Tips-Tips Percuma Mencari Idea Menulis - Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun baru akan menjelma tak lama lagi. Adakah anda sudah menanam azam yang baru?

Azam baru untuk diri sendiri. Dari kurang baik kepada baik. Dari baik ke arah yang lebih baik. Pokoknya, azam tahun baru akan memberikan kita satu target yang kita akan usaha habis-habisan agar kita dapat mencapainya. Letakkan satu azam dan pastikan azam anda adalah target yang jelas. Kalau sekadar azam nak jadi baik (sebagai contoh), ianya terlalu umum. Jika azam nak jadi kaya, ianya juga azam yang terlalu umum. Spesifikkan target/azam anda, agar azam anda tak berada di awang-awangan.

Oklah. Mulai hari ini hingga ke beberapa artikel akan datang, kita akan membincangkan bagaimana untuk mencari idea untuk menulis artikel blog.

Idea penulisan blog umpama ‘nyawa’ bagi blog kita. Jika artikel anda tak unik dan tak ada daya tarikan, ianya akan menyebabkan para pelawat anda tidak akan datang semula melawat ke blog anda pada masa akan datang. Ditambah lagi dengan betapa rancaknya budaya blogging di Malaysia yang makin cepat, sudah tentu persaingan akan menjadi lebih sengit - terutamanya jika anda tersilap langkah dalam mengurus & menulis artikel blog anda.

Tanpa idea, kita takkan menulis. Paling tidak pun, mengambil masa yang sangat lama hanya untuk update artikel di blog. Tidaklah saya mengatakan anda WAJIB menulis artikel baru setiap hari. Tapi cukuplah 2 atau 3 kali seminggu, itupun jika artikel anda mempunyai ‘daya tarikan’ tersendiri. :)

Tanpa idea untuk menulis, kita akan mudah putus asa untuk menulis di blog.

Oleh itu, saya ingin bincang dengan anda semua bagaimana untuk mencari idea menulis di blog. Mungkin siri-siri artikel ‘Tips Percuma Mencari Idea Menulis’ ini bukan hanya datang dari saya, tapi juga sumbangan idea dari anda semua. Manalah tahu,dalam kepala anda ada banyak ilmu di dada. Apa salahnya berkongsi di sini nanti bersama dengan rakan-rakan yang lain. Dan mungkin sudah ada blog di kalangan anda yang membincangkan tentang ini - apa salahnya dikongsi di sini juga. :)

Tapi, sebelum kita pergi jauh bagaimana mencari idea menulis yang tidak putus-putus, anda perlu memanfaatkan satu asas yang paling dilupakan ramai orang. Anda tahu apa ASAS yang saya maksudkan di sini?

Anda WAJIB mengetahui ‘NICHE’ sebenar blog anda. Niche secara mudahnya boleh kita katakan ‘fokus/bidang’ sebenar blog kita.

Kerana tanpa niche, kita akan menghadapi masalah ‘mencari idea’ pada akarnya lagi. Jika anda tidak tahu cara mencari niche, anda sebenarnya melakukan tembakan ke arah rusa di dalam kegelapan yang teramat sangat. Malah, jika anda benar-benar mahu buat duit, anda perlu tahu bagaimana mencari niche yang benar-benar ada nilai yang lumayan.

Saya pasti ilmu untuk mencari niche ini adalah ilmu yang cukup berharga.

Saya dan anda perlu tahu SATU HAKIKAT, walaupun saya dan anda tahu cara untuk mencari niche, tetapi ia tidak bermakna saya dan anda tahu cara untuk mencari niche yang mempunyai nilai wang lumayan.

Belajarlah. Saya rasa tidak perlu saya bongkarkan kesemua di sini tentang bagaimana mencari niche untuk blog anda. Kerana sudah ada satu panduan khas untuk membolehkan anda mencari niche dan bagaimana memanfaatkannya untuk mula menjana pendapatan di internet. Ebook ini hasil tangan Amirul Faisal, usahawan yang telah pun berjaya menjana beribu-ribu ringgit di internet.

Ianya tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan apa yang anda akan dapat. Mengetahui cara yang TEPAT mencari niche lumayan dengan disertakan kaedah pelaksanaan yang SANGAT TELITI & TERPERINCI, adalah pelaburan yang berbaloi untuk anda.

Saya bukanlah mahu mempromosi sangat produk ini, kecuali bila saya dapati ianya benar-benar memberikan manfaat kepada anda. Oleh itu, dapatkan segera, agar proses perbincangan kita di sini kelak akan lebih mudah difahami.

Klik Sini Untuk Mendapatkan Ebook Lengkap Teknik Niche

P/S : Tak lama lagi, saya memberikan anda peluang untuk memulakan perniagaan dengan hasil produk terbaru saya. Sekurang-kurangnya, ia membantu sesiapa sahaja memulakan perniagaan di internet dengan hampir-hampir tiada modal.

Ada dua produk yang saya akan lancarkan (Koleksi Perisian akan ditangguhkan lagi sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan semula).

Produk A, saya berikan anda peluang percuma untuk mula menjana pendapatan.

Dan Produk B, anda hanya perlu membayar RM 20 sahaja, tetapi hanya terhad kepada 77 orang sahaja. Ianya produk yang masih belum dilancarkan lagi. Jika anda mahu mengetahui perkembangan lanjut produk ini, sila subscribe dengan newsletter saya, atau boleh juga dengan cara anda mengikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa.

Nak tahu? Tunggu … :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

2 Comment(s)

  1. salam mawardi, teknik menulis dalam niche akan mengekalkan identiti blog. Cuma kadang-kadang pasti si blogger akan buntu untuk menulis. Salah satu cara yang biasa saya gunakan, saya akan cari keyword yang berkaitan niche blog saya, kemudiannya saya akan dapatkan feed bagi setiap tag dalam niche saya. Feed tag ni boleh dapatkan dari technorati.

    naem | Dec 30, 2007 | Reply

  2. Thanks mawardee atas saranan tu..Saya setuju sangat tentang idea nak menulis di blog. Apa yg penting artikel yg kita tulis mempunyai tarikan tersendiri memandangkan persaingan yang semakin rancak dlm dunia blogging di Malaysia…

    P/S:Kalau boleh saya nak JV dgn mawardee dgn exchange link blog

    kuasadua | Dec 30, 2007 | Reply

Post a Comment