Memilih

rudy.jpg

Nama penulis artikel blog yang terpilih pada minggu ini adalah Mohd Asharudin Sabri. Saya memilih artikel ini kerana ianya memenuhi syarat-syarat pertandingan yang saya tetapkan. Bukanlah saya mengatakan peserta-peserta yang lain tak memenuhi syarat, tapi sebahagian sahaja - iaitu lari dari skop blogging. Yang kedua, artikel ini mempunyai fokus yang baik. Tidak memuatkan banyak perkara dalam satu-satu artikel - tujuannya agar pembaca faham apa yang disampaikan.

Bagus.Kepada semua peserta, tingkatkan lagi kualiti artikel anda. Tarikh seterusnya untuk artikel kedua disiarkan adalah pada 19 November 2007. Untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan, KLIK SINI.

————————————————————————————————————————–

Terdapat banyak alatan percuma untuk blogging di pasaran internet, tetapi
memenuhi blog dengan semua aksesori percuma yang diperolehi bukanlah sesuatu perkara yang bijak. Jangan ghairah meletakkan bermacam-macam alatan seperti kaunter pelawat, background beranimasi, bermacam jenis font, kelompok hadiah yang tidak sesuai, jenis2 alatan ini akan merendahkan kualiti sesuatu blog itu sendiri sekaligus jumlah pelawat blog akan berkurang.

Kuncinya di sini adalah dengan membuat penilaian teliti terlebih dahulu, sebelum menggunakan peralatan blogging tersebut.

Adalah penting mempelajari segala jenis peralatan blogging percuma yang boleh didapati supaya mendapat informasi mengenai peralatan blogging yang sesuai untuk dipasang pada sesebuah blog.Praktikkan untuk memilih opsyen peralatan
blogging yang difikir betul-betul berguna.

Tidak semestinya peralatan yang dimiliki itu sesuai untuk diintergrasikan bagi sesebuah blog. Jika sesebuah blog boleh mengetahui jumlah pelawat yang sedang membaca dengan
menyemak statistik trafik, tidak perlu untuk meletakkan kaunter pelawat. Dan jika sesebuah blog itu text-based dengan
meggunakan background yang flashy, ini merupakan satu gangguan daripada satu manfaat.

Menjadi realistik dalam menaksir apa-apa jenis aksesori blog akan dapat merealisasikan visi didalam memperbaiki atau menaiktaraf blog.

Perlu diingat, dengan menggunakan peralatan dan aksessori blog tanpa sebarang kos ianya mungkin tidak menjadi satu aset jangka masa panjang.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment