Rahsia Trafik 2 - Kualiti Artikel Blog
By admin on May 20, 2007 in Tips Blog Cemerlang, Tips
Salam & Selamat Sejahtera. Semoga semua sihat hendaknya. Untuk artikel semalam, saya telah mendedahkan tentang faedah kita menggunakan Youtube sebagai cara untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda. Memang satu cara yang menarik malah ramai yang telah berjaya menarik ramai pelawat ke website atau blog mereka, melalui Youtube.com. Tetapi, sebagaimana yang saya bagitahu sebelum ini, pastikan video yang ditayangkan di blog kita, adalah video yang tidak memerlukan masa yang lama untuk loading.
Baiklah. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa pentingnya trafik? Bagi yang sudah memiliki blog, tentunya anda telah memahami trafik adalah jantung bagi blog anda. Dengan trafik kunjungan pelawat yang rendah ke blog anda, tentunya ada masalah besar bagi anda . Masalah yang saya maksudkan di sini adalah, apabila trafik anda sedikit, maka sedikitlah pelawat anda, dan sudah tentu sedikitlah pendapatan anda melalui blog. Tidak kiralah samada anda menggunakan Adsense di blog anda, atau Affiliate link di blog anda atau menjual produk sendiri di blog anda untuk menjana pendapatan.
Malah, jika anda tidak betul-betul istiqamah, amat sukar untuk anda terus bertahan menulis artikel di blog dalam tempoh jangka masa yang lama kerana berasa ’sakit’ atau lemah semangat dengan masalah tiada pengujung ke blog anda atau kerana masalah kewangan untuk maintain dengan perbelanjaan sampingan untuk menguruskan blog anda.
Rasa seronok untuk berblog akan berkurang jika trafik anda rendah. Sebab itu, saya nasihatkan agar anda memilih tajuk blog yang sesuai dengan minat anda, agar anda tidak hilang rasa keseronokan menulis di blog. Walaupun trafik blog anda rendah dan pendapatan tiada melalui blog anda, anda akan terus menulis di blog, kerana ia adalah minat anda!
Mahukah anda seramai ini yang mengunjungi blog anda setiap hari?
Kali ini, saya memberikan tips yang kedua untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda. Nak tahu ker? Baiklah. Begini ceritanya. Jeng…jeng…jeng Pernahkah anda sampai ke satu-satu blog dan tiba-tiba anda tertarik dengan blognya? Sudah tentu pernah. Kerana apa anda berminat? Mungkin ada yang menjawab design blog yang cantik. Jawapan yang lain mungkin artikel blog yang menarik. Tetapi perasankah anda, kenapa anda ingin kembali semula ke sesuatu blog? Tentunya kerana artikel blog yang menarik. Tidak kiralah samada artikel blog yang mencuit hati, menggunakan personal approaching, penuh informasi ataupun menarik tumpuan anda kerana fakta yang anda tidak pernah tahu.
Kunci sesebuah blog adalah kualiti artikel blog anda sendiri. Tidak ada salahnya jika anda menfokuskan 90% daripada masa anda di internet untuk menulis artikel yang menarik dan mencari bahan yang menarik untuk artikel. Malah, anda akan merasakan perkembangan trafik yang menakjubkan jika anda betul-betul fokus pada kualiti artikel blog anda, dalam tempoh 2 atau 3 bulan.. Percayalah pada saya.
Tiada gunanya jika design atau theme bagi blog anda sangat cantik, tetapi artikel tiada membawa apa-apa makna. Iaitu tidak menarik minat dan hati pengunjng terhadap artikel anda. Tak perlu artikel blog dengan penuh ayat berbunga-bunga atau bahasa terlalu formal. Apa pendapat anda pula? Mungkin kita boleh sama-sama kongsi tentang macam mana anda menulis artikel dan menghasilkan artikel di blog. Jom bincang…
















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







Betul tu, saya setuju. Apa yang penting minat.
Saiful
http://silentmoney.co.cc/
Silent Money | Sep 28, 2008 | Reply