Bonus Lagi & Lagi! Beri Komen
By admin on Nov 5, 2007 in Percuma, Cabaran
Assalamualaikum atau salam sejahtera.
Dalam mana-mana jenis sistem blog yang ada, pihak admin blog (pengurus blog/blogger) mempunyai hak samada untuk menutup para pelawat blog daripada memberi blog atau sebaliknya. Dan sebenarnya, blog saya juga membenarkan sesiapa sahaja untuk memberikan komen …
Terdapat beberapa jenis tukang komen :
1. Tukang komen, merangkap ’spammer’. Orang yang selalu membuat spam dalam ruangan komen pada blog-blog. Saya paling tak suka golongan ini, kerana ia membuatkan blog kita jadi ’semak’. Macam-macam benda yang diorang promote. Barang insurans, viagra, skim autosurf, skim cepat kaya dan sebagainya. Mujurlah pada setiap blog ada plugin untuk membuang spam-spam sebegini. Janganlah cuba membuat perangai sebegini, kerana ia hanya akan menjatuhkan imej anda.
2. Sekadar sembang di blog, untuk menjalin hubungan baik dengan semua pelawat blog dan tuan empunya blog tersebut. Dan biasanya, golongan ini yang paling banyak meninggalkan komen di blog-blog yang dilawatinya.
3. Sekadar meninggalkan komen sekali-sekala, jika difikirkan ada mood atau ada keperluan. Orang sebegini biasanya lebih suka membaca artikel di blog daripada meninggalkan komen. Kadang-kadang, golongan ini menjadi pelawat setia sesuatu blog, walaupun tidak pernah memberi komen atau hanya jarang sekali.
4. Tukang komen yang memberikan percambahan idea berdasarkan perbincangan artikel blog tersebut. Golongan ini lebih cepat mendapat populariti dari segi ‘kepakarannya’ kerana memberikan idea yang bernas, mewujudkan suasana perbincangan dan sebagainya, walaupun mereka ni bukannya tukang komen paling aktif. Komen sebeginilah yang perlu diamalkan oleh kita sebagai blogger.
Terdapat banyak faedah mengapa kita perlu meninggalkan komen. Antaranya adalah :
1. Meningkatkan trafik ke blog anda. ‘jejak-jejak’ yang anda tinggalkan iaitu komen-komen anda, akan membuatkan lebih ramai yang ingin mengenali anda. Apatah lagi kerana URL blog anda ditinggalkan di situ, bukannya dalam ruang komen, tapi ruang borang web yang disediakan untuk komen.
2. Menjalinkan perhubungan yang baik dengan blogger-blogger dan pelawat-pelawat blog yang lain.
3. Bagi sesiapa yang meninggalkan komen yang bernas dan baik di blog ini (BlogSendiri.Com), sebagaimana golongan ciri-ciri tukang komen ke2 dan ke-4 di atas, saya akan memberikan FAEDAH yang lebih besar, iaitu :
1,600 koleksi icon-icon yang sedia untuk digunakan oleh anda.. Cantik bukan? Ya, produk yang bernilai RM 27 ini, saya berikan percuma kepada 5 tukang komen paling bernas dan 5 tukang komen paling aktif sepanjang 5 - 25 November 2007. Bukan itu saja, malah saya akan berikan 5 button buy yang disediakan dalam format .psd - anda boleh edit sesuka hati anda!
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Tinggalkan komen di blog ini walau apa pun komen anda. Sangat dialu-alukan.
Dan jangan lepaskan peluang untuk menghantar artikel dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi! Untuk mengetahui syarat-syaratnya dengan lebih lanjut, KLIK SINI.
















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Portal saya ni,saya siapkan dalam hanya sehari sahaja.
www.trainning2u.myportal.my. mai la bagi komen skit
myzra | Oct 10, 2008 | Reply