Jangan Buat Blog!

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

“Jangan Buat Blog!”

Itulah kata-kata saya apabila orang bertanya kepada saya bagaimana untuk membuat blog.

Mungkin sebahagian daripada kita akan mengatakan banyak faedahnya dengan membuat blog. Antaranya ialah :

1. Membina kredibiliti anda dalam bidang anda, contohnya seperti dalam bidang masakan, lukisan, dan sebagainya.

2. Membuat duit sampingan.

3. Membina rangkaian perkenalan/perniagaan dengan kawan-kawan/usahawan-usahawan yang lain dengan lebih baik.

Walau bagaimana pun, jawapan saya masih sama.

“Jangan buat blog!”

Kenapa? Banyak sebab sebenarnya kenapa saya melarang anda daripada membuat blog. 

1. Jangan buat blog jika anda hanya memikirkan untuk membuat duit semata-mata. Jika inilah tujuan kita semata-mata, maka jangan cuba belajar buat blog. Ini kerana sepanjang anda membuat blog dan menjadi blogger, anda akan memerlukan masa yang agak panjang sebelum anda mula mendapat ramai pelawat ke blog anda, sekaligus menjana pendapatan melalui affiliate, review me atau apa saja program buat duit yang lain.

Hanya memikirkan duit, hanya akan menyempitkan tema blog yang akan anda pilih untuk blog anda. Anda akan berhenti terus daripada menulis di blog jika anda kecewa lantaran tak dapat menjana wang melalui blog anda! Inilah hakikatnya, kerana anda tidak menulis berdasarkan minat anda. Minat anda tidak akan tenggelam walaupun tiada pendapatan daripada blog anda. Blog bukan hanya untuk duit. Ianya lebih daripada wang semata-mata.

2. Jangan buat blog jika anda sudah mempunyai 1 atau 2 blog. Ikhlas saya katakan, sukar untuk sentiasa kemas kini artikel jika mempunyai banyak blog. Fokus anda akan terganggu. Kepala anda perlu dikerah untuk banyak blog. Bukanlah bermaksud saya memandang rendah kepada keupayaan anda untuk menulis.

Tapi, bukankah lebih baik jika fokus pada 1 atau 2 blog, dan dalam masa yang sama, anda mampu menghasilkan artikel yang berkualiti & menarik sehingga ramai pelawat bertukar menjadi pembaca setia blog anda. Biarkan blog anda berjaya dulu. Bila dah stabil, barulah tambah 1 blog yang lain.

3 . Jangan buat blog jika anda HANYA mahu menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti blogspot, wordpress.com dan sebagainya. Tapi, tidak mengapa jika anda mahu memulakan langkah pertama sebagai blogger dan mencari sedikit pengalaman sebagai blogger. Hanya untuk permulaan. Ingat, jangan jadikan perkhidmatan blog percuma sebagai blog utama anda.

Sudah ramai yang kami (blogger-blogger) kenali, mereka-mereka ni menghadapi masalah setelah beberapa tahun menggunakan blogger misalnya. Ini memang perkara biasa, kerana barang percuma sudah tentu kualitinya tidak terjamin. Gunalah blog berbayar dengan membeli nama domain seperti dot com, dan web hosting yang sesuai dengan kehendak anda. Anda bukan sahaja menjaga profesionalisme anda, anda juga menunjukkan betapa bersungguhnya anda untuk bergiat sebagai blogger- tidak kisahlah blogger sepenuh masa mahupun blogger sebagai kerja sampingan.

Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin belajar bagaimana membuat blog yang berbayar dengan kos yang murah dan menjimatkan masa, Klik Sini.

Dan jika anda tidak mahu memeningkan kepala dengan kerja-kerja teknikal untuk membuat blog, membeli nama domain, hosting dan sebagainya, serahkan kepada saya untuk uruskan semuanya. Ya, saya akan siapkan blog idaman anda, hanya dalam tempoh 12 - 36 jam dari waktu anda membuat tempahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan setup blog dari saya, Klik Sini.

P/S : Sesiapa sahaja perlu memiliki blog.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment