Rahsia 5 Penipuan Besar
By admin on Oct 31, 2007 in Percuma, Tips Newbie
Assalamualaikum atau salam sejahtera.
Sudah 6 bulan BlogSendiri.Com beroperasi sebagai wadah untuk rakyat Malaysia memahami dunia blogging. Dan saya harapkan ia akan terus berkembang maju dengan lebih baik pada masa akan datang. Dan saya bersyukur, kerana saya ada 70 pembaca setia yang membaca artikel blog ini terus melalui email mereka masing-masing. Dan salah seorangnya adalah anda!
Terima kasih
Sepanjang pengamatan saya, saya mendapati di Malaysia, ramai individu yang berusaha bersungguh-sungguh memberi penerangan sebenar bagaimana yang dinamakan perniagaan internet dan yang mana dikategorikan sebagai skim cepat kaya. Kita patut bersyukur dengan keadaan ini.
Hari ini, Saudara Amirul Faisal, pengasas produk Sistem Rahsia, melancarkan 1 laporan berkenaan 5 Pembohongan Besar Perniagaan Internet. Laporan tersebut cukup menarik dan sesuai bagi mereka yang masih merangkak-rangkak dalam dunia perniagaan internet.
Apabila saya membaca keseluruhannya, saya mendapati :
1. Ia berkenaan mindset kita yang perlu diperbetulkan sebelum bergiat aktif dalam dunia perniagaan internet. Mindset yang betul, akan membolehkan kita tidak tersilap langkah dan tidak membuat keputusan terburu-buru yang akan merugikan kita. Jom kita tengok apa mindset yang kita perlu perbetulkan.
2. Pembohongan yang dilakukan oleh orang-orang tertentu. Dalam situasi ini, kita perlu tahu yang mana satu patut kita ambil dan yang mana kita patut tinggalkan, berdasarkan janji yang mereka tawarkan dan produknya sekali. Apakah janji-janji yang boleh kita katakan mereka menipu?
3. Penerangannya mudah difahami dan saya nampak kesungguhan saudara Amirul Faisal dalam menyiapkan laporan yang cukup penting ini. Tahniah saya ucapkan!
Kesemuanya ada 5 pembohongan yang telah pun didedahkan oleh beliau.
Laporan ini adalah percuma. Ya, tiada sebarang caj yang dikenakan.
Untuk mendapatkannya, sila klik link di bawah :
www.blogsendiri.com/Ebook/5-Pembohongan-BESAR-Perniagaan-Internet.zip
Semoga anda mendapat manfaat daripada laporan kecil ini.
















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment