PLR Tak Sesuai Untuk Blog? - Siri 1

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

Apa khabar? Semoga anda semua sihat.

Hari ni seronok gak keluar jalan-jalan - cari ketenangan, cari idea. Last-last kat kedai buku gak tempat saya singgah. Orang macam saya ni, suka tengok-tengok buku - walaupun kadangkadang saya taklah membeli pun.

Akhirnya, saya terjumpalah satu buku ‘Secrets Of Internet Millionaires’ oleh Stuart Tan. Bukannya yang Irfan Khairi punya. Yang Irfan Khairi tulis tu, saya dah beli. Cuma hilang baru-baru ni sebab kawan saya cuai bila tolong bawa beg saya yang berisi buku berharga tu. Tak apalah. Saya tak boleh salahkan dia jugak.

Dan alhamdulillah, setelah saya membaca sedikit buku yang saya baru beli ni, ia memberi saya semangat semula untuk terus bergiat aktif dalam perniagaan internet dan dunia blogging ni. Bukanlah bermakna saya dah tak ada semangat. Tapi semangat saya agak menurun, sebab saya tak lama lagi akan habis cuti. Huhuk, dan sampai sekarang, saya tak dapat lancarkan lagi versi terbaru Koleksi Perisian Usahawan Internet.

Tapi, tak apa. Semangat saya dah kembali. Alhamdulillah. Insya Allah, saya akan berusaha untuk tingkat kualiti produk terbaru yang bakal berada di pasaran dalam 1 atau 2 bulan lagi tu. Dan bukannya semata-mata nak cari keuntungan.

Biarlah kita memberi 100 kali lebih berharga daripada

apa yang pelanggan kita bayar untuk produk yang kita jual tu.

Atau kata-kata Yanik Silver :

“Make Every Dollar Your Customers Spend Worth A Thousand Dollars To Them”

Baiklah. Tinggalkan dulu kisah peribadi saya. Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan tentang PLR.

Apa itu PLR?

PLR adalah singkatan bagi Private Label Rights. Ianya merujuk kepada sebarang produk di internet seperti ebook, perisian atau apa sahaja produk digital, yang dibenarkan untuk mengubah nama penulis/pencipta produk tersebut kepada nama kita. Tapi, hati-hati, ada sesetengah produk yang tak membenarkan kita mengubah semula isi kandungan produk tersebut.

Jadi, sebelum menggunakan sebarang artikel PLR, lebih baik kita membaca syarat-syarat yang ditetapkan oleh penulis asal bagi sesuatu produk.

Mengapa PLR?

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa PLR pula? Apa faedah kepada penulis asal bila dia membenarkan namanya untuk diubah oleh orang lain kepada nama mereka? Bukankah merugikan dia - yang susah-susah menyediakan maklumat dan menulis bagi menyiapkan sesuatu ebook atau perisian?

Oh, jawapannya tidak sama sekali. Biasanya tujuan utama penulis asal membenarkan produknya diubah semula nama penulisnya dan membenarkan pula untuk diubah isi kandungan (sesetengah daripda mereka la), adalah untuk melariskan produk yang mereka jual. Sudah tentu produk yang disertakan hak PLR akan lebih laris di pasaran.

Tambahan pula, penulis asal boleh menambah lagi siri-siri ebook atau perisian mereka tu dengan siri-siri yang lain kelak.

Tapi Kenapa Produk Ada Hak PLR Laris Di Pasaran?

Biasanya yang membeli produk yang disertakan dengan hak PLR, laris di pasaran kerana banyak sebab. Antaranya adalah :

1. Para pembeli mahu menjual semula produk tersebut. Untuk tujuan dijual dalam laman web khas mereka yang semata-mata menjual produk PLR. Atau untuk tujuan menjadikan produk tersebut sebagai bonus keahlian yang mereka tetapkan harga tertentu. Atau yang sewaktu dengannya.

2. Ada di kalangan mereka yang malas untuk menulis di blog. Ramai yang tahu, untuk mendapat ranking yang tinggi di enjin carian, mereka mesti selalu ‘update’ blog mereka dengan artikel yang terbaru. Jadi, oleh kerana mereka tiada idea untuk menulis, ataupun kerana malas, ataupun kerana nak cepat meningkat naik di senarai web di enjin carian, mereka menggunakan PLR untuk dimuatkan dalam entri blog-blog mereka. Senang dan mudah. Hanya ‘copy’ dan ‘paste’.

3. Dan yang seterusnya adalah orang yang mahu menambah ilmu dan pengetahuan. Biasanya golongan ini amat jarang.

Tetapi, apapun, memang koleksi artikel-artikel yang ada PLR memang banyak di internet. Tapi mungkin yang dalam bahasa Melayu belum wujud lagi.

Untuk artikel kali ini, saya hanya menyentuh tentang pengenalan bagi istilah PLR dengan cara yang lebih mudah difahami.

Tapi, tahukah anda, artikel-artikel dari produk yang disertakan hak PLR, sangat-sangat tidak sesuai untuk dimuatkan dalam blog? Malah, ia hanya akan ‘menjatuhkan’ blog. Hm, macam mana tu?

Oklah. Saya rasa sampai sini jer untuk artikel kali. Insya Allah saya akan sambung semula pada artikel yang seterusnya nanti - Bagaimana PLR Menjatuhkan Kita - PLR Tak Sesuai Untuk Blog? - Siri 2

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

3 Comment(s)

  1. ooo rupa-rupanya boleh menjatuhkan rangking blog kita…tq atas maklumat yang berguna ini

    bizmalaya | Nov 24, 2007 | Reply

  2. hermm..bagaimana pula dengan PLR yang reartikel balik?apa yang akan terjadi?jatuhkan ranking jgk ker?

    zattara | Aug 4, 2008 | Reply

  3. Terima Kasih Kerna berkongsi maklumat berharaga seperti ini. Saya orang baru dalam dunia internet and dapati blog anda sangat berguna. Tolong teliti web saya dan lihat jika kita boleh JV?
    Thrima Kasih

    Dev | Oct 25, 2008 | Reply

Post a Comment