Belajar Cara Mudah Sambil Menjimatkan Masa

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah. Dah hampir setahun saya membina blog ini dan menulis di blog ini rupanya. Wah, dah agak lama rupanya!

Dan mencapai jumlah pembaca blog ini melalui email melebihi 100, boleh dikatakan pencapaian yang agak baik. Yang pasti, saya kena giatkan lagi untuk dapatkan jumlah pembaca yang lebih ramai. Tujuan utama sudah tentu tidak lari, iaitu mendidik blogger bagaimana untuk menjadi blogger yang baik. Bukan semata-mata penulisan yang berunsur pendidikan, tapi sudah tentu juga untuk berkongsi ilmu, dan dalam masa yang sama membina komuniti blogger yang sederhana di sini.

Saya alu-alukan sesiapa sahaja untuk meninggalkan komen di sini, dan tinggalkan mesej di bahagian chat box di bahagian sidebar blog ini.

Cuma satu saja permintaan saya - jangan promosikan benda yang bukan-bukan. Hormatilah orang lain, jangan nak ganggu ‘ketenteraman’ orang lain dengan perkara yang jelik & kurang bermaruah.

Nak sembang-sembang, saya benarkan. Apa-apa saja saya benarkan di sini, tapi jangan ’spam’ yang bukan-bukan & jangan libatkan orang lain dengan perkara ‘negatif’ anda. Saya tak nak sebut siapa. Rakyat Malaysia kan diajar dengan budaya saling menghormati antara satu sama lain?

Saya tak marah pun. Cuma rasa kurang senang dan tak suka. Harap fahamlah ye. :)

Soalan Bertalu-talu Ke Email Saya

Sekali sekala ada sahaja orang yang bertanya kepada saya pelbagai soalan. Saya gembira dengan semangat ingin tahu anda. Tapi, saya rasa tak cukup dengan melayan anda seorang diri. Bahkan, penerangan hanya melalui email sahaja, belum tentu mencukupi. Dan sememangnya tidak cukup.

Mengapa tidak anda belajar sesuatu perkara melalui panduan yang sudah disediakan oleh orang lain?

Panduan seperti dalam bentuk ebook dan video yang disediakan oleh rakyat Malaysia kita sendiri, bukanlah panduan yang sia-sia dan hanya melepaskan batuk di tangga. Mereka telah berusaha dengan gigih untuk memberikan maklumat dan pengajaran yang terbaik. So, tak rugi sebenarnya jika kita membelanjakan hanya sedikit wang kita untuk mendapatkan sedikit ilmu, pengalaman & pengajaran mereka.

Faedah Besar Memiliki Ebook Milik Rakyat Malaysia

Sejak kebelakangan ini, makin banyak ebook, video dan pelbagai lagi produk yang memasuki pasaran Malaysia. Terlalu banyak untuk disebutkan di sini.

Sekurang-kurangnya, dengan memiliki produk tersebut, kita telah menjimatkan banyak masa & tenaga fikiran kita kerana tidak perlu lagi kita melalui proses try and error, tak gitu? ;)

Sebagai contoh, saya kerap kali ditanya melalui email bagaimana untuk membuat blog dan menghasilkan blog yang baik. Saya hargai atas mesej yang anda hantar.

Tapi, satu soalan yang menerpa dalam pemikiran saya :

Kenapa tidak anda belajar dari panduan yang dihasilkan oleh salah seorang penulis blog yang berjaya di Malaysia? Saya dah tunjukkan kepada anda panduan tersebut, tetapi semuanya bergantung kepada anda.

Anda boleh memilih samada untuk menghasilkan blog dalam masa satu hari sahaja dengan hanya membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan panduan yang membantu anda banyak kerja-kerja teknikal & kaedah-kaedah penting yang lain.

Atau anda juga boleh memilih untuk belajar melalui proses ‘try and error’ sendiri selama beberapa minggu, malah beberapa bulan (dan sudah tentunya hampir tiada kos yang diperlukan) tapi malangnya banyak masa anda dibazirkan dengan bagaimana untuk membuat blog.

Saya ada lihat ramai yang belajar sendiri membuat blog (dengan melakukan try and error sendiri). Apa yang saya dapat lihat, ianya agak mengecewakan saya. Latarbelakang yang berwarna hitam sehingga menyusahkan para pembaca untuk membaca tulisan artikel blog anda, menggunakan blog percuma (bagi saya ini salah satu kesilapan terbesar seorang blogger) dan macam-macam lagi kesilapan yang dilakukan oleh ramai yang saya lihat.

Jika anda belajar melalui panduan blog yang sudah lengkap dengan semua perkara asas dan penting, semua masalah ini takkan berlaku. Malah, anda akan mampu menyiapkan blog anda dalam masa yang singkat!

Lihat saja pada blog saya. Walaupun tak secantik mana, tapi ini semua hasil saya membelanjakan sedikit wang untuk belajar membuat blog melalui panduan blog (dalam format ebook & video). ;)

Walau apa pun, saya tak paksa anda untuk membeli panduan blog yang telah tersedia untuk anda. It’s your choice. ;)

Panduan yang saya maksudkan adalah Kit Blogger 1 (Starter Kit), iaitu satu panduan lengkap untuk membuat blog dan asas-asas penting seorang blogger yang tidak harus diabaikan.

Saya sudah melakukan sedikit perubahan kepada ebook ini, iaitu dari segi penampilan.
complete-copy-copy.jpg

 

complete-copy-copy.jpg

Saya menawarkan harga istimewa kepada 100 pembeli terawal melalui blog ini sahaja, iaitu hanya RM 45.00 sahaja. Ini kod kupon untuk anda : diskaunkit45

Sebagai Reseller produk ini, saya tidak harus membiarkan produk hebat ini terus tersimpan dalam laptop saya. Saya kongsi dengan anda yang betul-betul serius untuk belajar membuat blog, dengan harga serendah RM 45.00 sahaja. Jika anda membeli di sana ( www.blogsendiri.com ), harganya RM60.00

Ikuti cara pembayaran yang sama di laman web tersebut, iaitu www.blogsendiri.com. Jangan lupa sertakan kod kupon : diskaunkit45, serta bukti pembayaran. ;)

Malah, saya turut sediakan pelbagai bonus percuma untuk anda miliki. ;)

Layari : www.blogsendiri.com

P/S : Jualan 42 Produk MRR makin hangat dan makin mendapat sambutan yang menggalakkan. Jika anda ingin menjana wang dengan 42 produk hebat yang boleh dijual semula dengan keuntungan 100% milik anda, layari : www.myproecover.com/mrr

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

5 Comment(s)

  1. ermmm..kadang-kadang orang kita ni kedekut untuk keluarkan modal,,,yang peliknya untung nak lebih tapi modal tak nak lebih…..cun design..u guna script or design sendiri

    kita | Feb 6, 2008 | Reply

  2. design sendiri + guna script. :)

    designer2 hebat sekarang yang betul2 serius & menjana ribuan dollar sebulan, guna script ini, kita. :)

    mawardee | Feb 6, 2008 | Reply

  3. saya setuju dengan Saudara Mawardee. just learn from the best. pendek kata, kehadiran laman saya pun dengan banyak belajar daripada guru-guru yang terbukti kepakarannya.

    terima kasih Saudara Mawardee. :)

    e Pemuda PAS | Feb 19, 2008 | Reply

  4. Absolutely agree with you.

    hafiz | Feb 26, 2008 | Reply

  5. bagus panduan ni…semuanya lengkap

    wings | Sep 13, 2008 | Reply

Post a Comment