PLR Tak Sesuai Untuk Blog? - Siri 2

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

Sebagai pendahuluan artikel kali ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua agen affiliate saya yang masih tekun mempromosi produk “Koleksi Perisian Usahawan Internet”.

Dan alhamdulillah, bulan ni yang berjaya membuat jualan adalah :

Ejan

Info

Rata-rata mereka yang berjaya menghasilkan jualan yang sebelum-sebelum ni pun, mempunyai nilai ‘Click Through” yang tinggii, melebihi sekurang-kurangnya 100 klik.

Jadi, kepada anda yang masih belum berjaya, teruskan usaha. Dan sebagaimana yang saya maklumkan sebelum ni, saya akan lancarkan “Koleksi Perisian Usahawan Internet” versi 1.5. Insya Allah lebih banyak info, lebih memudahkan anda semua. Dan banyak lagi sedikit ‘kejutan’ yang cukup-cukup baik untuk semua usahawan internet, terutamanya newbie.

Dan yang menariknya lagi, saya akan beri komisen RM 35 -RM 40 bagi setiap jualan yang terhasil. Ya, RM35-40 kepada agen affiliate saya, bagi setiap jualan yang berlaku melalui link affiliate mereka. Komisen ini saya akan berikan sebaik sahaja versi 1.5 dilancarkan tak lama lagi. Saya akan bagitau caranya nanti.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini, dan ikuti perkembangan semasa program affiliate ini dengan mengikuti artikel di blog ini, agar anda tidak ketinggalan. Harap-harapnya ia bakal merancakkan lagi arena perniagaan internet dan dunia affiliate di Malaysia dan yang seangkatan dengannya. :)

Baiklah. Kita sambung artikel sebelum ni mengenai PLR - Private Label Rights.

Sebagaimana kita bincang semalam, artikel-artikel PLR biasanya dibeli bertujuan untuk dimuatkan dalam artikel-artikel blog - terutamanya kerana mereka tiada idea untuk menulis di blog. Dan ada juga tujuan-tujuan lain yang saya akan jelaskan pada artikel selepas ni.

Mengapa PLR Tak Sesuai Untuk Blog?

Ini kerana terdapat banyak perkara negatif yang bakal berlaku kepada blog anda. Saya ada menyatakan blog anda akan ‘jatuh’. Tapi bagaimana yer? Baiklah, di sini saya akan terangkan serba sedikit :

1. Ranking di enjin carian akan jatuh. Untuk makluman, enjin carian mempunyai sistem yang canggih sehingga mengesan ‘duplicate contents’ yang berlaku. ‘Duplicate Contents’ bermaksud isi kandungan blog / web kita sama betl-betul sebijik dengan isi kandungan blog / web yang lain. ‘Duplicate Contents’ juga boleh berlaku jika kita hanya copy dan paste artikel orang lain semata-mata. Ini semua membuatkan enjin carian memahami bahawa blog / web kita tiada keunikan yang tersendiri dan isi kandungan yang tidak berkualiti. Sedangkan enjin carian sukakan isi kandungan yang unik (berkualiti) dan segar (selalui dikemaskini).

2. Banyak sistem sekarang boleh mengesan jika berlaku duplicate content pada blog kita.Saya pernah mengalami keadaan di mana blog saya yang berbahasa Inggeris, menghadapi masalah untuk menyertai program buat duit seperti Pay Per Post. Yalah, salah saya jugak. Memang blog bahasa Inggeris saya yang satu ni, saya sangat jarang update sebab saya lebih tumpu kepada BlogSendiri ini. Akhirnya, saya meletakkan serba sedikit PLR dan dimuatkan dalam beberapa siri artikel saya di sana - kerana dah tiada idea.

Dan sebelum Pay Per Post mengesahkan permohonan blog bahasa Inggeris saya itu untuk menyertai program buat duit diorang punya ni, pihak Pay Per Post memilih secara rawak daripada artikel-artikel blog saya tu. Dan akibatnya, mereka menyatakan saya ada mengambil artikel bulat-bulat dari blog orang lain kerana isi kandungan yang sama - padahal saya hanya ambil artikel PLR yang ada dalam simpanan saya. Ini menunjukkan ramai yang menggunakan artikel PLR, dan akibatnya ia dianggap sebagai ‘duplicate contents’.

Malah, bukan itu saja. Saya ada kenalan yang cuba hantar artikel PLR ke direktori artikel (laman web yang mengumpulkan koleksi artikel dari seluruh dunia). Dan akibatnya, pihak direktori artikel tersebut tidak menerima artikel tersebut - kerana sudah ada yang menghantarnya sebelum itu. Ini menunjukkan, hanya merugikan jika menggunakan PLR samada untuk dimuatkan dalam blog kita atau untuk hantar artikel ke direktori artikel.

3. Yang ini pula dari segi kredibiliti blog kita. Jika kita hanya suka mengambil artikel orang lain, imej blog kita hanya akan dianggap sebagai penciplak. Bagi saya, ini tidak mengapa jika hanya diamalkan sekali sekala, asalkan anda meminta izin terlebih dahulu daripada penulis asal artikel blog tersebut.

Dan penting juga jika kita memberikan sedikit kredit kepada penulis tersebut, dengan meletakkan nama penulis asal tersebut pada artikel tersebut dan meletakkan link blognya pada artikel tu. Inilah yang dikatakan menghormati hak orang lain. :)

Baiklah. Saya rasa penerangan saya ni dah terlalu panjang. Cukuplah saya rasa untuk siri 2 ni pula.

Jika begini lah gamaknya, adakah PLR sudah tidak relevan lagi? Apa pendapat anda?

p/s : Insya Allah tak lama lagi juga saya akan bina blog baru yang lain dalam bahasa Inggeris, untuk pasaran international pula. Dan saya sudah ada projek untuk blog yang bakal saya buatkan ini nanti. Saya akan cuba satu teknik ‘rahsia’.Bila dah berjaya nanti, saya akan kongsi teknik ini di blog ni. Jika tak berjaya pun, saya tetap akan kongsi di sini. - tapi harap-harapnya berjayalah yek. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

2 Comment(s)

  1. memang tepat apa yang suadara perkata ini..plr memang tidak sesuai digunakan…jarang-jarang boleh ler tu pun dengan ber etika.

    kita | Nov 25, 2007 | Reply

  2. Bagi anda yang tak berapa mahir bahasa inggeris,masih boleh menggunalan artikel plr,dengan syarat jgn.copy bulat2.Cuba anda translatekan ke beberapa bahasa lain kemudian translitkan semula ke english.Hasilnya topik artikel yg masih sama tetapi penggunaan ayat dan perkataan yg berbeza…

    Toman | Jun 30, 2008 | Reply

Post a Comment