Blog Rush - Fenomena Baru Dunia Blogging

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

Hari ini, Blog Rush mula mendapat populariti di kalangan blogger termasuklah tokoh-tokoh blogger yang masyhur.

Apa itu Blog Rush?

BlogRush merupakan satu servis yang baru dilancarkan dan sedang
hangat diperkatakan oleh blogger-blogger profesional. Apa yang
menyebabkan BlogRush hangat diperkatakan ialah kerana ia merupakan
satu servis yang mudah untuk menambah jumlah pembaca ke blog anda.

Caranya ialah dengan memasukkan widget BlogRush ke blog anda
di mana ia akan memaparkan tajuk-tajuk artikel di blog lain yang
berada dalam kategori yang sama dengan blog anda.

wgscr.jpg

Anda akan mendapat “syndication credit” untuk setiap kali widget
tersebut dipaparkan dan “syndication credit” tersebut akan
menentukan kekerapan tajuk artikel blog anda dipaparkan
di blog-blog lain.

Tetapi buat masa sekarang BlogRush hanya menerima blog di dalam
Bahasa Inggeris sahaja. Jadi jika anda mempunyai blog di dalam
Bahasa Inggeris dan ingin menambah jumlah pengunjung, daftarlah
dengan BlogRush sekarang.

Perkhidmatan ini adalah percuma dan anda boleh mendaftar dengan
klik link di bawah:

http://www.blogrush.com/

Selamat mencuba … :)

P/S : BlogRush yang bahasa Melayu pula, mungkin rakyat Malaysia yang akan cipta program seperti ini. Mungkin anda suatu hari nanti. Siapa tahu? :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment