LiewCF - Blogger Malaysia Berjaya
By admin on Jun 4, 2007 in Tips Blog Cemerlang, Motivasi, Tokoh Blogger
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Apa khabar anda semua? Semoga sihat dan terus bersemangat untuk menjalankan aktiviti seharian anda. Alhamdulillah, hari ni saya berjaya juga lulus ujian memandu. (Sebenarnya, ni kali kedua saya ambil ujian memandu)
Mungkin ramai yang tidak tahu atau kurang tahu, betapa seronoknya menjadi seorang blogger. Dan kali ni, saya suka untuk sama-sama kongsi dengan anda semua, kisah salah seorang blogger Malaysia, yang merupakan blogger sepenuh masa yang pertama di Malaysia. Maksudnya, beliau hanya menjadikan blognya sebagai kerja hariannya. Menarik, bukan?
Bernama Liew Cheon Fong atau LcF, memiliki blog sendiri yang terkenal di Asia Tenggara, iaitu LiewCF.com. Merupakan bekas ‘programmer’ dan ‘webmaster’ yang profesional, beliau akhirnya menjadikan hobinya dalam aktiviti blogging sebagai bidang sepenuh masa pada 9 September 2005. Walaupun pada awalnya ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya, (kerana blogger bukannya satu pekerjaan bagi mereka), malah ada yang mengejeknya, tapi, beliau tidak pernah luntur semangat. Ada juga yang mempersendakan bahasa Inggerisnya yang agak lemah. Hm, sebenarnya tak kurang juga yang memberikan galakan kepadanya.
Bayangkan, ketika dia ambil keputusan tu, tak pernah ada seorang rakyat Malaysia pun yang berjaya meraih pendapatan lumayan sebagai blogger. Lagipun, kita pun tahu, jika kita kerja makan gaji, ‘confirm’ ada gaji dan boleh ambil gaji pada setiap bulan. Tapi, menukar kerja kepada ‘blogger’, memang keputusan yang perit baginya, kerana pendapatan sebagai blogger, tak diketahui berapa yang bakal diraihnya. Mungkin untung. Mungkin juga rugi.
Mujurlah keluarganya masih memberi sokongan kepadanya, walaupun mereka tak tahupun apa itu blog dan blogger, sehinggalah kini, mereka masih tidak tahu kenapa dan bagaimana Liew boleh mendapat cek setiap bulan, yang berkali-kali ganda lebih tinggi daripada gaji tetapnya sebelum ini! Menarik, bukan? Malah, bukan itu sahaja. Liew kini mempunyai banyak masa untuk berasama keluarga dan saudara mara, dan mempunyai kebebasan pergi ke mana saja dia suka! Enjoy, kan?
Semangat inilah yang kita nak pupuk. Tak takut untuk menghadapi risiko. Juga membuktikan kepada kita betapa besarnya potensi sebagai seorang blogger.
Tapi, jangan salah sangka. Liew juga ada buat sedikit perancangan sebelum berhenti kerja tetap pada 18 Ogos 2005. Beliau mengumpulkan gajinya dengan jumlah 6 bulan gaji. Sebab apa? Tujuannya untuk back up jika ada masalah pada awal-awal penglibatannya sebagai blogger sepenuh masa.
Bagaimana dengan anda pula? Rasa tercabar tak? Liew pun orang Malaysia. Kita rasa berbangga dengannya. Tapi, bukan sekadar untuk kita berbangga, tapi ambillah ia sebagai perangsang dan motivasi kepada kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Saya harap, dengan sedikit kupasan yang tak seberapa ini, dapat menyedarkan kita betapa hebatnya peluang menjadi seorang blogger.
Jika anda belum memiliki blog sendiri, dapatkan panduan membuat blog di sini. Klik sini.
















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Jika kita nak berjaya dan jadi orang yang cemerlang, ikutilah langkah mereka yang telah berjaya. Hmm ini betul2 boleh menaikkan semangat ni.
ktom | Jun 16, 2007 | Reply
Baguslah kalau semangat Ktom naik.. Kisah-kisah kejayaan orang yang hebat, bermula dari kesusahan. Kisah-kisah macam ni, kadang2 perlu dihighlight untuk memberi motivasi, semangat, dan pengajaran yang berguna buat kita yang masih newbie ni..
admin | Jun 16, 2007 | Reply