Blog Untuk Guru - Wajar Dimanfaatkan
By admin on May 14, 2007 in Tips Blog Cemerlang
Salam. Blog kian diterima masyarakat Malaysia. Tapi, pernahkah seorang guru memikirkan untuk menjadikan blog sebagai medium tambahan pengajaran & pembelajaran (P&P) untuk murid-muridnya?
Kalau ada blog, macam-macam boleh dibuat. Letak nota pelajaran, pengumuman peperiksaan, teknik jawab soalan dan contoh-contoh soalan peperiksaan di blog. Murid-murid sekarang pun dah pandai guna internet. Daripada mereka melayari internet tak tentu hala, apa salahnya mereka melayari blog yang disediakan oleh guru. Murid-murid akan dapat input pembelajaran melalui teknik yang menarik, iaitu melalui blog!
Malah, cikgu-cikgu boleh muatkan video pembelajaran dan gambar-gambar yang berkaitan dengan mata pelajaran, bagi memastikan teknik pengajaran di blog lebih menarik dan berkesan. Tapi, asasnya, pembelajaran dan pembelajaran di kelas tak boleh diabaikan. Dalam kelas tetap diteruskan. Cuma di blog ni sebagai tambahan. Mungkin belum dibuat di Malaysia lagi. Tapi ada satu laman web yang mula menjalankan pakej blog untuk guru tersebut. Masih dalam proses. Klik Sini
Apa pendapat anda pula tentang blog untuk guru? Apa pro & kontranya ye?















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment