5 Cara Menentukan Tema Blog

Assalamualaikum atau salam sejahtera.

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya, dan Aidilfitri akan menjelang tiba kepada umat Islam seluruh dunia. Semoga Ramadhan dan Aidilfitri kali ini akan sama-sama membawa berkat dan kemudahan kepada kehidupan kit.

Saudara/saudari sekalian,

Sehingga sekarang, mungkin anda sudah mempunyai blog, dan mungkin juga sebahagian daripada anda semua masih belum mempunyai blog sendiri. Dan mungkin juga ada yang tidak membuat blog sendiri kerana tiada idea blog yang bagaimana yang hendak dibuat dan tema bagi blog yang sukar ditentukan.

Ya, tema blog perlu dipilih dengan baik (tema yang saya maksudkandi sini, bukannya bermaksud ‘blog theme/template, tetapi tajuk blog), agar kita mampu memastikan blog kita bertahan sampai bila-bila.

Memastikan blog kita bertahan sampai bila-bila adalah cabaran yang amat besar bagi seorang blogger.

Tema blog perlu perlu dipilih dengan baik, berdasarkan 5 langkah. Klik di bawah untuk terus membaca.


Tema blog yang dipilih, perlulah :

1. Tema yang diminati oleh anda sendiri. Minat anda yang mendalam terhadap tema blog anda, akan membuatkan anda terus menerus menghidupkan blog anda. Blog anda akan ‘mati’ di tengah jalan jika anda memilih tema blog yang anda tidak diminati, terutamanya apabila anda akan menemui kesusahn pada suatu masa nanti.

2. Tema yang dipilih, adalah tema blog yang menjadi kecenderungan atau kepakaran anda. Jika bukan pakar pun, anda mempunyai seidikit sebanyak pengetahuan atau pengalaman dalam tema atau topik yang dibincangkan oleh anda.

3. Tema blog yang mempunyai kurang persaingan. Adalah lebih baik anda membuat blog yang belum dibincangkan oleh blogger-blogger (pemilik blog) yang lain, atau sekurang-kurangnya, tema tersebut tidak terlalu banyak dan padat didapati di internet.

4. Tema tersebut anda dapati mempunyai peluang untuk meraih kunjungan pelawat yang ramai. Untuk tujuan ini, anda boleh membuat kajian keyword dengan membuat search (carian) samada di Google, Yahoo atau sebagainya. atau juga di Google trend (kajian populariti keyword mengikut tempat - negara, negeri atau sebagainya).

5. Jika anda dapati tema yang memenuhi ciri-ciri di atas, tetapi tidak popular (ciri ke-4), maka tidak menjadi masalah untuk anda memulakan blog tersebut dengan tema yang anda minati itu. Asalkan anda rajin menulis di blog, memenuhi etika moral dan akhlak, serta rajin mencari para pelawat ke blog anda, dengan kaedah-kaedah yang telah digunakan ramai orang. Pelajari daripada mereka-mereka yang telah berjaya.

p/s : carilah tema blog yang betul-betul sesuai dengan jiwa dan kesanggupan anda.. :)

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Bumpzee
  • co.mments
  • connotea
  • De.lirio.us
  • DotNetKicks
  • Fark

Post a Comment