Bina Theme Wordpress Anda Sendiri
By admin on Feb 1, 2008 in Percuma, Theme Wordpress
Assalamualaikum & salam sejahtera, kawan-kawan.
Bagi yang berada di Terengganu & Kelantan, tentunya hari ini adalah hari cuti. Waktu yang sesuai untuk berehat dengan baik. Atau jika anda seorang usahawan internet, mungkin hari cuti pun tetap menjadi hari bekerja anda. Samalah juga keadaannya dengan saya. Setiap hari saya ‘bekerja’. Atau paling kurang pun, saya akan melayari internet melihat-lihat blog orang lain atau menjenguk mana-mana forum yang saya minati.
Bandwith 2 Web Saya Cepat Meningkat
Baru-baru ini, saya ada mempromosi produk digital seperti ebook, pakej grafik & video tutorial belajar Adobe Phtoshop di dua web berlainan, iaitu http://www.myproecover.com/pakejgrafik dan juga http://www.myproecover.com/mrr . Kira-kiranya, saya menggunakan nama domain yang sama, iaitu www.myproecover.com.
Dalam masa kira-kira tak sampai sebulan sahaja, bandwith hosting yang saya sewa itu, telah mencecah 11 GB! Wah, kalau macam ni la keadaannya, tak lama lagi saya kena tambah lagi bandwith. Dari hanya kira-kira 1 GB, kini telah pun melebihi 10 GB. Duit kena terbang lagi. Huhu
Bina Theme Wordpress Anda Sendiri
Bila terdengar tajuk artikel ini, tentu anda terkejut, bukan? Membuat design blog wordpress anda sendiri mungkin menjadi idaman sebahagian daripada kita. Jika selama ini kita hanya mencari pelbagai theme yang dirasakan sesuai dan memuaskan hati kita di internet dengan mengambil masa berjam-jam lamanya, bayangkan pula bagaimana jika kita boleh membuat design blog kita sendiri, yang EKSLUSIF & sangat unik berbeza dengan orang lain. Malah saya katakan impian anda ini bakal menjadi realiti dengan mudahnya!
Ini bukan omong-omong kosong. Walaupun anda tidak tahu kod-kod seperti php dan sebagainya, anda tetap mampu mencipta theme blog wordpress anda sendiri.
Lihat gambar di bawah :

Sebelah kiri gambar di atas adalah segala setting yang anda boleh ubah pada ‘theme blog’ anda seperti saiz tulisan, warna tulisan, kedudukan sidebar dan macam-macam lagi.
Manakala sebelah kanan pula adalah ‘view’ iatu gambaran sebenar ‘theme blog’ anda yang anda boleh lihat terus ketika dalam proses menghasilkannya.
Ianya berfungsi seperti satu perisian khas untuk menghasilkan ‘theme blog wordpress’ anda sendiri.
Malah, gambar juga boleh diletakkan sebagai background bagi ‘theme blog’ anda, tapi sehingga sekarang saya masih tak tahu lagi macam mana membuatnya menggunakan laman web di atas.
Laman web yang berfungsi seperti perisian membina tema wordpress ini, adalah hasil ciptaan yvoschaap.
Untuk mendapatkannya, Klik Sini.















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







saya pernah guna tapi tak memuaskan bagi saya
kita | Feb 1, 2008 | Reply
yes, of course. memang ianya sangat asas. jadi taklah secanggih mana. pengubahsuaiannya pun agak terhad. Benda percuma, memang macam tu
mawardee | Feb 1, 2008 | Reply
Saya minat juga nak belajo. Tapi nak upgrade knowledge about BLOG dulu la.. nanti berterabur pulak.
zulia | Feb 1, 2008 | Reply
iye, zulia. betul
mawardee | Feb 1, 2008 | Reply
saya pun berminat nak wat theme sendiri. Tapi tak berapa pandai la. Skrang cuma guna theme yang download kat wordpress jer..
zuhairy | Feb 6, 2008 | Reply