4 Pantang Larang Seorang Blogger

blogging-software.gif

Assalamualaikum atau salam sejahtera. Di sebelah ni adalah statistik blogger bagi tahun 2006. Lihatlah, betapa ramai yang buat sendiri atau ubah suai sendiri blog. bagi pengguna Wordpress, menduduki tangga ke-3. Apa pendapat anda tentang statistik di sebelah kanan ni?

Baiklah. Kita terus ke topik perbincangan kita sebagaimana di atas.

Ramai orang sering memberikan tips-tips yang berguna bagaimana menjadi blogger yang baik dan dapat menjana wang yang lumayan melalui blogging. Tetapi, jarang sekali orang mebincangkan tentang pantang-larang bagi seorang blogger. Jadi, saya rasa perkara ini perlu dibincangkan agar kita tak melakukannya. Kita juga akan rugi pada masa depan jika tidak betul caranya.

Ini hanyalah 4 perkara dari saya. Jika anda ingin menambah lagi isi-isi atau cadangan yang lain, sila tinggalkan komen di sini. Amat-amat dialu-alukan. Antara yang saya boleh senaraikan ialah :

1. Jangan terlalu banyak link iklan atau link affiliate pada blog anda. Terdapat beberapa kesan yang tidak baik bakal anda perolehi jika terlalu banyak link pada sidebar blog anda. Antaranya, pelawat blog anda akan rasa rimas. Janganlah sampai orang lain kata :

Ini blog ke? Ataupun ruang iklan percuma? :)

Kebaikan yang anda perolehi dari tips ini adalah, anda mengehadkan jumlah link yang boleh di klik oleh para pelawat. Apabila sedikit link iklan atau link affiliate pada sidebar, maka pelawat akan merasakan tidak banyak tempat yang mereka boleh klik kerana tidak banyak pilihan. Insya Allah, sebahagian mereka akan klik juga pada link tersebut.

2. Jangan terlalu nampak seperti penjual (salesman). Anda tahu bagaimana lagak seorang salesman? Begitulah sikap segelintir kita apabila menjadi seorang blogger. Segelintir orang, bila menjadi seorang blogger, kita hanya nampak duit. Niat utama menjadi blogger adalah duit semata-mata. Ini silap besar! Buangkan sikap yang kurang baik ini. Saya yakin, tiada seorang pun yang akan singgah sebagai pelawat tetap blog anda. Boleh jika anda ingin promosi barang. Tapi pastikan sekali-sekala sahaja. Banyakkan memberi manfaat kepada pembaca dan berikan apa yang mereka inginkan atau suka seperti maklumat dan info semasa serta fakta menarik yang boleh jadi tatapan.

Tapi pastikan berdasarkan bidang atau niche anda. Lama-kelamaan, mereka akan tertarik dengan apa yang kita beri, sekaligus menjadi pembaca tetap anda. Dan pastikan anda promosi barang yang betul2 berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca blog anda. Jika tidak, mereka akan memandang serong anda. Jika anda mendapat senarai mailing list, jangan biarkan setiap email anda hanyalah email promosi barang-barang.

Ok, saya bongkarkan 1 rahsia. :)

Macam ni. Hantar mesej penuh dengan info yang PANAS dan SANGAT BERMANFAAT sebanyak 7 mesej dan jarak antara setiap mesej tidak terlalu dekat (bagi mengelakkan mereka rimas atau terganggu), contohnya seminggu sekali, kemudian pada mesej ke-8, barulah anda promote barang anda! :) Kuasa membeli akan meningkat mendadak dari mereka. Percayalah..

3. Jangan terlalu mengharapkan trafik kunjungan pelawat yang tinggi pada satu-satu masa yang singkat. Berikan masa untuk anda berjaya. Tetapi, pastikan anda tahu cara yang betul untuk mendapat trafik yang tinggi. Klik Sini jika ingin tahu caranya (saya hanya promote barang yang benar-benar bermanfaat, bukan sampah :))

4. Jangan membuat blog pada bidang/ niche/fokus yang bukan anda minat. Dan jangan terlalu banyak, kecualilah anda ada ramai pembantu untuk menulis artikel blog atau anda mempunyai banyak artikel PLR (Private Label Rights). Hihi. Jika anda tanya saya, kenapa buat blog untuk belajar cara buat duit melalui blog? Jawapan saya mudah saja. “Saya minat. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

3 Comment(s)

  1. dah memang hobi saya buat duit nak buat macam mana? saya punya hobi daaaa….

    abdfatah | Jun 24, 2007 | Reply

  2. :)

    Mawardee | Jun 24, 2007 | Reply

  3. wuzzup buddy? lama tak nampak posting ko kat sini.. aku dah bookmark website ko nih.. kalo ada apa2 updates inform la kat aku eh?

    term life insurance | Jul 18, 2007 | Reply

Post a Comment