Mencari Idea Menulis Blog - Siri 3
By admin on Jan 10, 2008 in Tips Blog Cemerlang, Tips Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana masih setia melawat blog ini.
Ok, straight to the point, kita teruskan dengan tips kedua untuk mencari idea menulis di blog anda.
Tips KEDUA : Melihat blog orang lain.
Wah, jangan silap faham yer. Saya bukanlah menyuruh anda untuk salin bulat-bulat artikel blog orang lain. Tapi apa yang saya maksudkan adalah anda melihat-lihat & melawat-lawat blog orang lain dengan satu tujuan PENTING.
Apakah tujuan PENTING anda? Jawapan : Untuk mencari ilham & idea untuk menulis.
Sebenarnya dengan cara kita melihat blog-blog orang lain akan memberikan kita ilham & idea yang baru untuk menulis.
(1) Kadang-kadang, apa yang ditulis oleh orang lain, akan memberikan kita idea baru untuk dikupas.
Biasanya, tanpa disangka-sangka, idea kita akan tercetus dalam otak kita, malah, kadang-kadang idea yang tercetus adalah berbeza dengan tajuk artikel blog orang lain. Ini adalah perkara yang biasa dalam kehidupan sebagai seorang blogger. Keadaan ini samalah seperti realiti hidup kita. Dengan selalu menjenguk negara lain & melancong ke luar negara, pemikiran kita akan lebih berkembang, ilmu akan bertambah & lebih banyak idea yang akan tercetus hasil pengamatan kita pada negara-negara luar. Betul, bukan?
(2) Kadang-kadang, apa yang ditulis oleh orang lain, memberikan kita idea baru dengan mengupas perkara yang sama, tapi dari sudut yang berbeza.
Sebagai contoh, penulis blog A menulis tentang ‘kisah sang kancil’. Dan beliau menulis tentang kebijaksanaan Sang Kancil dalam menyelesaikan masalah.
Tetapi, dengan kisah tersebut, anda mendapat idea baru (sebagai contoh). Iaitu ‘Kesan Negatif Dari Kisah Sang Kancil’. Masakan tidak, Sang Kancil telah mempergunakan orang lain untuk kepentingan & kesenangan diri. Malah, menyalahgunakan akalnya yang bijak untuk menipu orang lain. Bukankah ini dikatakan perkara negatif di sebalik kisah Sang Kancil?
Inilah yang dikatakan sebagai mengolah isu yang sama dari sudut yang berlainan.
(3) Kadang-kadang apa yang ditulis oleh blogger lain, memberikan kita peluang untuk membalas semula hasil tulisan mereka.
Inilah yang dikenali sebagai interaksi antara blogger. Kita mengupas semula apa yang ditulis orang lain, dan menambah idea anda yang baru tentang isu tersebut.
Membalas tulisan blog orang lain dengan cara positif. Boleh juga kita mengkritik semula tulisan orang lain dan menulis kritikan kita di blog kita sendiri. Tetapi dengan syarat : ‘Tulis kritikan yang membina, dan jangan menghentam blogger tersebut sewenang-wenangnya. Hormatilah pendapat orang lain & berikan pendapat kita dengan cara yang berhemah & bijaksana tanpa menyakiti hati orang lain.”
Sekurang-kurangnya, dengan cara ini, anda terus menulis, walaupun anda hanyalah memberi respon balas kepada artikel blog orang lain.
(4) Kadang-kadang, dengan melihat tulisan blog orang lain, akan memberikan kita idea baru melalui hubungan yang baik dengan mereka.
Melawat blog orang lain, meninggalkan komen & saling berbincang serta bertukar-tukar idea di blog orang lain, akan memberikan kita idea yang baru. Sudah tentu perkara yang dibincangkan itu, boleh dimuatkan dalam artikel blog anda. Malah, anda boleh susun semula apa yang anda dah bincang dengan orang lain di blog orang lain. Malah, dunia blogging akan menjadi lebih seronok & semakin ceria jika ini yang berlaku pada anda.
Hubungan baik dengan blogger yang dibina itulah kunci keseronokan dunia blogging ini.
Memiliki blog sendiri bukanlah bermakna anda hanya dengan dunia blog anda sahaja. Ia adalah satu dunia untuk dikongsi dengan ramai orang.
(5) Dan kadang-kadang, dengan melawat blog orang lain, akan menambah ilmu kita berkenaan teknik-teknik bagaimana mencari idea menulis di blog.Contoh yang saya maksudkan adalah siri artikel yang saya sedang tulis ini ‘Tips-tips Percuma Mencari Idea Blog’.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.
Untuk artikel akan datang, saya akan ceritakan pula tentang idea spontan.
P/S : Lesen Reseller (MRR) masih tinggal 77 63 59 lesen sahaja lagi. 4 hari lagi, ianya akan dilancarkan> & apabila tiba tarikh pelancaran, harga akan dinaikkan sebanyak 25%. Harga murah + anda boleh memulakan perniagaan dalam tempoh 15 minit sahaja & mula pasarkan di internet dengan segera! Layari : http://www.myproecover.com/pakejgrafik















<A>
Download Segera 30 saat : Dapatkan 3 Tawaran Percuma.







1 Trackback(s)
Post a Comment