Kesilapan Hampir Sebulan
By admin on May 13, 2007 in Tips Blog Cemerlang, Diari, Tips
Salam, kawan-kawan sekalian. Hm, sekarang ni dah hampir sebulan menulis di BlogSendiri.Com ni. Selepas beberapa kali membuat semakan, saya ada buat beberapa kesalahan atau kesilapan kecil. Saya rasa saya harus perbaiki kelemahan ini.
1. Saya tak posting dalam tempoh akhir bulan April hingga awal bulan Mei. Rupa-rupanya, saya banyak kemaskini design theme untuk 2 blog saya, www.blogsendiri.com ni dan www.internet-crazy.com, hinggakan langsung hampir terlupa nak posting di blog. Wah, blog yang masih baru takleh buat macam ni! Blog yang baru, mestilah tulis artikel atau post setiap hari. Hm, dah insaf dah. Lepas ni, lagi 30 hari, saya azam takkan miss walau satu hari.
2. Saya tak banyak jelajahi blog-blog lain dan kurang exchange link. Hm, ada jugak jelajah melalui MyBlogLog tu, tapi just tengok dan tak ambil banyak manfaat daripada kelebihan blog orang lain.
3. Hm, yang ni paling penting. Nak tahu apa? Saya tak cari modal atau isi yang berkualiti untuk blog saya. Hm, sedarlah ye mawardee. Buat revolusi baru untuk KUALITI ARTIKEL anda ye! Saya dah senaraikan cara-cara nak revolusikan isi artikel saya. Nampak macam dekat 10 ciri-ciri je yang saya kena buat. Tak apalah. Masa cuti-cuti macam nilah patut ambil banyak masa untuk giatkan aktiviti blogging.
p/s : untuk pengetahuan, saya masih ada baki sekurang-kurangnya sebulan lagi. Pastu, mesti kurang masa untuk blogging. Huhu, sedih jugak rasanya yer. Masa dah dekat.
pp/s : dan kepada saper2 yang nak exchange link dengan saya, saya sangat alu-alukan. Boleh tinggalkan mesej di MBlogLog, atau hubungi saya melalui form yang saya sediakan di page Hubungi Saya, atau hantar email ke mawardee@blogsendiri.com!
Revolusi Baru BlogSendiri.Com & Internet-Crazy.Com















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Post a Comment