Realiti TV Perniagaan Internet

Salam & Selamat Sejahtera. Nampaknya ada revolusi baru. Realiti TV perniagaan internet & buat duit melalui internet akan diadakan di Colorado, dianjurkan oleh Joel Comm! Siapa tidak kenal beliau. Jaguh perniagaan internet selama 20 tahun dan lebih dikenali sebagai mahaguru Google Adsense. Siapa-siapa pun boleh menyertai program tersebut. Jom kita tengok video di sini tentang program tersebut ” The Next Internet Millionaire”. Sumber: http://www.nextinternetmillionaire.com/rules.php

1. Sehingga 6 Jun 2007 ini, sesiapa yang berminat boleh menghantar video secara online (youtube) untuk pemilihan dilakukan. 50% daripada ‘markah’ adalah daripada undian (vote) secara online di laman web NextInternetMillionaire.com. Mereka tak guna SMS. ;)

2. Kemudian, mereka (calon) yang mendapat kedudukan 50 ke atas akan dipilih untuk pusingan seterusnya yang berlangsung dari 13 hingga 27 Jun 2007. Pengumuman 50 orang yang terpilih itu akan diumumkan pada 7 Jun 2007. Di pusingan kedua, calon yang terpilih boleh menghantar video ‘audition’ yang baru jika perlu.

3. Daripada 50 orang itu, HANYA 12 orang sahaja yang akan terpilih untuk dibawa ke pusingan terakhir yang akan berlangsung di Loveland, Colarado dari 22 Julai hingga 4 Ogos 2007. Tambang makan minum semua akan ditanggung oleh pihak pengurusan.

Di sana, mereka akan dilatih secara intensif dan seramai 12 sifu Internet Marketing yang memang femes dan expert akan turut diundang di peringkat akhir ini. Di sana juga, akan berlangsung rakaman TV untuk pusingan akhir ini.

4. Daripada 12 orang itu, hanya seorang sahaja yang akan mendapat grand prize sebanyak USD25,000 tunai dan peluang bekerjasama dengan Joel Comm untuk meraih jutaan dollar.. Anda mahu? :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment