‘Teknik Rebranding’ Senjata MRR Anda - Siri 3 (Akhir)
By admin on Jan 31, 2008 in Peluang Bisnes Internet, Tips Perniagaan Internet, Tips Newbie
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Bagaimana dengan anda semua? Semoga sihat hendaknya. Saya sangat menghargai kesetiaan anda semua mengunjungi blog ini. Wah, hari ini saya sangat gembira sekali.
Semalam, saya menyelusuri plaza Low Yatt untuk mencari-cari handset yang sesuai. Alhamdulillah, setelah 2 jam mencari-cari harga dan membanding-bandingkan fungsi-fungsi yang ada pada handset dengan pelbagai jenama, akhirnya saya menemui handset yang berkenan di hati. Yalah, orang macam saya memerlukan masa yang lama untuk buat pilihan. Tahu handset jenis apa yang saya pilih? Tekalah.
Insya Allah, saya beli handset ini bukan untuk pembaziran. Tapi satu pelaburan untuk jangka panjang. Dengan adanya handset ini, banyaklah gambar & video yang saya boleh muatkan dalam blog ini kelak. Ya, gambar & video yang saya ambil sendiri. Malah, video yang diambil boleh digunakan untuk tujuan pemasaran video (video marketing) di Youtube & Metacafe!
Kini, saya ada 2 pilihan untuk membuat video untuk tujuan ‘viral’, iaitu Camtasia Studio & Video handset saya. (Nah, saya dah bagi hint jenis handset yang saya beli).
Rahsia Utama Sebagai Senjata Untuk Menjual Produk MRR
Kita teruskan dengan perbincangan kita berkisar dengan produk yang mempunyai lesen MRR, RR & PLR.
Hari ini, kita akan bincang berkenaan strategi ampuh untuk melarisk an jualan produk sebegini, iaitu :
‘Teknik Rebranding’ atau ‘Penjenamaan Semula’.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Teknik Rebranding’?
Ia secara mudahnya bermaksud kita menjenamakan semula sesuatu produk sehingga ia kelihatan seperti ebook/perisian baru, diletakkan nama anda sebagai penulis ebook/pencipta perisian. Dengan syarat, anda tidak melanggar sebarang syarat yang diletakkan pemilik asal produk tersebut.
Antara cara-cara yang boleh anda lakukan ialah sebagaimana di bawah :
(1) Tukar grafik ecover/ebook cover anda dengan design ecover yang baru. Tapi, anda tidak boleh ubah nama produk tersebut, kecuali jika diizinkan oleh pencipta asal sesuatu produk tersebut.
(2) Ubah minisite kepada design yang lebih baru, fresh & lebih professional.
(3) Letakkan alamat URL laman web anda pada ecover & design laman web anda, agar ianya kelihatan ekslusif sehingga mereka menyangka laman web anda satu-satunya yang menjual produk tersebut.
(4) Ubah surat jualan (salesletter) dengan ayat-ayat anda sendiri, yang lebih power & lebih mengancam.
(5) Letakkan testimoni pihak pelanggan yang sudah membeli/membaca produk tersebut jika tidak disediakan pada salesletter tersebut.
(6) Pastikan produk MRR / PLR yang anda jual ini, benar-benar berkualiti & bagus, agar kredibiliti anda tidak jatuh di kemudian hari. Ingat, sekali mereka membeli dari anda, mereka akan terus-menerus membeli produk-produk baru dari anda pada masa akan datang - itupun jika anda bijak menjaga nama baik ketika proses penjualan dari awal lagi.
(7) Jual di PayDotCom.Com dengan menawarkan bonus sehingga 50% - 60% kepada affiliate yang berjaya membuat jualan produk anda ini. Sekurang-kurangnya promosi oleh agen affiliate di PayDotCom akan merancakkan lagi promosi & pemasaran produk anda tersebut ke seluruh dunia. Anda seorang tidak mampu melakukan segala kerja usaha promosi & pemasaran ke seluruh dunia secara berseorangan.
(8) Letakkan nama anda dalam ebook/perisian tersebut. Itupun jika dibenarkan oleh pemilik asal produk tersebut.
(9) Jangan lupa letakkan link laman web anda di akhir produk tersebut. Ini adalah tujuan promosi yang terbaik.
(10) Beri motivasi kepada para affiliate anda yang bekerja di PayDotCom (sebagai contoh sahaja). Galakkan mereka terus menerus membuat jualan & tambah insentif kepada mereka jika mereka berjaya membuat jualan yang banyak.
Mungkin sebahagian orang akan mengatakan kebanyakan isi-isi ini banyak disebut oleh saudara Taiping_Online di forum WangCyber terdapat dalam artikel ini. Tetapi sebenarnya saya cubah oleh semula isi-isi yang dibincangkan ini, malah teknik ini saya telah pun berjaya menjumpainya dari blog seseorang dan sedikit kajian kecil terhadap hasil kerja orang luar dalam menual produk MRR & PLR.
Apapun hasilnya pasti tidak akan mengecewakan anda.
P/S : 42 Produk 2007, 2008 Beserta Hak Master Resell Rights, kini semakin laris. Hanya tinggal 96 stok sahaja lagi. Layari :
http://www.myproecover.com/mrr
PP/S : Pakej grafik yang dilengkapi dengan video tutorial belajar bagaimana menggunakan Adobe Photoshop. Hanya RM25.00, dan anda boleh menjualnya semula di mana sahaja anda berada, dan sebanyak mana salinan yang anda mahu jual. Layari :
http://www.myproecover.com/pakejgrafik
Nantikan kemunculan blog ini dengan penampilan yang lebih menarik & isi-isi perbincangan yang lebih baik tak lama lagi.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment