Links Exchange - Tingkatkan Ranking di Enjin Carian.
By admin on Jun 13, 2007 in Tips Blog Cemerlang, Tips
Assalamualaikum atau salam sejahtera. Rasanya tak terlambat kalau saya ucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada Pak Lah Perdana Menteri kita kerana telah berkahwin..
Hari ni jom kita bincang pasal Link Exchange. Link Exchange (atau dalam bahasa melayunya “bertukar-tukar link”) bermaksud seperti berikut :
Blog A mempunyai link ke blog B,
dan blog B mempunyai link ke Blog A.
Jadi, macam mana untuk bertukar-tukar link? Mudah sahaja. Anda perlu berkerjasama dengan blog lain. Ini bermakna, jika berpandukan contoh di atas, Blog A meminta Blog B menyediakan satu link ke Blog A, dan begitulah sebaliknya. Biasanya ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara para blogger.
Kenapa perlu membuat pertukaran link sesama blogger? Ini kerana pertukaran link akan meningkatkan ranking kita di enjin carian.
Jika anda betul-betul serius meningkatkan ranking di enjin carian, anda perlu bertukar-tukar link dengan blog yang sudah mempunyai PR yang tinggi daripada blog anda.
Blog yang mempunyai pertukaran link dengan blog yang mempunyai PR tinggi, akan lebih diberi ‘pengiktirafan’ oleh enjin carian untuk berada di kedudukan yang baik. Ia lebih menunjukkan wujudnya ‘kerjasama’ antara blogger..
Yer, adakalanya blogger yang tidak menghiraukan anda jika kita meminta untuk bertukar-tukar link. Ini perkara biasa. Apatah lagi blogger yang mempunyai PR yang terlalu hebat, contohnya 6 atau ke atas. Bukanlah niat saya untuk mengutuk. Tapi inilah realitinya. Sebab mengapa, saya tak leh nak bagitahu yek. Itu hal peribadi mereka :p
Tapi saya tak kata atau merujuk kepada semua. Hanya sebahagian kecil daripada mereka jer kot. Tak kisahlah. Itu hak mereka.
Jangan putus asa jika anda tidak dilayan. Carilah blog-blog lain yang sudi menyediakan link kepada anda. Tiada hasil tanpa usaha.
Dan jika blogger lain tidak sudi menyediakan satu link ke blog anda, usah buat kerja sia-sia dengan menyediakan link ‘percuma’ kepadanya. Jika mereka tak nak bagi link, kenapa kita harus bagi link kepada mereka? Jadi, buangkan link tersebut dari blog anda.
Selepas ni, saya ingin menerangkan tentang backlink pula. Mungkin ramai yang dah tahu pasal backlink. Tapi, antara perkara yang saya nak bincangkan adalah :
1. Apa tu backlink?
2.Antara backlink dan bertukar link, mana yang lebih baik?
3. Bagaimana mendapat backlink percuma.
4. Bagaimana mendapat backlink percuma di laman web atau blog yang mempunyai nilai PR yang tinggi.
5. Sikap segelintir blogger yang menyebabkan tidak mendapat backlink yang baik dan banyak.
6. Bagaimana mendapat backlink banyak, yang secara tak langsung meningkatkan ranking di enjin carian dan trafik yang tinggi!
Insya Allah…

















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Itulah kegunaan blogroll. Dengan Blogroll, anda akan mendapat pagerank yang baik dari Google. Secara otomatisnya pasti akan ada sebilangan trafik untuk anda hasil dari pertukaran blogroll ini.
Paypal2u Bloggers | Jun 20, 2007 | Reply