Revolusi Ebook di Malaysia
By admin on Apr 30, 2007 in Peluang Bisnes Internet, Tips, business
Salam. Apa khabar kawan-kawan sekalian? Hari ni isu skim cepat kaya diutarakan oleh PM di akhbar lagi. Jadi, saya harap anda tidak melibatkan diri dalam aktiviti seperti itu. Jika sudah terlibat, sila keluarkan wang anda secepat mungkin, kerana risikonya terlalu tinggi dan punca wang tersebut masuk sangat meragukan dan tidak logik (syubhah).
Tapi, apapun, hari ni saya nak bincang pasal ebook. E-book adalah singkatan bagi perkataan english ‘electonical book’ atau buku elektronik. Biasanya, ebook dimuatkan dalam bentk fail pdf, kerana ia tidak mudah diedit & diubah sewenang-wenangnya. Ianya lebih mudah dibaca kerana hanya perlu membacanya di skrin komputer. Untuk itu, anda hanya memerlukan perisian Adobe Reader untuk membacanya. Biasanya perisian percuma seperti ini amat mudah dijumpai. Namun, jika tidak selesa juga, anda boleh print atau mencetak fail tersebut dalam helaian kertas. Untuk pengetahuan, penggunaan ebook telah pun mendapat tempat di seluruh dunia. Malah, di Malaysia, ebook mula mendapat tempat di hati masyarakat. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan pesatnya. Antaranya :
1. Sebahagian besar/ hampir semua komputer di dunia boleh membacanya, termasuklah komputer Macintosh.
2. Mudah di download dan mudah diedarkan ke seluruh dunia, kerana hanya perlu copy dan paste.
3. Hampir tiada kos untuk menghasilkan satu ebook, kerana ianya dalam bentuk soft copy, bukannya hard copy seperti buku biasa. Biasanya, buku biasa memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan kos menghasilkan kertas, kulit buku, kos print/ cetakan, pengedaran ke kedai-kedai buku dan sebagainya. Maka, yang dipentingkan di sini adalah isi kandungan bermutu yang mengandungi maklumat berguna.
4. Mampu Jana Wang Lumayan. Jika anda betul-betul serius untuk menghasilkan pendapatan melalui ebook, maka tentunya ia menghasilkan pulangan yang sangat lumayan, jika anda tahu caranya. Maka anda perlu menghasilkan satu laman web yang menjaga penjualan ebook anda, menjaga agen penjual (affiliate) dan memberi kepada para pelanggan produk/ perkhidmatan anda tanpa gangguan, yang mana sistem ini semua berjalan secara automatik, walaupun anda sedang nyenyak tidur di rumah!! Jika anda mahu tahu cara memasang sistem affiliate & autoresponder cara mudah, betul dan tepat, KLIK SINI.
5. Malah, di samping itu, untuk menghasilkan wang lumayan melalui ebook juga, anda perlu menghasilkan e-book yang berkualiti dan belajar cara mempromosi produk anda, maka e-book Rahsia Penulis E-book adalah jawapannya. Untuk ketahui lebih lanjut, Klik Di Sini.
6. Dan banyak lagi kelebihannya. Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang rahsia ebook dan rahsia menulis ebook, sila klik sini.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







ebuku telah mula mendapat hati masyarakat. Di sebalik kepesatan pembangunannya terlahir satu portal yang menghimpunkan ebuku dan sekaligus memberi peluang pengunjung portal tersebut menulis dan menjana pendapatan melaluinya.
www.galeriebuku.com
Terdapat satu ebuku dalam pakej minda 1 yang mempunyai wawancara bersama mawardee. Jangan lepaskan peluang ini. betul tak Mawardee?
www.galeriebuku.com
SHAH | Jul 23, 2007 | Reply
Kita perlukan anak tempatan yang lebih ramai menghasilkan ebook, bukan sahaja ebook untuk income tapi kena juga ebook untuk perkembangan ilmu pengetahuan dipelbagai bidang.
AbuSyurahbil | Mar 9, 2008 | Reply