR, adalah bertujuan memastikan semua pelawat blog saya ini memahami secara asas apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah di atas.
Mengapa Memilih Produk MRR & PLR?
Jika anda memerhatikan sedikit takrifan umum yang saya berikan, anda akan melihat perbezaan yang jelas antara PLR dan MRR. Jika anda masih baru dalam perniagaan internet & pemasaran internet, anda pasti tertanya-tanya mengapakah produk yang disertakan dengan lesen MRR atau PLR menjadi rebutan?
Di sini saya jelaskan serba sedikit sebab-sebab mengapa ramai yang memilih untuk mendapatkan produk-produk digital sebegini :
(1) Dengan memiliki produk MRR atau PLR, anda tidak perlu lagi memerah ‘kepala otak’ anda untuk mencari idea baru bagi menghasilkan sesuatu produk yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Hanya dapatkan produk-produk sebegini dengan harga yang berpatutan, dan anda boleh jual semula produk ini serta-merta di internet.
(2) Memikirkan idea untuk menghasilkan produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran, adalah fasa yang paling kritikal bagi seseorang pencipta produk. Fasa mencari idea memerlukan kajian, percambahan idea yang kreatif, & fikiran yang tenang.Malah, kadang-kadang, anda memerlukan masa sehingga 3, 4 bulan untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh itu, jalan penyelesaiannya adalah anda mendapatkan produk beserta lesen MRR & PLR.
(3) Mendapatkan produk MRR & PLR, bakal laris di pasaran. Ini kerana bakal pembeli anda bukan sahaja mahu mendapatkan ilmu dari produk yang anda jual ini kelak, malah mereka berpeluang membuat duit melalui produk-produk ini jika anda jual kepada mereka. Dua peluang membuat duit yang terbuka luas untuk bakal para pembeli anda - mendapat ilmu untuk menghasilkan wang & peluang menjual semula produk ini kelak.
(4) Produk sebegini biasanya dijual dengan murah secara pukal di internet. Jika anda cari di enjin carian seperti Yahoo, Google dan sebagainya, anda akan dapati banyak laman web yang menawarkan produk-produk yang mempunyai lesen MRR & PLR, malah sehingga beribu-ribu produk digital di internet.
Di Manakah Anda Boleh Menjual Produk MRR & PLR?
Terdapat banyak tempat untuk anda memasarkan produk digital yang mempunyai lesen-lesen MRR, PLR & RR.
Antaranya adalah :
1. Jual di ebay.com
2. Jual di Lelong.Com.My
3. Jual di mana-mana forum di Malaysia atau luar negara.
4. Jual secara offline dalam bentuk CD.
5. Jual melalui laman web mini anda.
6. Menjual kesemua di atas secara pukal.
7. Menjual produk-produk di atas secara berasingan satu per satu.
8. Membuat laman web direktori untuk menjual kesemuanya dengan harga MURAH.
9. Dan sebagainya.
Sekarang anda sedar bahawa besarnya peluang untuk menjana pendapatan lumayan jika anda memiliki produk-produk sebegini sekarang.
P/S : Jik anda berminat untuk memulakan perniagaan dengan menjual produk-produk MRR & PLR, layari www.myproecover.com/mrr untuk mendapatkan 42 produk terbaru 2007 & 2008 yang bakal hangat di pasaran. Hanya terhad 98 stok sahaja lagi.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Assalamualaikum… first time nak komen dekat sini..
ini pendapat saya selepas 1 tahun di dalam menjual MRR/RR/PLR… sebenarnya perkara ini tidak mudah di sangka kan tanpa usaha… jadi sesiapa yang membeli produk-produk jenis ini perlulah berusaha dan tidak mudah putus asa.
kenapa saya berkata begini?
fakta :- pemasaran digital masih baru di malaysia.. jadi mungkin payah untuk mendapat jualan…
fakta :- kalau semua ada lesen MRR/PLR/RR anda ingin menjual kepada sapa lagi? sedangkan yang berminat untuk menyertai program/panduan ini cuma 2/10 dari orang malaysia yang selalu online…..
fakta :- satu hari nanti anda sendiri akan terjumpa dengan seseorang jual murah dari pada anda… malah tidak jangka hal ini berlaku (jujur di dalam jualan)
fakta :- banyak kan promosi insya allah anda akan berjaya juga
p/s : ini pendapat saya….
sahabat | Feb 2, 2008 | Reply
ya, saya pun setuju.
Sebab tu, kalau nak hasil yang lebih baik &
pasaran yang lebih luas, kena pasarkan ke luar
negara juga.
so far, hasil jualan produk MRR, RR & PLR
yang saya buat sejak mula terlibat dengan
perniagaan internet, tak
mengecewakan saya lagi setakat ni.
Sebab ianya bukan omong2 kosong.
Artikel2 yang saya tulis ni, adalah berdasarkan
pengalaman & pemerhatian saya sendiri.
mawardee | Feb 3, 2008 | Reply