Membina “First Impression” Blog Yang Baik

 

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

First impression? Adakah ia dimaksudkan dengan jatuh cinta pada pandangan pertama? Atau ada maksud yang lain?

Ya, betul kalau kita katakan ‘first impression’ sebagai pandangan pertama. Tapi silap besarlah kalau kaitkan dengan cinta semata-mata.

Bagaimana pula dikatakan dengan ‘1st impression’ pada sesuatu blog? Maknanya sudah tentu - hanya pada kali pertama pelawat sampai ke blog kita, mereka sudah ‘jatuh cinta’ dan hati terpaut pada blog kita.

Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya ‘first impression’? Oh, sangat besar impaknya. Sekarang ni, memang banyak blog yang ‘tumbuh’ di Malaysia bagaikan cendawan. Apatah lagi blog di luar negara? Malah, sekarang ni jumlah blog yang ada di internet sudah melebihi 71 juta banyaknya.

Apa yang membezakan kita dengan blog-blog yang lain? Dan apa pula tarikan untuk orang lain mengunjungi blog kita secara lebih kerap? Segala-galanya bermula dari pandangan pertama. Pada kali pertama mereka melihat blog kita. Nak percaya atau tidak, manusia lumrahnya memang banyak bersangka dan suka membuat tanggapan awal - cuma sebahagian mereka tak zahirkan, dan saya tak kata semua orang, tapi secara umumnya - terhadap sesiapa sahaja.

Manusia atau kebanyakan kita menilai seseorang dari segi pemakaian, cara berjalan dan kehenseman (kalau lelaki la) seseorang. Padahal mereka belum pun bergaul dengan lelaki tersebut, apatah lagi untuk mengenal hati budi - sudah tentu jauh sekali. Ada pepatah masyhur berbunyi - “Don’t Judge A Book By Its Cover”. Tapi, realitinya adalah sebaliknya.

Sebab itulah kita harus menjaga ‘first impression’ kita agar karisma dan kredibiliti kita terjaga, atau sekurang-kurangnya nama baik kita terjaga, terutamanya bila nak berurusniaga dalam dunia korporat, politik dan lain-lain. Dan sebab itu jugalah, saya tak dapat jadi ketua pengawas kat sekolah (itu alasan yang pengetua bagi la - tapi saya rasa bukan itu sebabnya :) ) . 1st-impression.jpg

Begitu juga dengan blog. Banyak perkara yang boleh dibuat agar pandangan pertama orang lain terhadap blog kita, akan membuatkan mereka lebih berminat untuk datang lagi dan lagi dan lagi ke blog kita. Sebagaimana saya katakan tadi, segala-galanya bermula dari langkah pertama. Langkah pertamanya adalah membina pandangan pertama yang baik di mata orang lain terhadap blog kita.

Pandangan pertama yang mungkin membuatkan mulut mereka berkata : “Hebat!”

Ataupun pandangan pertama yang mungkin membuatkan mereka ternganga - sehingga lalat pun mencelah masuk.

Ataupun pandangan mereka yang membuatkan hati mereka berbisik : “Nampak gaya, saya kenalah selalu datang ke blog ni. Menarik!”

Dan banyak lagi ataupun …

Jika kali pertama mereka tak tertarik dengan blog kita, amatlah sukar untuk membuat dia datang semula ke blog pada kali kedua. Malah, mungkin 4 bulan kemudian, barulah dia menemui blog kita semula - itu pun secara kebetulan saja - bukannya kerana minat mereka terhadap blog kita.

Terdapat banyak perkara yang perlu dijaga dan tips yang boleh diikuti, antaranya ialah : -

1. Jangan paparkan jumlah pembaca melalui rss sehinggalah anda mencapai jumlah sekurang-kurangnya 30 orang pembaca. Apabila dah sampai tahap ini, anda paparkanlah ia di bahagian yang paling mudah kelihatan di blog anda - iaitu di bahagian atas. Jumlah readers via feed, menunjukkan bahawa blog kita diminati ramai sehinggakan ramai yang mahu mengikuti update dan perkembangan artikel di blog kita.

Cuba anda lihat yang ini. Berapa orang readers? Kagum? Cuba teka blog siapa yang mencecah sebegini ramai pembaca setia blognya …

problogger-subscribers.jpg

2. Kualiti artikel. Yang ini saya hanya menyebutnya secara umum. Saya dah terangkan dalam artikel sebelum ini.

3. Bijak menyusun segala sidebar, iklan, susunan artikel dan sebagainya. Barulah sedap mata memandang. Samalah macam kita kat rumah. Kalau rumah tu, bersepah, sakit mata memandangnya - malah kalau silap hari bulan, naik angin kita dibuatnya! Padahal kita pun kaki sepah - ops, bukan saya!

P/S : Ya, saya akui kita tidak boleh membuat tanggapan awal tentang sesuatu perkara atau tentang seseorang. ita kena bergaul dulu dan mengenali dengan lebih dekat, kerana first impression selalunya tak sama dengan hakikat sebenar.

Yang ini saya tak nafi. Tapi, realiti yang berlaku, manusia tetap terpengaruh dengan pandangan pertama mereka melihat sesuatu perkara. Mungkin tanggapan itu hanya dibiarkan berlalu seperti angin dan mungkin ada yang menyimpannya dalam hati dan tidak diluahkan untuk menjaga hati orang.

Oleh kerana itu jugalah, pereka grafik ecover atau ebook cover atau laman web (untuk perniagaan internet la), konsep yang mereka pegang adalah “People Do Judge A Book By Its Cover”.

Jadi, sama-samalah kita baiki 3 perkara di atas. Dan saya pun sedang berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa. Kalau anda ada cadangan untuk mantapkan blog ini, sila maklumkan saya melalui ‘contact form’.

Dan last sekali, jom kita tengok satu klip video. Saya tak tahu video ni berkaitan ataupun tidak. Just jumpa, saya ambik je la. Tajuk pun “How To Not Make A First Impression”. Ketawa tu, ketawa jugak. Ambillah pengajaran. Layan … :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

2 Comment(s)

  1. saya sokong 100 % dengan artikal kali ini…cinta pandangan pertama paling penting

    bizmalaya | Nov 10, 2007 | Reply

  2. Salam Mawardee,

    Pada pendapat saya, blog juga merupakan satu medium komunikasi, oleh itu first impression memang amat penting. Jadi, blog kena ceria, ada mood happy dan nampak kemas.

    ..artikel yang menarik!

    - Shueqry -

    shueqry | Nov 12, 2007 | Reply

Post a Comment